30 August 2013

Segmen Jom Bersahabat! Part1




Segmen Jom Bersahabat! Part1

okeyhh , malam ni tira nak melancarkan segmen ni . tujuan nye adalah untuk menyenangkan tira , termasuklah kawan2 blogger lain untuk blogwalking and tambah2 sabahat ! senang je . tak susah pon kannn ? hehe .

Syarat2 :
1. Follow lah blog tira yang simple nih .
2. Kalau nak senang , copy paste je oke link yang sedia ada dibawah .
3. Like fanpage tira dan Page ni .
4. Hantarkan link segmen kat kotak komen.
5. DONE !

langsung selam 3hari . sampai 30hb ! jam 12.00 malam . walau pun macam lebih 36 jam , takpeee . bgi chance korang join . okehh !

Jodoh Untukku



Haaa, tadi bukak tv 9 ternyata sedang bersiarannya Semanis Kurma. Mula-mula nak tukar jugak tapi bila tengok tajuk yg sedikit menarik perhatian terus batalkan je niat tu. "JODOH UNTUKKU". Satu kupasan tajuk yg amat manarik perhatian aku malam ny. (nampak sgt ye pembiakan hormon gatal tu..hehe).

Maaflah, kalau nak suruh aku huraikan satu persatu memang tak dapatlah sebab 15 minit terakhir baru aku sempat tengok. So, isi dia pun taklah full sangat aku tahu.. Cuma adalah 1 or 2 benda aku sempat tangkap daripada siaran ni. Antaranya :

   1- Kalau kita nak jodoh yg terbaik, kita dulu kena jadi baik.
   2- Restu ibu bapa merupakan tunjang utama kebahagiaan sesuatu hubungan.
   3- Amalkan doa2 dari surah2 berikut untuk mendapat jodoh yg baik iaitu ~
        ~ Surah Al-Qasas, ayat 24
        ~ Surah At-Taubah, ayat 129

Ok, itu sahajalah yg mampu aku kongsikan. n penambahan dari seorang sahabat katanya ada juga ustazah tu kata "Tak salah pun perempuan melamar lelaki".


p/s: Andai masa itu sudah tiba, aku sanggup menjadi sayap kiri perjuangan dakwahmu. Cuma berikan aku sedikit sahaja lagi waktu untuk memperkemaskan akhlak yg menjadi pakaianku...








28 August 2013

Semoga Dia Cepat Sembuh...


Akhirnya aku dapat juga tengok keadaan dia dengan mata kepala sendiri. Alhamdulillah, tu je yg mampu aku ucapkan bila tengok keadaan dia semakin pulih. Walaupun dia tak boleh nak bergelak tawa seperti dulu tapi aku tetap bersyukur sebab dia masih lagi mampu mengutuk kami... Hahaha, kutukan itu menandakan cikgu masih sihat..





Oklah, saya doakan semoga cikgu cepat sembuh ye.. Kata nak suruh saya belanja McD.. Jangan lupa makan ubat, jangan lupa segala pantang larang yer... kita jumpa sebulan dari sekarang ok... sayang cikgu!!!

p/s: tolong doakan kesembuhan guru tersayang saya yer... =)

23 August 2013

Maaf, aku allergic...


Pagi ni aku cuma nak melalut tentang allergic aku pada satu benda.. Kalau nak ikutkan banyak yg aku allergic, lebih-lebih lagi makanan. Tapi kali ni aku bukan nak citer pasal allergic makanan, kalau sal allergic makanan memang sampai esok pun tak habis jawabnya.

Ok, allergic makanan pernah dengar kan. Tapi pernah tak korang dengar allergic perkataan? Bila korang dengar je perkataan tertentu, korang rasa nak muntah or naik menyampah? Aku terus terang la aku paling menyampah dengar perkataan sayang. Yes, SAYANG. Aku sendiri sampai sekarang konfius kenapa aku macam tu. Tak kira lah, panggilan tu dituju untuk aku atau orang lain. Yang pasti bila dengar je aku rasa nak muntah n paling teruk kalau panggilan tu untuk orang lain, aku fikir si pemanggil tu hanya berpura-pura romantik. 

Bayangkan sampai satu tahap kalau aku tengok movie or drama, bila ada scene panggil sayang je aku terus tutup tv tu. Dahsyat sangat ke? Aku harap tak... Dulu kan, dulu la masa zaman aku jahil otak tak berapa waras, hehe.. Aku pernah ada 'someone' tapi tak sangka aku boleh tinggalkan dia lepas dia cuba panggil aku dengan perkataan tu. Nekad kan? Harap-harap satu hari nanti biarlah aku jumpa suami yang tak panggil aku 'sayang' (kalu darling xpe..mwahaha) . Aaminnn...

Sebab bagi aku, tak semestinya kalau kita sayangkan seseorang, kita kena zahirkan dengan perkataan. Banyak lagi cara yang boleh kita tunjukkan rasa sayang tu. Entahlah, setiap kali orang ucapkan perkataan tu aku cuma nampak kepura-puraan je. Hmmmm, kalau masa b'cinta pun dah bagai nak rak panggil 'sayang', mana keistimewaan perkataan itu untuk isteri or suami koranng? Tepuk dada, tanya iman. =)


Fine, aku pun dah hampir 5 kali menguap. Nampak sangat aku mengantuk. So, time tuk tido..  Just nak melalut je sebenarnye. Adik-adik aku yang tadinya bising duk main game pon tertido, siap berdengkur lagi... Haha

~ Usah diganggu pada dia yang tidak menyenangi kewujudanmu.. ~

21 August 2013

Mimpi kematian?? Adakah itu satu amaran?


Kelihatan satu tempat yang terlalu hingar bingar. Semua orang yang ada di situ lari bertempiaran. Aku sendiri tidak pasti dengan apa yang terjadi. Kenapa keadaan sebegini kucar-kacir? Belum sempat kaki aku melangkah... Bangggg!!! Bingit telinga terdengar bunyi letupan tembakan. Kepalaku... Sakitnya kian terasa. Darah mula mengalir deras. Tubuh sudah tiada lagi daya imbangan. Kesejukan mencengkam bermula dari kaki. Kian sejuk di pertengahan badan dan akhirnya aku tersembam menyembah bumi. Mata perlahan-lahan mula tertutup. Ya Allah, sejuknya, jantungku bagaikan tiada degupan lagi...

"Bangun... bangun... belum masanya lagi." Berkali-kali aku mendengar suara tu. Sayup-sayup kedengaran di telinga. Beberapa kali aku cuba untuk membuka mata, tapi aku tidak berdaya.

"Kak Wany, bangun... ooo, Kak Wany... Lewat dah ni. Bangunlah.. tadi kata nak gi beli kain..." Suara umi tiba-tiba menggantikan bisikan halus sebentar tadi. Goncangan kasar membuat mataku terus tercelik. Astaghfirullahal a'zim... ternyata semua perasaan itu hanyalah mimpi. Tapi kenapa tentang mati? N aku rasa macam betul-betul dah mati tadi, dah tak bernyawa... terasa sejuk seluruh tubuh belum lagi dicampur terasa sakitnya.

Adakah ini satu amaran dari Tuhan? Huh, mungkin terlalu banyak dosa yang masih berterusan. Mungkin sudah masanya aku melangkah untuk berubah. Ya Allah, berikan aku sedikit sahaja lagi waktu untuk beribadat kepadaMu. Andai takdirnya aku perlu kembali kepadaMu, habiskanlah umurku dalam keadaan husnul khatimah. Biarlah lidahku lancar mengucapkan kalimah syahadah agar membuktikan bahawa aku di dalam kalangan orang yang beriman. Aaaamiinnn Ya Rabbal A'lamiinnn..


p/s: Maaf, entry kali ini sekadar ingin berkongsi pengalaman pertama aku tentang bertemu dengan 'maut'. Mungkin itu hanyalah 1% perasaanya dari kematian yang sebenar. Marilah sama-sama kita doakan agar kita dimatikan dalam keadaan penuh keimanan. Aaamiiinnn...




16 August 2013

Kerja vs Raya


Salam Syawal!!!! Uwaaaa... sedih betol raya tahun ni (tahun lepas pun sama). Yelah, 1st day raya sampailah hari Rabu aku kena kerja. Duit raya pun x dapat n paling penting rendang kesukaan aku pun aku x jumpa2 lagi...sedih giler... huk3
Sampailah semalam yg memang syok gile sebab akhirnya aku dapat beraya!!! yeayyyy!! (kesian kan? T-T) Mestilah perjalanan aku n 3G (Geng Galok Gosip) b'mula dari pagi sampailah maghrib.. mwahaha. Ni seme kes nok balas dendam sebab sepanjang seminggu raya asyik terperuk je kat tempat kerja.
Huh, sekarang ni aku nak citer tentang pemerhatian aku sepanjang seminggu aku kerja. Well, sambil kerja kita menjadi pemerhati ragam manusia. Mungkin yg baik boleh jadikan contoh n yg x baik kita boleh elak.. Tak salah kan? 
Ok, sekarang ni aku bukan nak bandingkan nak kata non-muslim ni baik ke apa. Tapi benda ni boleh dikatakan memang cukup memalukan. Macam mana aku tak cakap memalukan kalau kita sebagai orang Melayu atau pun Islam boleh dikatakan 70% daripada kita amat kurang ajar.  Jauh berbeza dengan Cina non-muslim, benda ni aku boleh gambarkan dengan situasi di bawah:

situasi 1:
Apabila makanan sampai kat table kaum Cina, diorang akan senyum n say thanx, silap-silap kalau yg terlebih prihatin akan ucap selamat hari raya.  Lebih kurang 4 org Cina yg ucap selamat hari raya kat aku tapi dari orang Melayu haremmm memang aku tak dapat langsung perkataan tu. see, sape yg raya sekarang ni? Melayu ke Cina? haishhhh...
Situasi 2 :
Bila siap makan aku nak gy lah kemas meja.... n sori to say kalau meja orang Melayu makan dahsyat yg teramat sangat. Siap sos tu tertempek kt lantai. Tak pasal-pasal kena mop balik tempat tu... Tapi kalau Cina aku boleh tabik spring r, aku cuma perlu pergi lap je meja tu... semua sisa makanan n mug dah siap tersusun dalam tray.  N masa 1st day raya lagi aku terharu, sorang mamat Cina ny siap hantar tray yg pnuh dgn mug kat tempat mug. Bila aku cakap tu kerja aku, tahu dye balas apa?
"Eh, takpelah hari kan ni raya awak... Selamat Hari Raya.." Sekali dengan senyuman gitu.
*******************************************************************************
Ok, berakhir sudah bercerita tentang perbezaan 2 sikap. Aku pun dah nak stop sebab takut jugak ada yg bising kata aku ny melebih-lebihkan Cina dari Melayu. Cuma aku just nak meluahkan rasa hati je. Yelah, sepatutnya kita ni org Islam yg tunjukkan contoh kepada yg bukan Islam tapi keadaan dah jadi terbalik pula... Sama-samalah kita renungkan... hmmmmm...
Snap mase last day kerja.....

Ny lah geng 3G aku... Baru dapat nikmat raya..hehe

Kawan @ Adik aku yg sememangnya dah 4 tahun aku tak jumpa..


SEGMEN : FOLLOW & BLOGHOPPING BUBBLYNOTES.COM #2



Kembali menemui uols setelah sekian lama... Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2... ^_^...

Seperti maklum, segmen ini dibuat bagi memudahkan saya a.k.a. Cik Puan Bubbly serta rakan2 lain untuk follow dan bloghopping semua blog peserta segmen ini. Dalam masa yang sama, nak bagi ruang buat kita semua untuk berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra giteww... he he he... 

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com bermula dari hari ini, 15/8/2013, jam 1.00 petang SEHINGGA 22/8/2013, jam 1.00 petang... Aci tak? *_^ ... Hopefully segmen ni dapat sambutan dari uols macam segmen2 yang lepas dan semua blogger dijemput join... Pada yang rajin datang, rajin komen, silent reader, stalkers, he he he...stalkers pun boleh, x ada masalah...masa serta peluang untuk anda menonjolkan diri...ekekekeke...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. Follow blog Bubblynotes.Com
2. Buat entri bertajuk Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ini, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.


Kemudian, pastekan ker ruangan HTML uols seperti di bawah ni...


4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini. 

Pemilihan Pemenang:
1.   10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)

2.   Pemenang akan diumumkan pada 25/8/2013.
2. URL Blog pemenang akan diletakkan di sidebar bubblynotes untuk tempoh sebulan bermula dari 25/8/2013 sehingga 25/9/2013.

So, kalau2 sudi tu, silalah support dan juga join... *_^... Selamat Bersegmen & Ber-Bloghopping!


07 August 2013

kad raya vs kad kawen



Fuhhh, sedang aku syok duk panjat sana panjat sini, datanglah encik posmen dengan motor tong pizza surat menyerahkan segala utusan dari seri paduka baginda. n paling tak disangka, di akhir Ramadan telah tiba peutusan yg tertera nama aku. Wahhhh, kad raya pertama dan terakhir aku untuk tahun ini. Teruja? mestilah... Sebelum ni ada jugak aku dapat kad cuma bukan kad raya tapi kad jemputan kawen. 2 pulak tu... ish3



Kad undangan dari budak kelas aku mase form 5 dulu.. dialah budak kelas aku yg 1st kawen..


Ni pulak dari budak sama course ngan aku masa diploma. Pun sama jugak, dia pun bdak course aku yg 1st kawen. Tapi ceriter ye unik sikit sebab Huda ni antara budak yg paling pendiam n paling bongsu.. Cuma jodoh dia yg awal dari orang lain.



Ok, yg ni pun kad raya 1st n last aku tahun ni. Terharu bila ada yg masih sudi hantar kad raya. Huk3.. mekaseh Nuyu... sayang kamu sangat2...


Buat teman-teman aku yg bakal menjadi zaujah orang tak lama lagi, barakallahulakuma aku doakan. Semoga kalian menjadi zaujah serta ibu yg terbaik di samping menjadi sayap kiri dalam perjuangan dakwah suami kalian. 


p/s: jangan tanya soal jodoh aku sebagaimana korang tak pernah tanya tentang ajal aku. (samseng giler kn ayat aku...mwahaha)



setelah 4 tahun, kami bertemu kembali...


5 Ogos 2013 adalah detik pertemuan kembali dengan semua warga SHAMS 2009. 4 tahun tidak bertemu sesungguhnya membenihkan kerinduan di hati. Segala penderitaan rindu telah berakhir. Kalau tidak kerana Makkiah yang beria-ria ingin ke sana sudah tentu aku pun terlepas dengan peluang keemasan ni. N buat julung kalinya budak-budak kelas aku telah mencemar duli ke majlis itu padahal sebelum ini langsung tak ambil pusing dengan aktiviti alumni tersebut. Hehe..

Ni lah geng2 kelas aku yg sumbat molek dulu...tp sekarang kami dah jadi orang baik ok... ;)

Macam janji-janji pulok... pepe pun tq Nuyu... Jeles ngn G Ace kamu...huhu


Ni adalah insan yg memang aku nak jumpa sangat2. Ika ni geng debat aku dulu n aku suka kawan dengan dia sebab dia bukan jenis yg sombong walaupun dia diantara best student Shams. Masa terlalu pendek utk dengar story dye kt negara org.

Aku nak tunjuk banner iftar kitorang je... Pedulikan je senyuman pemegang2 banner tersebut... Buat2 tak nampak... :P

ok, yg ni pulak adalah sebahagian dari kami yg berjaya hadirkan diri utk iftar t'sebut... yg lain2 kebanyakannya masih tersangkut kat negara orang... 


k la, tu je yg nak dikongsikan hari ni... 

~ ku harap pertemuan ini bukanlah yg terakhir, semoga kehidupan mendatang sentiasa dipayungi rahmatNya... ~

"melihat dirinya menimbulkan degup jantung yg maha kencang, benarkah perasaan ini atau hanya bayangan gurauan dari masa silam??"

04 August 2013

oh my baju raya...

 
Di pagi yg hening begini, terasa syahdu je hati bila tengok adik-adik duk pakat cuba try test baju raya.. sedangkan aku sendiri tak ada baju raya. Kalau tahun lepas ada la jugak buat gila pegi cari baju sehari sebelum raya. Habis semua kedai pegi jelajah masa tu. Tapi tahun ni tak de kot kegilaan tu..

Salah satu sebab baju raya aku takde, aku malas nak raya. Yalah, kalau da kerja nak beraya macam mane... pakai je la pe yg ada pagi raya tu, lagipun tengahari aku dah masuk kerja. Yeah, aku kerja part time utk hari raya. Dari tahun lepas lagi. Semua ni utk tampung yuran belajar aku jugak nanti. Aku tahu, selagi aku belajar, selagi tu lah aku kena korbankan nikmat raya. Hmmm, nampak gaya nikmat tu aku akan rasa saat aku da ada suami... tu pun kalau umur panjang la ye... 

Okla, kepada kalian yg dah beli baju raya tu, untunglah... Bersyukurlah dengan segala nikmat yg ada... Nak tengok baju raya aku tak?? Jeng3....



Hahahaha... kalau korang tahu tempat tu kat mana di Terengganu ni, sila2lah pergi yep.. jangan lupa bawak duit raya untuk aku taw...


03 August 2013

Pencarian Bloglist Munirah Rahman



Klik Sini

  • Bloglist sehingga Januari 2014 .
  • Hanya 10 blog yg terpilih melalui encik random 
  • TAMAT : 10/8/2013

02 August 2013

Segmen Blogwalking di bulan Ramadhan



Selamat Menyambut Bulan Ramadhan , Semua ! Hehe . Kali ni Fie nak buat segmen simple yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan " . Tujuan Fie buat segmen ni untuk berkenalan antara satu sama lain n untuk menambahkan follower n trafik blog korang . Segmen ni bermula pada 13 July 2013 sampai 8 Ogos 2013 11.59 malam Fie hope sangat2 segmen ini mendapat sambutan meriah .

CARA - CARA NAK JOIN

  1. Follow blog CIK FIE
  2. Like fanpage CIK FIE  



  3. Buat satu entri yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan "



  4. Copy coding entri  yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri 



  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini



sebelum aku terima nikahnya...

Pagi yg sepatutnya sejuk dengan ditemani renyai hujan ternyata sebaliknya. Sudahlah suhu badanku meningkat dari biasa sejak semalam (maknanya demamla..) ni ditambah lagi dengan mendidihnya hati aku saat baca status insan tersayang...

Sakit hati?? Wajarlah... walaupun aku bukanlah walinya tapi aku tetap dapat rasa perasaan seorang bapa, abang, or adik lelaki bila baca statusnya. Perkataan "my hubby" yg tertera kat status dia tu cukup lah meluat untuk aku baca. Bila masa bapak aku nikahkan dia entah, tiba-tiba keluar panggilan tu. 

Hello, HUBBY = HUSBAND... arghhh, migrain aku bila nak fikirkan semua ni. Wahai manusia, makhluk Allah.. tolonglah faham dengan perkataan tu. Kalau org lain yg tak tahu betapa "sweetnye" kamu mesti macam peluru berpandu soalan tu pergi kat mak bapak kamu... Yelah, kenduri tak ajak tiba2 dah ada hubby.. Kasihanilah mak bapak kamu yg bawak kamu tengok dunia ni. Free-free je dapat ayat tak pandai jaga anak... hurmmm..

Mungkin ada sesuatu kot yg kamu terlepas pandang. Wahai sayangku, setelah lafaz "aku terima nikahnya...." di walikan oleh orang yg berhak, barulah halal untuk kamu panggil hubby, bie, syg, ayang, itik or pepe je lah. Bukan sekarang, masa kamu tengah couple.. Sedangkan tunang pun boleh putus inikan pula couple... tapi aku harap kamu kekallah ye.. Sebab semua orang dah heboh pasal kamu. 

Huh, aku nak membebel lebih-lebih pun kamu dah besar panjang. dah tahu mana nak fikir baik dan buruk. Umur kita pun 3 tahun beza, betapa matangnya kamu tapi sayang... Ego kamu mengatasi segala. Bila dimarah kamu keluar dari rumah, bila ditegur kamu tak balik langsung... Tapi kamu kena ingat, apa-apa pun terjadi hubungan keluarga tak akan putus... Apabila seorang bapa marah or naik tangan bila kamu lakukan kesalahan dia ada hak. Sebab selagi manusia bernama suami tak kunjung tiba, segala dosa pahala si bapa yg tanggung...

Dahlah, makin di ingat makin sakit hati.. Pesanan ni sekadar ingatan kepada diri sendiri n seme kengkawan.. :)

01 August 2013

selangkah menuju kedewasaan...

Nampaknye beberapa hari je lagi Ramadhan akan pergi tinggalkan kita... aku rasa macam baru semalam kita start puasa. Masa berlalu begitu pantas dan begitu juga dengan peredaran usia kita sekarang. Yeah, siapa sangka aku dah pun mencapai umur 21 tahun. Owh, terasa skema gila dengan ayat aku hari ni.
 
Ok, minggu lepas aku dapat kad jemputan dari kawan sekelas aku masa form 5 dulu. Hah, ni baru masuk perkaitan dengan tajuk di atas. Aku pun tak sangka jugak, penantian serta teka teki kat benak aku siapa yg akan kawen dulu akhirnya terjawab... Buat kawan aku yg bakal menjadi isteri orang, selamat pengantin baru ye.

Hmmm, bila terfikir balik barulah aku perasan rupa-rupanya kami ni sebenarnya tinggal selangkah sahaja lagi akan menuju kedewasaan. Nampak gayanya kena siap2 la untuk berfikir dan menjadi lebih dewasa. Bukan masih lagi terbantut dengan pemikiran keanak-anakan.

Seruan bertempur pun sudah diutuskan semalam. Tinggal lebih kurang sebulan je lagi untuk aku turun ke medan ilmu. Kali ni aku perlu lebih serius. Dah tak boleh main-main macam dulu. Zaman gelak ketawa tak ingat dunia aku telah pun berakhir. Sekarang, tiba pula masa untuk aku lebih fokus. (Euw, jangan hangat-hangat tahi ayam dah la...)

Huh, sebenarnya tujuan aku minta sambung belajar kat tempat sama sebab nak aktif lagi dengan Askar Wataniah tapi nampak gayanya dah dapat kad merah dari ummie aku. Sebarang surat menyurat tidak akan di layan. Jawabnya selamat tinggallah wataniah... Tapi, betul jugak tindakan ummie. 3 tahun aku join wataniah menyebabkan aku banyak berubah n perangai aku tak macam dulu lagi. Ye, aku tahu aku tak boleh salahkan persekitaran sedangkan pilihan utntuk berubah tu bergantung pada diri aku sendiri.

Cuma, huh... aku mungkin tak mampu nak jadi seperti ikan kat laut. yg mampu pertahankan diri dari dipengaruhi rasa air masin. Aku perlu berubah n langkah pertama untuk berubah, tinggalkan suasana yg pernah merubah aku dahulu. Lebih baik aku menjadi bintang malap daripada terang menyerlah seperti purnama. Mungkin selama ni aku terlalu mengejar sesuatu yg tak penting sehingga seseorang yg amat-amat penting dlm hidup aku hilang begitu sahaja.

Penat dah berceloteh panjang pagi-pagi buta yg sejuk ditemani renyai-renyai hujan kat luar, aku terpaksa stop kat sini dulu.

selamat tinggal dunia uniform... kamu tetap selamanya dalam ingatan... (T-T)


"Maaf, aku tinggalkan kamu yg aku suka demi dia yg aku cinta..."