08 August 2011

buatmu bernama LELAKI...

buatmu bernama lelaki,
janganlah kau permainkan hati kami sewenang-wenangnya. kerna kami yang bernama perempuan ini amat mudah untukjatuh cinta. andai kata kami bukan pilihanmu, janganlah kamu layani kami berlebih-lebihan sebab kami tak mampu untuk mencantas perasaan asing yang mulai timbul untuk kamu. mungkin kamu hanya tersenyum tapi mengertilah secalis senyumanmu itu juga mungkin membuatkan kami tersalah tafsir.

buatmu bernama lelaki,
janganlah sesekali kau permainkan perasaan sahabat kami demi mendapatkan orang yang kau impikan kerana kebencian kami pada kalian lebih hebat daripada kalian menpermainkan diri kami sendiri. inilah kelebihan kami sebagai seorang perempuan, kami amat menyayangi seorang yang digelar sahabat. sesungguhnya apa saja kami sanggup korbankan. 

buatmu bernama lelaki,
sesungguhnya kami adalah insan yang teramat lemah yang tak mampu untuk mengatakan 'tidak' pada setiap bicara yang kau tuturkan. tolonglah kami dengan tidak mengajak kami melakukan perkara mungkar. tolonglah kami agar kami tahu kedudukan kami yang sebenar. dan tolonglah kami agar hati kami tidak terlalu mudah mengikut telunjuk kalian.

buatmu bernama lelaki,
jagalah setiap bicaramu agar tidak terpalit dengan adunan dusta. sekali sahaja kalian berbohong, sampai bila-bila pun kami masih ingati. mungkin waktu itu kalian sendiri telah lupa  dengan apa yang pernah dikatakan dulu tapi ingatlah bahawa kami bernama perempuan ini telah dianugerahkan ingatan yang lebih kuat daripada kalian. dan sayangnya, kami juga persis yang bukan mudah untuk memaafkan orang lain.

buatmu bernama lelaki,
andai ada di antara kami yang tidak mengendahkan kehadiranmu, bersyukurlah kamu kerana itu bukan tandanya dia benci kamu tapi itulah makna sayang yang sebenar. menghindarimu agar bayangan dirinya tidak menjadi pengganggu khusyuk solatmu, agar bayangan dirinya tidak melekakan kamu daripada mengingati mati. itulah sebabnya dia menghindarimu. 

dan akhir kata dariku, sedarlah kalian bahawa lelaki telah diciptakan untuk menjadi imam kepada kami yang akan membawa kami di atas landasan yang betul. andai benar sudah ada rasa cinta, pendamkanlah ia sehingga tiba masanya yang benar-benar sesuai untuk diluahkan.