08 March 2013

Glemer tp 4 eva alone


Entry pertama tuk bulan 3. Wah, da lama jugak aku tak menjenguk c katak aku ny. Nasib baik masih bernyawa lagi. Maafkan aku c katak, aku terlalu... terlalu...n terlalu bizi sekarang. Sahkan nak menconteng, nak lawat kamu pun aku tak sempat. Ok, cukup dah permulaan yg begitu panjang lebar ni.

Sebenarnya aku dah lama pendamkan semua ny. Nak bercerita tak sempat. Tapi kali ni aku akan pastikan entry ny terpampang di dada c katak comot eh. Hmmmm, penting sangat ke glemer? Perlu ke kita jadi popular? Ah, aku sendiri tak mampu nak jawab persoalan tu. Cuma pagi buta ini, aku nak kongsikan pasal natijah glemer.

Yeah, tak dinafikan aku juga di antara manusia yg glemer di kalangan junior2 PSTD. Ops, atau mungkin aku perasan sendiri tapi ke mana sahaja aku pergi kat dalam U mesti ada yg menyapa. Huh, best ke jadi macam ny? Mungkin best kot bila dapat ayat2 seperti di bawah:

situasi 1-

Ko ny kecik, bila kau ada je mesti hidup aku tak aman.. Ei, menyusahkan je la!!


Situasi 2-

Rimas la jalan dengan ko ny, ada je yg datang kacau..


Situasi 3-

Ko tu budak Pengajian Islam, tak payah la layan sangat budak2 lelaki. Walaupun dia tu junior tapi diorang tu bukan adik ko..


Hmmmm, tu je la dulu yg aku boleh bagi contoh. Macam mana? Aku ny manusia yg terlebih sensitif nak sentap tak tentu pasal atau memang wajar aku sentap dengan kata2 kat atas tu. Wahai insan yg bernama manusia, aku tak pernah pun mintak tuk dikenali. Aku tak pernah pun mintak utk menyusahkan hidup orang. N memang aku dikenali tapi korang tahu tak sebenarnya lam hidup aku kosong.

Ye, hidup aku kosong sebab aku ny dari golongan manusia yang boleh dikatakan 4 eva alone. Aku tak ada sahabat macam orang lain, kawan2 aku lari sebab tak tahan dengan perangai aku. Cukup ke sekadar dikenali tapi hati ni tiada yg sudi selami??? Selami hati fahami jiwa.. di situ ada jawapan yg menanti...



ps: melatah?? bukan kemahuanku, siapa rela memalukan diri demi meraih populariti... itu kebodohan namanya.. andai ada jalan keluar, aku ingin menjadi normal seperti orang lain..