24 May 2010

frens 4 ever



PERSAHABATAN....persahabatan merupakan ikatan,ikrar,kepercayaan dan tautan hati di antara seorang insan dengan insan yang lain...kecewa dalam persahabatan adalah lebih hebat tamparannya berbanding kecewa di dalam percintaan...ya,aku tak nafikan bahawa aku tidak pernah rasai kecewa putus cinta kerana aku sendiri tidak pernah kenal erti cinta tapi keadaan di sekelilingku yang menerangkan kesakitan itu...dan aku begitu bertuah kerana mempunyai 2 orang sahabat yang sanggup berada di samping aku ketika suka atau duka,dikala susah dan senang...aku mula mengenali mereka sejak berumur 8 tahun lagi dan kini umur kami sudah pun mencecah 18 tahun n ini bermakna hampir 10 tahun kami menjadi sahabat... kami tidak punyai banyak persamaan tapi kami cuba memahami perbezaan dan kelemahan masing-masing dah inilah yang membuatkan persahabatan kami semakin kukuh...n persamaan kami yang paling ketara ialah kami bertiga tidak pernah bercinta...lucu bukan??bukan kami tak mahu bercinta tapi pada pandangan kami usia ini terlalu awal untuk bercinta...ok,tutup citer pasal ni...nampaknya aku terpaksa berpisah dengan Jee kerana dia ditawarkan ke uitm Perak...nasib aku baik kerana aku masih lagi tidak dipisahkan dengan syer...huh,Jee...aku harap persahabatan kita tetap utuh walau 1000 batu sekali pun kita terpisah.... Syer n Jee,semoga persahabatan kita kekal selamanya...