21 September 2011

Maafkan Aku...

maafkan aku,
andai kehadiranku mengganggu tidurmu nan lena,
andai senyumanku menjadi penggoyah imanmu,
andai bicara manjaku membuatmu terleka...

maafkan aku,

bukan sengaja ku ingin muncul dalam hidupmu,
bukan kehendakku menjadikan kamu boneka cinta,
bukan mahuku jua menyakitimu...

maafkan aku, 
mendiamkan diri tanpa bicara,
melangkah pergi saat kau tiba, 
memaling wajah pabila bertengtang mata...

maafkan aku,
demi imanmu yang membuat aku jatuh cinta,
aku sanggup begini meratap derita dunia,
dari aku terus mengganggu khusyuk solatmu..

maafkan aku,
ku lakukan bukan kerana benci,
tapi menjaga hatimu agar terus suci,
kerna inilah buktinya aku mencintaimu...


07 September 2011

Hak untuk Bersuara

bila aku cakap korang dengar so bila korang cakap pulak mestilah aku kena dengar.. tapi... ada tapinya jugak. memang aku tahu kita semua ada hak untuk bersuara cuma kadang-kadang kalau korang menjerit macam suara keldai tapi isi percakapannya macam orang bodoh, macam orang tak guna akal  baik tak payah weh.. sebab aku akan dengar lepas tu kutuk pulak korang cukup-cukup... 

ok, aku boleh terfikir nak buat entry pasal benda alah ni kes masa aku beli burger kat kampung hari tu la. mula-mula aku dengar lagi pe yang pak cik burger tu duk merapu merapat pasal politikus ni. tapi tiba-tiba je suhu badan aku jadi panas n kalau letak sebijik telur puyuh kat atas kepala aku, kompen masak dalam tempoh tak sampai 1 saat (ok,nampak sangat aku menipu) =P. pe yang dia merapu sampai aku jadi hot tu? haa.. meh sini aku nop citer..

"BODOH betul kalau orang yang lepasan ijazah tu dengar n percaya cakap orang yang hanya lepasan SPM."

pe komen korang pasal ayat tu? aku nak komen  lebih-lebih, aku ni bukan tinggi sangat ilmu tapi aku still ade otak yang waras untuk menilai percakapan makhluk yang macam haram jadah tu. opps...terkasar bahasa pulak. huh, bukan pe aku cuma terfikir satu benda je. dulu Rasulullah buta huruf, tak pandai membaca dan tak pandai menulis. makna yang dia cakap tu kita bloleh tafsirkan bahawa bodohlah kita ni yang mempunyai taraf DEGREE, MASTER or paling hebat la PhD ikut segala ape yang telah diajarkan oleh Baginda? haish... nauzubillah... apa lah sangat weh belajar DEGREE tapi suruh urus jenazah pun tak reti.. serius ni aku cakap. kalau korang tak percaya, cuba korang kumpulkan mamat-mamat lepasan DEGREE tu n korang bagi mayat (gelaran bagi jasad yg tidak bernyawa sebelum diuruskan) satu. tengoklah macam mana diorang kerjakan... aku just boleh gelak je. kompen terkulat-kulat diorang tu.. mwahahaha

"kita kalau nak pilih pemimpin biarlah dia tu ISLAM".

Setuju n sememangnya aku setuju sangat-sangat statement tu cuma yang aku tak setuju bila pemimpin yang dicadangkan kat aku tu memang aku sendiri pun da nampak kejahilan dia pasal ISLAM. well, kalau dia betul-betul tahu pasal agama anutannya tu, dia takkan biarkan kepala anak bini dia tu 'berdogol' tanpa dilindungi apa-apa sampaikan rambut bini tu kejung semacam kalau ribut tiup pon gerenti tak berserabai n si anak pulak mungkin selalu sangat bagi mandi air karat sampai rambut hitam pun dah jadi berkarat. ISLAM la sangat macam tu. tu namanya ISLAM hnya pada i/c. dia tu sebenarnya dah jatuh tahap dayus sebab anak bini sendiri pun tak berani nak tegur. kata nak jadi pemimpin umat ISLAM seluruh Malaysia tapi jadi pemimpin terhadap keluarga pun dah gagal!! cesh....

dah..dah...aku kalau cakap lebih sikit lagi, nanti tak pasal-pasal ada orang cari n terus bom aku. so,baik aku angkat jari dulu.



p/s: to pak cik burger - "baik betul pemimpin yang pak cik pilih tu sampaikan sanggup bagi tapak untuk pak cik jual burger kat tepi jalan je. oh ya, sebaiknya pak cik mulakanlah jualan tu selepas  maghrib. bukan pe pelik jugak tengok pak cik sorang-sorang je kat gerai sedangkan semua customer ade kat rumah @ surau untuk solat maghrib. tapi tak tahulah kalau-kalau pak cik pun ada uzur syar'ie macam perempuan jugak.. hurmm".





03 September 2011

perigi cari timba?? erkk..

sekarang aku still dalam mood raya walaupun da masuk raya ke-5.. tapi segala assignment telah mengacau bilaukan hidop aku yang tenteram dan aman damai lagi makmur ni. arghhh..JIWA KACAU da serang aku ni. adoila tolong aku...mana nak pi cari TOK KADI  ni? horla TOK KADI! bukan aku nak kawen la. aku kena interview je, bukan sebab nak kawen je baru nak cari TOK KADI. poning aih, musing ketam doh rase ni.

oh ya..sebut pasal TOK KADI, aku baru ingat pasal topik hot kat atas tu. perigi cari timba? dulu pernah jugak la aku dapat ayat seenak rasa semanis kurma tu. malu? memang la malu weh...orang gila pun tahu malu beb takkan orang normal cam aku tak tahu malu plak. haishhh.. padahal masa tu aku tak kata pun aku suka dia n sejujurnya memang aku tak suka dia pun tapi biasala lau manusia dari spesis yang perasan ni. kita senyum ke dinding kat belakang pun dia ingat kita senyum senyum kat dia. lagipun kalau senyum kat dia pun apa salahnya, senyum tu kan sedekah. cesh..

oi, yang kau dari tadi melalut pasal perigi, pasal timba, ni pe kebenda gajah rimau tu?! 

ok...ok...meh sini aku terangkan. lau yang rabun tu sila pakai spek mata ye, lau tak nampak jugak korang gunala microskop yang korang curi kat makmal sains masa sekolah rendah dulu-dulu.. perigi cari timba tu maksudnya perempuan yang cari lelaki. kalau ikut sepatutnya lelakilah yang cari perempuan macam timba ngan perigi tu la. yang kita biasa dengar orang bawak timba pergi kat perigi kan? ke korang bawak perigi ke hulu ke hilir pergi kat timba? bijak betul orang dulu-dulu buat peribahasa eh.. aku rase lau buat peribahasa mouse cari komputer pun ok gak..zaman canggih manggih la katakan...erk..

 hina sangat ke golongan perigi cari timba tu hah?

uih, kalau aku kata golongan ni hina maknanya aku juga telah mengatakan serikandi agung kita iaitu Saidatina Siti Khadijah juga hina. sudah tentu TIDAK!! HEBAT sangat ke kita ni dari Saidatina Khadijah? cantik sangat ke AKHLAK kita ni dari Saidatina Khadijah? KAYA sangat ke kita dari Saidatina Khadijah? LAWA sangat ke rupa kita ni dari Saidatina Khadijah? haha..cuba bagi jawapan kat aku sekarang..

cesh...kalau setakat mengayat balak sampai keliling pinggang korang kata tu HEBAT, boleh jalanlah ngan kehebatan korang tu. tu bukan hebat weh tapi tu menjatuhkan maruah namanya!! Kalau AKHLAK yang setakat aksi lakonan depan balak korang je, pe contohnya ek? hah, alim-alim kucing + malu-malu kucing. tu pun korang boleh jalanlah. macam jugak kalau korang ada Ferrari 10 bijik kat rumah yang besar gedabak mengalahkan White House tu belum lagi korang boleh tandingi betapa KAYAnya Saidatina Khadijah tu dulu sebab serikandi Islam ni sanggup mengeluarkan seluruh hartanya demi Islam. tapi korang sanggup ke? nak derma RM100 kat anak yatim pun berkira ni pulak nak bagi semua..kaya sangat la tu.. n last, korang ingat bila cucuk sana,cucuk sini, tempek sana, tempek sini korang nampak lawa la? hello guys, for ur info... Saidatina Khadijah tu merupakan wanita yang paling cantik dalam kaum Quraisy..PALING CANTIK ok!!

tapi kehebatan sebenar Saidatina Khadijah ini terletak pada KEBERANIANnya meminta Rasulullah untuk menerimanya sebagai isteri. wanita yang benar-benar hebat adalah wanita yang berani meluahkan hasratnya pada seorang lelaki yang hebat pada akhlak dan agamanya bukan paras rupa semata-mata. tapi yang aku kata hina bila korang cari yang kaya-raya, hensem kiut-miut tapi akhlak ntah apa-apa, tangga masjid kampung sendiri pun tak jumpa...pe kebenda lelaki macam tu? ibaratnya perigi cari timba yang bocor la.. langsung tak boleh guna. baik korang tunggu je timba yang datang cari korang sebab gerenti timba yang datang cari korang tu tak bocor + bersih. yerla, nak ambil air mestilah bersih kalau tak buat apa dia datang cari korang...

haishh...panjang pulak entry aku kali ni. lantaklah dah lama aku gian nak menaip tapi takde modal yang mampu dilaburkan n Alhamdulillah modal ni timbul jugak sebelum aku bankrap.. =P


ambek kau.. mulut itik skali aku bagi..
korang menyampah? ade aku kesah?