21 August 2013

Mimpi kematian?? Adakah itu satu amaran?


Kelihatan satu tempat yang terlalu hingar bingar. Semua orang yang ada di situ lari bertempiaran. Aku sendiri tidak pasti dengan apa yang terjadi. Kenapa keadaan sebegini kucar-kacir? Belum sempat kaki aku melangkah... Bangggg!!! Bingit telinga terdengar bunyi letupan tembakan. Kepalaku... Sakitnya kian terasa. Darah mula mengalir deras. Tubuh sudah tiada lagi daya imbangan. Kesejukan mencengkam bermula dari kaki. Kian sejuk di pertengahan badan dan akhirnya aku tersembam menyembah bumi. Mata perlahan-lahan mula tertutup. Ya Allah, sejuknya, jantungku bagaikan tiada degupan lagi...

"Bangun... bangun... belum masanya lagi." Berkali-kali aku mendengar suara tu. Sayup-sayup kedengaran di telinga. Beberapa kali aku cuba untuk membuka mata, tapi aku tidak berdaya.

"Kak Wany, bangun... ooo, Kak Wany... Lewat dah ni. Bangunlah.. tadi kata nak gi beli kain..." Suara umi tiba-tiba menggantikan bisikan halus sebentar tadi. Goncangan kasar membuat mataku terus tercelik. Astaghfirullahal a'zim... ternyata semua perasaan itu hanyalah mimpi. Tapi kenapa tentang mati? N aku rasa macam betul-betul dah mati tadi, dah tak bernyawa... terasa sejuk seluruh tubuh belum lagi dicampur terasa sakitnya.

Adakah ini satu amaran dari Tuhan? Huh, mungkin terlalu banyak dosa yang masih berterusan. Mungkin sudah masanya aku melangkah untuk berubah. Ya Allah, berikan aku sedikit sahaja lagi waktu untuk beribadat kepadaMu. Andai takdirnya aku perlu kembali kepadaMu, habiskanlah umurku dalam keadaan husnul khatimah. Biarlah lidahku lancar mengucapkan kalimah syahadah agar membuktikan bahawa aku di dalam kalangan orang yang beriman. Aaaamiinnn Ya Rabbal A'lamiinnn..


p/s: Maaf, entry kali ini sekadar ingin berkongsi pengalaman pertama aku tentang bertemu dengan 'maut'. Mungkin itu hanyalah 1% perasaanya dari kematian yang sebenar. Marilah sama-sama kita doakan agar kita dimatikan dalam keadaan penuh keimanan. Aaamiiinnn...




16 comments:

  1. subhanallah..ni mungkin 1 ptanda..islam pn tntut pganutnya mengingati mati..antara bersedia @ x je kita ni kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah... mungkin ni petanda utk kita bt p'sediaan.. :)

      Delete
  2. pernah juga mimpi mati... T_T

    ReplyDelete
  3. glurppp..sama2 la kita berdoa ke arah kebaikan..

    ReplyDelete
  4. semoga semuanya baik sahaja.. syukur Allah masih memberi kesempatan untuk kita terus bernafas dan memperbaiki kelemahan diri..

    ReplyDelete
  5. mimpi neh ade yang best ade gak yang x best..yang penting kite beringat tentang mati...hehheeheh....yang lain urusanNya...wallaua'aklam....

    ReplyDelete
  6. huu...tak pernah dpt mimpi cenggini lagik.

    ReplyDelete
  7. Mimpi walaupun mainan tidur tapi kadangkala ianya memberi keseronokan, petanda dan keinsafan...Ambillah ia dengan positif

    ReplyDelete
  8. tak semua orang dapat mimpi yang macam ni , memberi keinsafan pada kita semua... :)

    ReplyDelete
  9. kalau teman udah seram dah bulu roma

    ReplyDelete
  10. sy pun pernah mimpi kematian sendiri..bukan sekali tapi banyak kali ..huhu

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum awak. sheila pernah mimpi juga. biasanya tentang hari kiamat. dah banyak kali. mungkin ianya amaran buat kita, agar tidak berterusan dengan dosa2 :(

    ReplyDelete