30 April 2012

Rekrut da habes!!! Yess...!



   Akhirnya, aku keluar dari pagar bumi Tembila setelah sebulan terperuk di dalamnya tanpa sebarang kebebasan untuk keluar masuk kalau tak ada alasan yang munasabah. Contohnya, demam @ membeli barang keperluan. Ok, sekarang ni meh aku citer sikit story pasal kehidupan aku sebagai 'tentera katek @ askar cekceh' selama sebulan ni ye.





  Masa mula-mula sampai tu, jantung aku tak payah kata la. Mungkin sebab otak ni dah terlampau terfikirkan dengan dongeng-dongeng yang disampaikan oleh senior-senior dulu. Ya, masuk je pintu pagar kem tu, aku tiba-tiba je mengucap.. Hahaha...dah macam kena pergi ke tali gantung pulak gaya aku ni kan?? Tapi seriously, lau korang kat tempat aku pun mesti benda yang sama korang buat.

  First day berlalu macam tu je, fuhh...tak kena marah bagai lagi, semua jurulatih pun ok-ok je aku tengok. Tapi takut jugaklah sebenarnya. Mana tahu esok adalah bermulanya hari kami. Ok, second day pun tak ada lagi peristiwa-peristiwa maut yang boleh kasi jantung aku berhenti berdegup. Right, hiperbola lagi..

  Hari yang dinanti-nanti akhirnya tiba juga. Setelah kami selesai medical check, setelah 3 orang disahkan tak dapat join kami untuk teruskan perjuangan ini, akhirnya 'kebahagiaan' kami telah berakhir. Dalam masa tak sampai pun 1 jam, keadaan yang begitu hening terus bertukar seperti tempat yang menyeramkan. Kehadiran rekrut-rekrut lelaki yang persis pelatih juvana semakin menggerunkan aku. Tiada lagi rambut yang berceracak, tiada lagi hayunan rambut rebonding n tiada lagi jambul huruf S. Semuanya menjadi toyol sudah, nasib baik warna kulit je yang tak berubah menjadi hijau.

   Hari itu juga pembagian barang-barang diagihkan. Yeah, seperti yang di duga, badan kecil molekku sememangnya tidak berjodoh dengan baju-baju loreng yang saiznya mak gajah tu. Dengan muka yang kesedihan, aku telah dijanjikan dengan sepasang baju lengkap yang bersaiz kecil. Hatiku yang sugul kembali riang. Ada jugak yang memahami saiz badanku ini. N da next day i got my loreng!!! Yess, sememangnya ngam-ngam + cun-cun ngan badan aku..





  Kehidupan penuntut rekrut telah bermula. Sesungguhnya, aku amat membenci PT pagi.. Dengan kerenah kpl S yang suka mendera kitorang dengan menyuruh kami melakukan beberapa perkara yang menjengkelkan seperti side roll, forward roll, tepuk lalat, pumping, sit up, star jump, sport jump n haram jadah apa jump lagi pun aku tak tahu la.. yang aku tahu, setiap kali side roll di kawasan lapang sebesar padang bola tu gerenti aku akan muntah hijau... konon-kononnya untuk stabilkan balik metabolisme rate dalam badan, tapi entah betol ke tak... tengok macam separuh mati je kitorang dikerjakan.


Antara contoh kedudukan PT pagi..



  Selesai je rehat selama satu jam selepas PT pagi, latihan kawad pun bermula tepat jam 9 pagi yang waktu itu mentari sedang tersenyum riang menerangi bumi bersama bahang kepanasannya dan latihan itu akan berakhir pada pukul 12.45. Sudah tentu kami semua bagaikan di panggang di bawah terik mentari yang tegak berdiri di atas kepala. Panasnya hanya Tuhan yang tahu, otak yang sedang bersemayam di dalam kepala ni pun bagaikan bergelegak.

latihan pengendalian senjata...

   Latihan kawad berlalu dengan seribu kepenatan. Kelas senjata pula bermula n sekali lagi berjumpa dengan Kpl Nazri. Mempelajari tentang  fakta serta alat kerja pada jam 2.30 dengan badan yang sudah lesu sememangnya membuat mata aku begitu menderita. Tetapi disebabkan gelagat geng-geng platun 3 : Tira, Qaqa, Dadak, Jey Jey, Ceplos, Arif, Jenny, Zumar, Shahrul, Mail n ramai lagi la menyebabkan rasa mengantuk tu hilang.


Geng Platun 3!!



   Petang tu kami wajib bermain!! Huh, aku rasa cam da kembali ke zaman sekolah. hahaha..macam-macam la.. Aku ni sememangnya suka sangat jumpa dengan Kpl S tu. Suka sangat n kalau boleh pagi petang siang malam takpe... Maklumlah orang hen...emmmmm, kena fikir banyak kali dulu sebelum aku taip dengan lebih detail.

  ok dah.. Kisah kelas malam pun bermula. kalau siang hari kena pakai seluar, malam hari kami si askar wanita yang tadinya wonder woman akan bertukar menjadi ayu macam perempuan melayu terakhir sebab kena pakai baju kurung. Sopan habes semua perempuan bila malam menjelang... n Benda yg takleh blahhh kitorang kena exam kat tengah padang kawad.

   Detik yang paling kelakar bila berbunyinya wisel keramat pada pukul 12 tgh malam. Masa tu sorang-sorang da berdengkur dan begitu enak berlayar ke alam mimpi. Tetapi disebabkan siulan wisel keramat Cik Darus, secara automatik kami semua bangun dan menyarung pakaian yang lebih sopan. seperti tak cukup kaki kami berlari berbaris di depan Cik Darus yang kehadirannya tak diduga. Pada malam itulah kami semua tiba-tiba perlu berlari ke bilik n mencapai 2 benda penting iaitu ubat gigi n berus gigi. Entah apa yang dia nak buat pun kami tak tahulah... habis je pemeriksaan 2 benda tu, kami dikehendaki balik ke bilik dan mengambil towel mandi. Masa tu la macam-macam ragam telah berlaku. Seorang mandi guna towel muka je, yg seorang lagi guna kain batik terus. adoila, macam-macam.. Kali ketiga kami balik ke bilik, kali ni kami kena ambil kelengkapan solat pulak, siap kena pakai pulak tu.. Gaya macam balik umrah dah sorang-sorang.. hahaha.. Paling last, permintaan mengarut di abad ini ialah gambar pakwe/makwe. Manalah aku ada benda-benda macam tu. Finally, sesiapa yang gagal tunjukkan gambar pd malam tu kami pun telah dijodohkan sesama sendiri. Nasib baik aku dapat junior yg begitu pendiam lagi pemalu.. Best ending tuk malam tu ialah bila kami dibebaskan untuk tidur... Rupa-rupanya, yg tunjuk gambar tu kebanyakannya gambar pelakon-pelakon yang diorg rembat dari paper... ceshhh..ceshhh n ceshhh


Ni la kejean tgh2 malam... hehe


   Begitulah rutin kami pada 2 minggu pertama. Minggu ketiga, mulalah latihan medan n latihan ni mesti/perlu dibuat kat dalam hutan.(sesungguhnya aku benci masuk hutan..) Dengan beban yang sama berat ngan aku n sampai terbongkok aku pikulnya, kitorang berjalan masuk ke pengkalan. Setiap kali dapat arahan untuk duduk or meniarap, akulah orang pertama yang nak nangis sebab aku akan mengalami kesukaran yang luar biasa untuk bangun. Cuma yg aku perlu bersyukur sbb setiap kali aku perlukan pertolongan, mesti ada yang sudi datang tanpaku pinta. cewahhhh...


Kehadiran dia yg selalu tidak di duga...



    Sesungguhnya pengkalan kitorang berdekatan dengan air terjun n sememangnya itulah idaman aku. Ok, masuk pulak bab yang aku tak tak suka. Iaitu stand-to. Pe kebenda tu? Stand-to ni tujuan ye ialah untuk membezakan pandangan keadaan sekeliling pada waktu siang dengan waktu malam. Oh ya, aku pun tak tahulah pe nasib kitorang sbb sepanjang 3 hari latihan medan tu kitorang ditemani dengan rintik hujan. Sehinggakan waktu kitorang masuk untuk serang hendap pukul 9 malam tu hujan mula menggila, dan hampir gila aku menahan kesejukan selama 10 jam yg pada malam itu aku tidur hanya berlantaikan tanah berbumbungkan langit. Peristiwa yang aku tak leh lupa sepanjang latihan medan tu bila pertama kalinya dalam hidup aku disengat oleh scorpion. Mak cik tu rupanya enak bersembunyi di sebalik beg pack aku n terus serang ibu jari kaki aku. Mungkin aku sebenarnya nak disedarkan dengan sikap kerjasama dan kasih sayang dari kawan2 seanggota. Dalam keadaan macam tu, diorang sanggup papah aku keluar ke medic dengan laluan yg sukar n diorang pun masih letih. Memang aku akhirnya ditakdirkan untuk disuntik...


muka aku masa dalam hutan...



   Hari tu juga, kitorang bertolak ke kem disebabkan banyak kekangan yang tak mampu dielakkan. Aku pulak yg telah disuntik, balik je ke kem aku terus tidur mati n terasa bagaikan diberi dadah. Oleh sebab itu, orang laen dah selesai berkemas segala bagai tapi aku pulak tak tahu mana barang2 aku dicampakkan. Yg aku tahu tido je...

ketika latihan kawad...


    Ternyata balik je latihan medan, kami perlu menghadap padang kawad pagi petang siang malam. Sampai muka air teh jd legam cam kopi. Walaupun aku disekat utk kawad disebabkn sengatan tu, aku ttp nekad utk berkawad krn ingin buat p'smbhan kawad penutup. Cuma, pe yang sedihnya.. My parents tak sempat pun tengok aku kawad. Hmmmm...dah nasib nak buat macam mana.

perbarisan penutup...

           
            sebelum terlupa... walau di mana anda berada, pastikan SOLAT anda diutamakan...

Jangan jadikan tiada telekung sebagai penghalang.. Selagi pakaian tu dah menutup aurat, tak salah untuk teruskan solat.

 
Aku prebet Izwany... =P

Malam 1001 kenangan!!

Aku jd MC malam tu... =P

Telatah di malam akrab...


   oklah, aku rase ni lah entry yg paling panjang penah aku buat n makan masa selama 3 hari. Ni pun entry yang 1st n last tuk bulan ni sebab rekrut aku dah habes tapi KADAR pulak yg menanti. Nampak gayanya sebulan lagilah aku duduk dalam kem. Tata blog, tata facebook!!!huk3