24 June 2011

cantik?? penting ke??

assalamualaikum n selamat pagi...(ceshhh, bajet cam cikgu yang baru masuk kelas la pulak...huhu) ok, di pagi hari yang begitu dingin ni aku nak kongsi la pasal jiwa kacau aku eir... sejak kebelakangan aku rasa macam manusia tak normal je sebab selalu naik angin tak tentu pasal... bukan pe aku geram sangat dengan seorang makhluk ni.. jom aku baca apa yang aku nak merapu n melalut ni.

dalam dua tiga hari lepas, aku n da geng duduk la lepak sama-sama tiba-tiba datang la seorang mamat ni datang menyampuk, entah dari langit mana dia turun aku pun tak tahu la. tapi yang aku bengang sangat bila dia borak2 ngan kawan aku yang boleh dikatakan lawa jugak la. bukan aku jeles pasal dia tak borak ngan aku sebab aku pun tak hingin nak layan manusia yang terlebih perasan tu cuma aku geram bila dia buat kawan aku yang 3 orang cam tak wujud je... mentang2 la kawan2 aku tu tak lawa cam aku gak...grrr

so, sekarang da nampak sangat kan perangai manusia ni. hanya kejar yang lawa, yang cantik, yang glemer je padahal dia tak tahu apa makna kecantikan itu. sebenarnya dia sedar ke tak yang kecantikan tu tak  akan kekal? hey kau pilih la Miss Universe mana pun tapi kalau dah tua tu tetap akan jadi hodoh jugak!!

haishhh, kali ni entry aku sedikit emo ye..jiwa kacau la katakan. buat kawan2 aku yang tadi, korang tak payah sedih la dengan apa yang berlaku sebab aku kenal siapa korang. walaupon korang tak secantik orang lain tapi akhlak korang teramat cantik n aku bangga sangat dengan korang. kebanyakan orang tak tahu yang akhlak si cantik tu tidaklah secantik rupa dia tu. tapi kalau ada pun yang cantik dari segi rupa n akhlak kira macam bonus la buat suami dia tu.

sekarang ni korang cuba jadi yang terbaik n still jaga akhlak tu sebab janji Allah tu pasti. korang pun tahu kan bahawa lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan lelaki yang buruk untuk perempuan yang buruk. tapi kenapa ada jugak perempuan yang baik dengan lelaki yang buruk? ini kerana Allah ingin menguji sejauh mana keimanan kamu n sanggupkah kamu melakukan pengorbanan untuk menyelamatkan umat nabi Muhammad S.A.W dari terus hanyut.

oklah, aku dah mengantuk tahap cipan ni. sebelum aku tamatkan entry ny aku nak kongsi dengan korang satu video yang aku terserempak di You Tube..huhu

video

p/s: kan bagus kalau ramai yang berfikiran macam Matluthfi ni...haishhh...

23 June 2011

rindu Ummie...

ummie... 


huh, rindu rasanya kat ummie. walaupun baru minggu lepas ummie mari kat sini, walaupun baru semalam kak wany telefon ummie. ummie, kak wany rasa malam ni kak wany jiwa kacau lagi. maafkan kak wany sebab kak wany sebenarnya ponteng kelas malam ni. teruk betul kak wany ni kan? sebenarnya kak wany langsung tak faham benda yang ustaz tu melalut dan kak wany cam tak leh nak terima je apa yang dia ajar tu. sekali lagi maafkan kak wany, ummie.


ummie...


semalam ada muhasabah diri, dan sepanjang program ustaz tu selalu sebutkan pengorbanan seorang ibu. ummie tahu tak, masa tu kak wany teringat semula yang ummie pernah cerita pasal kelahiran kak wany dulu. maafkan kak wany, disebabkan kedudukan kak wany yang songsang ummie kena terima 26 jahitan padahal masa lahirkan adik-adik yang lain ummie cuma kena 4 jahitan je. mesti ummie sakit masa tu kan? maafkan kak wany, ummie.


ummie...


semua orang dah cerita ke kak wany yang masa kecik dulu kak wany nakal sangat.. lebih nakal dari Izwan, semua orang salahkan ummie bila kak wany buat salah. tapi ummie tak pernah pukul kak wany malah ummie pulak yang jadi pelindung bila abah naik angin. ummie, kak wany ingat lagi masa tu ummie peluk kak wany kuat-kuat n kak wany nampak muka ummie tahan sakit bila tali pinggang abah begitu kuat terkena badan ummie. maafkan kak wany, semua tu salah kak wany.


ummie...


walaupun kak wany masih kecik masa tu tapi kak wany da dapat selami keperitan ummie masa abah tiba-tiba 'menghilang'. dalam keadaan ummie mengandungkan Ang, ummie berusaha membesarkan kak wany, Izwan n Ijat. macam-macam kerja ummie buat dan semua kerja yang ummie buat tu sebenarnya begitu asing dengan hidup ummie dahulu. sedangkan ummie membesar di bandar tapi tiba-tiba ummie kena menjalani kehidupan kampung yang serba kekurangan. begitu teguh kesabaran ummie masa tu...


ummie...


maafkan kak wany kalau disebabkan perangai kak wany yang suka bergaduh, ummie selalu dipanggil oleh pengetua. ummie selalu kena terima akibat dari perbuatan kak wany sendiri. tapi kak wany takkan lupa dengan senyuman ummie masa tengok result UPSR kak wany. mesti ummie bangga sangat and kak wany juga nak minta maaf sebab kak wany tak dapat ulang kejayaan yang sama masa PMR.  maafkan kak wany, ummie..


ummie...


betapa tulusnya hati ummie bila ummie sanggup menerima 2 orang anak tiri dan seorang dari mereka terencat akal sedangkan masa tu ummie sendiri dah mempunyai 5 orang anak. maafkan kak wany bila kak wany pernah tuduh ummie tidak adil dalam memberi layanan kepada Along, Angah n kak wany. padahal masa tu ummie sedaya upaya berusaha untuk meyakinkan 2 orang anak tiri ummie yang ummie tidak pernah membezakan mereka dengan anak-anak ummie yang lain. dan sejak itu kesakitan pada jasad ummie makin bertubi-tubi sebab abah selalu naik minyak dengan perangai Along tapi ummie tetap lindungi Along macam ummie lingdungi kak wany dulu.


ummie...


kenapa ummie tak pernah nak salahkan kak wany? kenapa ummie selalu bela kak wany? sem lepas result kak wany rendah tapi ummie tetap tak salahkan kak wany. ummie salahkan diri ummie yang tak mampu nak bagi kehidupan yang sempurna kepada kak wany...ummie, dah terlalu banyak pengorbanan ummie.. kak wany tak sanggup lagi nak tengok ummie terpaksa bangun seawal 2 pagi untuk sediakan makanan jualan. kak wany pun dah tak sanggup nak tengok kulit muka terus menjadi kusam sebab selalu menahan kesakitan. maafkan kak wany, kalau ummie buat semua ni semata-mata nak hantar duit belanja untuk kak wany sehingga ummie tak mampu untuk beli ubat ummie sendiri..


ummie...


kak wany janji, lepas ni kak wany tak akan sia-siakan segala peluang yang ada dan segala pengorbanan ummie akan kak wany kenang sampai bila-bila. mungkin hanya ummie yang sanggup berkorban demi kehidupan seorang anak dan kak wany pasti belum tentu orang lain sanggup berkorban seperti walaupun orang itu adalah Abah.






akhir kata, maafkan segala kekhilafan diri yang sering membuat ummie menitiskan air mata.. salam rindu dariku buatmu, ummie...

19 June 2011

aishiteru...cewahhh



12 June 2011

sem 3??senior??

aduh... dah masuk sem 3 rupanye.. dah tua la aku maknanya. perghhh, baru sedar diri. ish...ish3.. ok, sem 3 ny paling memeritkan bagi aku n aku pon tak tahu sampai bila penderitaan ni akan berakhir. bayangkan dengan kepala otak korang yang suka berimaginasi tu, aku kena panjat TINGKAT 4 beb.. arghhhh... nampak gayanya aku yang dah kurus kering ni tinggal tulang je la. oh tidak!!!

kenapa c kechek takut kurus??

mana tak takutnya oi, aku kan budak ASKAR... dah la, tinggi tu cukup2 makan je. takkan berat nak kurang jugak kot. 6 bulan tu cuba sedaya upaya nak naikkan berat sebanyak 3 kilo tapi baru2 ni senang lenang je turun 2 kilo dalam masa 2 minggu and sekarang ni bila dah cukup 45 kena daki pulak bangunan 4 tingkat. matilah...

ok, cukup-cukuplah mengarut pasal berat badan tu... sekarang ni aku dah jadi senior.. SENIOR?? hahaha...badan aku yang kecik tuek gini ada ke yang akan panggil aku kak? ntah-ntah diorang pun 50-50 nak  percaya yang aku ni senior. tapilah kan, sepanjang 2 hari aku bertapa kat bumi Unisza ni, tak ada lagi aku jumpa junior yang ramah tamah tapi kebanyakan rumah timah.. muka kelat-kelat ikan sepat aku tengok, bukan nak senyum bagi jelingan maut adalah... awal-awal ni aku baik lagilah, tengoklah lama2 ada tanduk setan yang   bercabang. grrrr

azam sem 3??ntah... malas aku nak ada azam-azam bagai ni... bukan jalan pun azam aku, yang jalan tu aku ada lah. hehe..aduhla, apa yang aku nak mengarut lagi ni? dah tak ada idea beb tapi aku tetap nak merapu. hah, satu lagi yang aku bengang dahlah dia campak aku nun jauh di blok E n geng2 AqSa aku dia campak kat benua lain...sdey tu... ok, setakat ni je lah karut marut aku...

p/s: azam untuk cari pak we pon tak ada lagi...so, tak payah nak try kompen korang yang merana...(cewahhh, statement cam lawa bagai puteri sentubong)kwank3

ngeh3..1st day sem 3...still cam budak2..

01 June 2011

warna melambangkan personaliti diri??




kehidupan tanpa warna ibarat hujan tanpa pelangi. Semua orang mempunyai salah satu jenis warna yang sangat disukai dari sekian banyak warna atau warna kegemaran. yeah, contohnya c kechek suka sangat warna merah n info kat bawah tu adalah jugak 80% ketepatannya. sekarang ni, ape kata kalau korang pulak yang check. manalah tahu kalau ada yang 100% sama...huhu
Warna Biru
Jika kamu menyukai warna biru, kamu tergolong sebagai pemurung dan selalu
bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman.
Kamu selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta
kerana kamu cenderung menyembunyikan perasaan.

Warna Hijau
Warna kesukaan kamu hijau, maka kamu tergolong seseorang yang sangat
romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman.
Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta
kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat
dipercayai.

Warna Kuning
Kesukaan kamu warna kuning menandakan bahawa kamu memiliki sifat optimis.
Kamu seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang
muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri kamu,kerana menolong
merupakan suatu kewajiban mutlak bagi kamu. Kamu orang yang tidak pernah
meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.

Warna Ungu
Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran kamu maka kamu adalah
seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan kamu
tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu
pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang
kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih kamu.

Warna Putih
Jika kamu menyukai warna putih, maka kamu adalah orang yang dilahirkan ke
dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi kamu kerana sifat anggun,
sifat idealis dan moral kamu yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh,
senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan kamu.

Warna Hitam
Kamu sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika kamu berada
dilingkungan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi murung. Kamu
selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut
cinta kamu.

Warna Merah
Kamu seseorang yang sangat berwibawa. Walaupun sering kali bergaul dan
bersosial dengan lawan jenis tapi kamu dapat menahan diri. Banyak orang
meluahkan cinta, tapi kamu selalu berfikir dan berfikir lagi. Kamu
termasuk golongan yang sukar jatuh cinta.