21 January 2012

kahwin awal???

Assalamualaikum n selamat pagi.. 

Ok murid-murid, pagi ni cikgu nak ajar bab munakahat dan bagaimana nak jadi menantu solehah yg sentiasa sayang kat mak mertua walaupun mak mertua tak sayang korang pun. oppps... Dah, dah... jangan nak teruskan intro yg mengarut takde kaitan ngan tajuk asal plus merapu merapat pagi-pagi buta ni. Sebelum aku kembali ke jalan yg benar, jom kita sama-sama tarik nafas dulu ye. Tarik.... Hembus...Tarik.... Tahan ye...Tahan lagi... lagi...lagi...lagi...lama lagi... n Tahan lagi 10 minit.. (tu pun kalau korang mampu..mwahaha)

Huh, berbalik pada topik asal iaitu kahwin muda. Aku bukannya tak setuju 100% dengan fenomena yg makin membarah sekarang ni. Yeah, kahwin tu lebih baik dari korang duk buat bukan-bukan dengan pasangan korang yg sah-sah bukan mahram n ni juga merupakan 1 langkah paling selamat untuk elak maksiat. Cuma, bagi aku kalau kahwin pada umur 20-22 ni aku rasa terlalu, terlalu n terlalu awal. Lebih-lebih lagi boys, korang masa ni baru nak kenal dunia, baru nak tahu hidup berdikari tapi tup-tup korang kena pikul tanggungjawab jaga makan pakai, dosa pahala bini korang pulak. Padahal, duit belanja korang pun still mak bapak lagi yang hulur.

Ok, ok... korang jangan emo plak n kata aku jeles. Kadang-kadang aku pun memang otak gatal merenyam jugak nak kahwin tapi aku sedar diri yg aku tanak nasi pun lembik lagi, goereng ikan pun jadi arang, apa lagi masak gulai tapi bila siap jadi rasa kari menari. Cuma macam aku kata tadi la, ni bukan lagi masa yg sesuai untuk semua tu. Kalau boleh, enjoy dulu hidup single sebab korang nak buat apa pun boleh selagi tak melanggar hukum syarak. Yelah, dengar sini ye kawan-kawan keperempuananku sekalian... Masa single, artis lelaki Korea mana pun korang boleh minat tapi bila dah kahwin, hati suami mesti dijaga ma... Takkan dalam bilik nak letak kalendar Lee Min Ho besar gedabak kot kat atas meja bila korang dah ada suami, kompen suami korang tak masuk bilik punya sebab terlebih jeles ngan kehenseman Min Ho tu.. 

See, baiklah korang kahwin masa otak dah matang berfikir n masa tu pun dah tak layan korea koyya bagai ni. Sekurang-kurangnya takdelah korang cepat naik jemu dengan kehidupan lepas kahwin tu. Yeah, masa mula-mula memang semua indah, nampak serasi je tapi kita tetap jugak kena ingat yg setiap manusia ni ada cita rasa yg b'beza. Nanti bila korang nak tengok cerita korea tapi suami korang nak tengok Ombak Rindu tiba-tiba bergaduh besar sebab masing-masing otak budak lagi n ego pulak setinggi KLCC silap-silap disebabkan nak tengok Ombak Rindu tu tak kesampaian, korang pulak yg kena cerai barulah haru biru bagai Ombak Tsunami... 

Ok, 2.30 pagi suda... Aku kena stop sekarang ye, sebab kalu teruskan jugak kompen ramai yg akan banned blog aku. Lebih-lebih yg member-memberku yg akan b'kahwin awal. Takpelah geng, aku tetap doakan yg terbaek buat korang lagipun mesti korang sendiri dah bersedia kan untuk menempuhi alam perkahwinan tu. Last nasihat aku buat korang, kalau korang SETIA, 1000 kali pasangan korang akan SETIA. Belajar untuk mencintai seorang je insan yg b'nama suami/isteri. Out semua.. nite morning n sleep-sleep...

Jangan cari dia yang belajar agama tapi terimalah dia yang mempraktikkan agama....


IMPIAN AKU:

BERTUNANG  ====>  BERKAHWIN  ====> BERCINTA  = 25 TAHUN (InsyaAllah)

13 January 2012

air mata kerinduan...

Dalam aku meniti kehidupan yg garis masanya sering mematangkan usia membuatkan aku semakin jauh dengannya, membuatkan aku semakin rindu pada saat-saat itu. kini, detik semakin berlalu, setiap saat yg melewati tidak pernah bisa untuk aku undurkan kembali. Bertahanlah wahai hati, meskipun rindu itu berpanjangan namun dia amat mustahil untukmu ketemui.

Kegusaran yg kadang-kala mencarikkan kedamaian hati yg hanya singgah sebentar cuma, tidak mampu ku usir dan akhirnya, ku biarkan ia bersemadi di situ. Arghhh... rasa tidak berdaya untuk aku menanggung beban kerinduan ini, beban yg ku rasakan meragut segala perhatian dan kesabaran. haruskah aku begini?

Waktu, berlalumu membuatkan aku keluh kesah yg berpanjangan. Kini, detik-detik itu bakal menjemputku dan hanya satu doaku, moga Allah masih memberi aku sedikit sahaja lg waktu untuk aku merinduinya. Usiaku, aku amat merinduimu dikala kamu menginjak belasan tahun kerna waktu itulah aku mempunyai kehidupan yg terindah dan mengajar aku menjadi dewasa. Kini, hanya 13 hari shaja lagi umurku genap 20 tahun. Sungguh, aku rindukan umur belasan tahunku. Aku amat merunduimu, USIA MUDAKU...

Ni zaman kegemilangan aku pakai celak n baju bernila biru.. - 16th years old -

mase ni still giler2 lagi... - 17th years old -

First time celebrate my besday wif my beloved frens... - 19th years old -

Masa ni rock lagi.. seluar jeans ttp di hati.. wif syermakkiey, n atia.. ops x lupe jgak kt photographer (Asmaa')
 - still 17th years old -

First day at Unisza... da most memorable day.. - already 18th years old -

I got a lot new frens at Unisza... - not remember my exactly aged at this time - hehe

N also Terengganuan's frens..hahaha.. Eshah, Sinoonanuyu...

n last, before I'm 20 yaers old.. I already go to Malacca, my dream place dat I wanna go at Malaysia.
p/s: sorry, dis pics did not arrange by accurately timeline.. (broken english...hehe)

10 January 2012

Pembetulan plus Correction...

Fuhhh... panas + hot sebentar aku sejak beberapa hari ni.. Tu semua disebabkan oleh entry pengakuan berani mati aku (klik here). Mungkin disebabkan ayat aku yg last tu kot menyebabkan ramai orang salah nangka sangka. Adoila, janganla fikir bukan-bukan.. Aku ni masih suci murni lagi tau. Tak main la kapel-kapel, feeling-feeling ni (tapi kalu ada org nak, aku sebat jugak) hehe..

Bukan apa, aku buat correction ni sebab nak jelaskan kat bakal-bakal hubby n kawan-kawan aku kat luar nuh yg mungkin da t'salah anggap dengan BFF (boyfriend 4 eva besfren 4 eva) aku tu. Aku chop tu muka dye yg babyface je bkn maksud aku chop dye... Orait, korang jangan salam faham lagi ek? Bukan apa, ntah-ntah makwe si BFF aku tu akan mengamuk sakan kot bila baca entry aku dulu tu. Ok, akhir sekali aku nak mintak maaf banyak-banyak kat BFF aku kalau entry yg lepas telah menjatuhkan saham mg yang sememangnya tak pernah naek tu. (Mwahahaha...ketawa zalim).

Lastly, bagi menyempurnakan titah perintah hati jiwa kacau setelah diperkenankan oleh raja-raja pembuluh darah, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa Mie Roule yg di entry aku yg lepas bukanlah pakwe or tunang or hubby aku tapi dialah makhluk lelaki yg masih sudi jadi kawan n melayani segala kegilaan aku. Sekian, terima kasih.

p/s: akhir2 ni, makin banyak cerita hot pasal kawan2 aku nak bertunang... tak tahulah itu gimik semata-mata atau tak tapi aku pun dah naik gatal miang jugak ni... nak jugakkkkkkkkk!!! =P

05 January 2012

Jalan-jalan sampai lupa diri... hehe

Nasi Ayam Penyet yg harganya RM 7.50 n merupakan  nasi ayam plg mahal p'nah aku mkan . Air sirap pun sama, RM  2.50 k0t segelas. Emg mantop r dia punya harga. Makanan 1st aku di Melaka.
At Dataran Pahlawan. -Melaka-

Tolong!!! aku nak turunkan bendera tu...
At Muzium ...( aku lupa la) hehe. -Melaka-

sempat lagi b'gambar di homestay utk buat kenangan kononnya. Huhu.. ny la housemate yg kasi gegar itu rumah tak kira siang @ malam sehingga mengalahkan disko di sebelah bangunan.. kui3

wah... Aishah beli rantai kot.. Pijah kalau b;eh nak borong semua skali, kelabu mata katakan...
At Pahlawan Walk. -Melaka-

sempat lagi aku berposing sementara orang lain sibuk beli cencaluk n gula melaka.
At Pahlawan Walk. -Melaka-

muka poyo kes merajuk punya pasal sbb tak ade pun yg sudi b'gambar ngan aku. Huhu
At Zoo Melaka. 

Wah!!! Yg ni plg best.... view from Taming Sari Tower.. Rasa cam terbang di langit je masa naik bnda alah ni.
At Taming Sari Tower. -Melaka-

Kat pintu masuk Dataran Pahlawan. Posing lu.. hehe

Muka bajet comel b'sama geng pantai timur.
At Muzium Samudera. -Melaka-


Smile!!!

kami pasangan romantik. Minum air 1 gelas tp 2 straw... Sharing is caring right? bkn kedekut taw..hehe
At Sogo. Kuala Lumpur.


Orait... setakat ini saje pics yg mampu aku sharekn di sini. kaki penat, duit pun da habes.. ni la, melancong punya pasal. Lepas ny bleh pilih lokasi utk honeymoon plak la.. uih gatal lagi.. hehe

sesekali merapu..

Assalamualaikum n selamat pagi semua,

Hari ni aku nak merapu je kerja, kalau yang rajin nak baca tu. Sila-sila la yer. Tapi kalau korang ada banyak benda lagi nak dibuat, boleh angkat jari je la ye... To yang masih banyak masa, jom teman aku merapu...

Seumur hidup, aku tak pernah lagi ada pengalaman dalam bercinta. tapi tak tahu kenapa semalam aku seolah-olah merasainya. Ajaib bukan? Walaupun hanya dalam mimpi tapi terasa ia sangat bahagia. Cuma yang uniknya, dalam mimpi pun aku tak pernah jumpa dia dan kami hanya bercinta melalui telefon aje. Kenapa terasa terlalu bahagia? uih, macam orang gila je kan aku merapu? see da title je la beb.. kwank3

aduh, kenapa aku gatal sangat ni? Takkan penangan umur 20 tahun kot... eleh, aku still 19 tahun la, lagi 21 hari baru cukup 20 tahun...mwahaha.. Entahlah, mungkin perasaan ini hanya layak untuk hadir di dalam mimpi je kot. Mungkin untuk realiti pasti ia sukar untuk terjadi. Pepe pun, sekurang-kurangnya aku pernah rasa bahagia walau sekadar dalam mimpi.

Kenapa aku? Kenapa aku je yang masih terikat dengan rantai besi mainan perasaan yang telah dipatri kukuh sejak tujuh tahun lalu? Kenapa harus dia yang sering memintal memori lalu? dan yang paling penting, kenapa aku yang mempunyai hati itu? Sehinggakan kini aku tak mampu membiarkan yang lain singgah walau hanya sebentar cuma.

Ok, waktu merapu da tamat. lebih baik aku tido dulu dari duk melalut. Esok kehidupan aku akan bertukar dari seorang kakak yang bengis menjadi kakak yang perlu bersabar. Hai, ni la jadinya bila adik bongsu baru mula masuk sekolah. Dulu Ummi yang dukung kak Wany, sekarang kak Wany pula yang dukung Adik Ety. Dulu Adik Ety kecik lagi, rasanya macam baru semalam je adik belajar jalan. Tapi semalam rupa-rupanya 1st day adik masuk sekolah. ok la, kansammida kepada yang setia sampai akhir entry ni ya.. huhu


p/s: Buat kamu, aku akan pastikan pertahankan ia agar ianya menjadi hakmu sahaja.