29 February 2012

Hukum Memakai "BULU MATA PALSU dan MASKARA"



Apakah hukum memakai BULU MATA PALSU dan MASKARA?



BULU MATA PALSU :

Pemakaian bulu mata palsu adalah HARAM selaras dengan hadis Nabi mengenai pengharaman rambut palsu: 

"Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung."
(Shahih Al-Bukhari)

Apa-apa perbuatan berhias diri dengan melampau maka ia diHARAMkan dalam Islam.





MASKARA :

Pemakaian maskara adalah harus selagi mana ia tidak merubah wajah yang sebenar dan bahan yang digunakan tidak mengandungi unsur syubhah dan tidak kalis air. Ini dibimbangi ketika mengambil wudhuk air itu tidak rata ke anggota wudhuk.

Sesungguhnya tabarruj atau pemakai perhiasan yang berlebihan itu adalah amalan ZAMAN KAFIR JAHILIYYAH.....


SUMBER : FACEBOOK!!


p/s: haishhh.. tak berat ke hah mata diorang mase pakai benda alah tu. Kadang-kadang aku tengok diorang nak kelip mata pun bukan maen seksa. Nak cantik punye pasal, seksa pun seksalah...ishhhh.. dunia-dunia... 

28 February 2012

Segmen Tambah Follower Tanpa Blogwalking by MD



Hari-hari masuk segmen, takpelah sesaje je n ini semua disebabkan janaan minda yang semakin hari semakin merosot untuk aku menconteng segala bagai kat blog ni. N kali ni aku telah di tag oleh seorang mak cik tua yang telah diberi nama Syer bukan Shell ye. Segmen ini berasal dari keturunan Om MD yang aku rase blog emg cun abes!!! Cam masuk alam fantasi je bler aku pi skodeng tadi. Jeles betol aku nengok...haishhh..

Opps, da lari topik plak. Ok2 seme, jomla kite pakat join segmen ni n semoge ada jugak yang sudi nak follow kite punye blog.. Bak kata Om MD, bilangan follower ni kadang kala memberi semangat untuk meningkatkan mutu blog. (Erk, kalu otak da beku tu, beku la jugak)

Haishhh...hidup lam dunia ni emg takkan t'lepas dari syarat n syarat2 segmen ini ialah.....jeng3:
 
1- Buat entry bertajuk "Segman Tambah Follower Tanpa Blogwalking by MD".
2- Letakkan banner di atas dan linkkan terus ke entry ni.
3- Buat entry simple je, tak payah susah-susah cam aku duk merapu ni.
4- Tag beberapa orang rakan.
5- Tinggalkan komen di entry Om MD.

Yeah makhluk pilihan untuk di tag ialah:
Miss Makkiey
Miss Sunyi Sepi

Jom Tambah Geng Blogger -Belog Nadia-




Segmen again... bukan pe sebenarnya otak aku da beku tahap beruang utara kat kutub utara dah ni tak tahu nak taip apa. Tapi segmen dari Belog Nadia ni telah selamatkan kecelaruan otak aku... Okla, kamhammida Belog Nadia!!!

27 February 2012

Lakaran CINTA



Andai cinta yang ku lakarkan pada dada bidang pasir tidak hilang,
Nan setiap waktu aku kan memperelokkannya,
Andai cinta yang ku ukirkan pada lembaran langit tidak lenyap,
Di setiap saat pasti aku menjenguknya,
Andai cinta yang ku jalinkan dengan bebenang awan kekal,
Pasti setiap masa aku tersenyum melihatnya....

Namun......
Aku hanya mampu ukirkannya jauh di dasar hati,
Meski pancaindera tak mampu menggapainya,
Tapi cukup hati ini menyanyikan nada cinta itu.... 

26 February 2012

Ayat Seribu Dinar



Ertinya: "Dan siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia menjadikan jalan keluar baginya. Dan Dia mendatangkan rezeki kepadanya dari jalan yang tidak disangka-sangka (tidak dijangkakan). Dan siapa yang berserah diri sepenuhnya (bertawakkal) kepada Allah, maka ia berada dalam jaminan-Nya (dicukupkan keperluannya oleh Allah). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya, dan sesungguhnya Allah menjadikan bagi tiap-tiap sesuatu itu ada ukuran (nya)."

Fadhilatnya:

(1) Mendapat Rezeki Tanpa Disangka-sangka

           Menurut Ibnu Mas'ud RA pula, orang yang mengamalkan tuntutan yang ada dalam Ayat Seribu Dinar ini akan beroleh jaminan rezeki daripada Allah; bahkan dia akan memperoleh rezeki menurut jalan yang tidak pernah terfikirkan atau tidak dijangkakan sumber serta puncanya.


(2) Melenyapkan Segala Bentuk Kesusahan

           Mereka yang beramal dengan pengertian serta tuntutan Ayat Seribu Dinar ini akan dihilangkan apa juga bentuk kesusahan, kesempitan dan gangguan-gangguan jiwa sebagaimana disebut oleh Ar-Rabi' bin Khaitham berikut ini:

            Ar-Rabi' bin Khaitham berkata: "Allah menjadikan jalan keluar baginya," maksudnya ialah jalan keluar atau penyelesaian dari segala sesuatu yang menyusahkan dan menyempitkan hidup dan perasaan manusia.


(3) Dijauhkan Dari Keraguan dan Kesusahan Maut

           Qatadah pula menyebut, orang yang beramal dengan tuntutan Ayat Seribu Dinar ini, selain beroleh rezeki melalui jalan yang tidak disangka-sangka, juga akan dijauhkan dari keraguan-keraguan ketika di dunia serta terhindar dari kesusahan-kesusahan ketika menghadapi maut (menjelang mati).
          
          Qatadah RA berkata: Maksud "jalan keluar" dalam ayat tersebut ialah keluar daripada perkara-perkara yang syubhat dan kesusahan ketika mati; "dan memberi rezeki kepadanya dari cara yang tidak disangka-sangka," adalah menerusi jalan yang dia harapkan dan tidak dicita-citakannya.

25 February 2012

Menangis?!


Tiga jenis manusia dalam tangisan:

(1) Mudah Menangis
Ada orang yang mudah menangis. Perasaannya sangat sensitif dengan keadaan sekeliling. Menangis ketika berpisah dengan orang yang dicintai, mendengar cerita atau berita yang menyedihkan atau melihat kesengsaraan hidup orang lain.

(2) Sukar Menangis
Ada pula orang yang sukar menitiskan air mata. Walaupun sedih ditinggalkan orang yang tercinta, tidaklah sehingga membuatkannya menangis tersedu-sedan.
Bukan kerana tidak merasa kehilangan, tetapi sememangnya dia sukar menangis. Hatinya tidak tersentuh dengan ungkapan kesedihan yang melahirkan titisan airmata, walaupun hatinya amat sedih dan berduka.

(3) Tidak Boleh Menangis
Ada pula yang tidak boleh menangis kerana memang hatinya keras membatu walaupun ditimpa musibah yang maha dahsyat.

8 Sifat Tangisan :

-1- Jihad
 Tangisan mereka yang mengikuti perang Tabuk untuk menghadapi tentera kuat Rom yang berlangsung ketika musim panas bukan sebarang tangisan tetapi tangisan jihad. Ketika kebanyakan orang meminta tidak ikut berperang dengan berbagai alasan, mereka pula bersedih kerana tidak dapat menyertai pasukan Islam ke medan perang.
Ketika ramai orang takut mati, mereka menyesal hilang kesempatan untuk mati. Bagi mereka, perang bukan sesuatu yang menyeramkan, inilah cita-cita tertinggi mereka, syahid di jalanNya.

-2- Iman
Tangisan iman tidak sama dengan tangisan biasa yang dilakukan oleh kebanyakan orang. Tangisan iman terjadi ketika seorang hamba rindukan pertemuan dengan Allah SWT dan tangisan ketika hilang kesempatan menjalankan perintah agama.

-3- Rindu
Tangisan rindu adalah tangisan yang muncul ketika merasa kerinduan yang amat kuat sama ada rindu kepada urusan dunia mahupun. Kerinduan yang bersemi di dalam hati menyebabkan kesedihan muncul dan menitiskan air mata.

-4- Khusyuk
Ada juga tangisan kerana hati khusyuk berzikir kepada Allah. Tangisan seperti ini banyak dibahas dalam Al-Quran mahupun sunnah. Tangisan ini tentu sahaja bukan tangisan yang dibuat-buat, kerana ia lahir dari fikiran yang bersih dan hati yang bening. Kedudukannya sama dengan tangisan iman.

-5- Bahagia
Tangisan ini lahir ketika diselimuti kegembiraan, ketika berjumpa dengan orang tercinta, berkumpul bersama keluarga dalam suasana hari raya, ketika mendapatkan nikmat besar, kemenangan dalam suatu perjuangan atau menjadi johan dalam suatu pertandingan dan sebagainya.

-6- Ikutan
Tangisan ikutan ialah orang yang hanya boleh menangis ketika orang di sekelilingnya menangis. Dia tidak mampu menangis ketika bersendirian, melainkan mampu menangis jika bersama dengan suatu jemaah, sama ada dalam solat, muhasabah, mendengarkan syarahan agama atau mendengar al-Quran.
Kadangkala dia tidak tahu maksud dan erti bacaan imam, ia hanya sedih mendengar 'nada tinggi' imam dan jemaah lain. Dengan kata lain, menangis ikutan adalah menangis kerana melihat orang lain menangis.

-7- Palsu
Air matanya bukan kerana Allah tapi kerana manusia supaya mereka menyangka dia adalah orang yang khusyuk dalam solat, tilawah dan doanya.

-8- Mengikut musim
Pada malam-malam Ramadhan kita sering menyaksikan diri dan orang di sekeliling menangis ketika dilangsungkan tadabbur ayat, muhasabah atau qiamullail. Hampir semua yang hadir menangis ada air matanya keluar sedikit, tersedu-sedan hingga tangisan yang teramat keras. Tangisan sebegini biasanya hanya terjadi setahun sekali. Inilah yang disebut dengan tangisan mengikut musim atau keadaan.


SUMBER: Menangis?! Suatu Fitrah Antara Naluri & Perasaan. 
(Hadiah daripada Tahir masa habis SPM sempena jamuan Asrama- Noodle Station-)


p/s: Aku buat entry ny sebab aku pun da banyak menangis hari ni. Antara rindu dan sakit hati, ku telan jua.

24 February 2012

Aurat Muslimat dengan Wanita Non-Muslim


Sejak aku masuk U dan setelah didedahkan bahawa di dunia kampus ini bukan Muslim je gigih menuntut ilmu, aku mula sedar dengan kepentingan penjagaan batasan aurat apabila bersama mereka. Di bawah merupakan penerangan yang aku perolehi daripada 2 buah buku iaitu buku : 

(1) Batas-batas Aurat dan Pergaulan

Walaupun kedudukan wanita dengan wanita adalah sama, tapi dalam soal penjagaan aurat dan maruah, Islam membataskan di antara wanita Islam dengan bukan Islam.

Tafsiran ayat 31 surah An Nur : 
"Janganlah para wanita Muslimah menampak perhiasan mereka kecuali kepada wanita-wanita Islam...."

Ibnu Abbas berkata :
"Wanita muslimah hanya boleh menampakkan perhiasan kepada wanita Islam dan dilarang kepada wanita bukan Islam. Tidak halal wanita-wanita Yahudi dan Nasrani melihat aurat wanita Muslimah."

Tafsir Ar Razi bagi aurat Muslimah dengan Non-muslim:
"Seluruh tubuh, kecuali muka dan dua tapak tangan."

Berdasarkan hadis soheh, Saidina Umar r.a pernah mencegah wanita kafir memasuki bilik mandi bersama wanita-wanita Islam.

(2) Buku Ustaz Azhar Idrus

Sebenarnya ini adalah jawapan kepada soalan yang ditanyakan oleh seseorang berkaitan masalah aurat apabila adiknya ditempatkan sebilik dengan wanita non-muslim. Berikut merupakan jawapan yang diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus:

1- Aurat perempuan Islam di hadapan wanita bukan Islam yang tinggal serumah ialah seluruh tubuhnya melainkan kaki, jari sampai ke lengan dan kepalanya. Harus membuka kakinya dan tangan sampai ke lengan dan rambutnya sewaktu berada di rumah.

2- Berpakaian seperti berseluar pendek ataupun berkemban (tidak menutup aurat) adalah haram. 


~Ini adalah pendapat satu golongan daripada sarjana fiqah.~





 

23 February 2012

Dendam itu api Syaitan.



"Siapa kita untuk menilai buruk baik orang lain... Siapa kita untuk menghukum seseorang ke neraka atau ke syurga... selagi kita juga makhluk yang dicipta Allah, kita tak ada hak untuk menilai orang lain"..

Hah, ayat yang cukup indah dan penuh makna tersirat sehingga menyentap jantung kecil aku ni telah dituturkan oleh seorang classmate aku yang juga merupakan hero pujaan class aku. (Cesh... kena berkongsi lagi..)

ok, jomlah kita pakat duk hayati apa sebenar maksud dendam, maaf dan hak kita yang sebenarnya ni.

Dendam :

Perasaan marah yang tidak dapat dilenyapkan akan mewujudkan perasaan dendam. Maka hati akan berasa berat untuk memaafkan seseorang dan terbitlah perasaan benci serta ingin menjauhkan diri daripada orang itu. Perasaan dendam juga akan menyebabkan kita menghukum pihak yang melakukan kesalahan dengan pelbagai perkataan buruk hina lagi mengaibkan yang tidak patut keluar daripada lidah jika kita benar-benar beriman kepada Allah. Hendaklah kita sedaya-upaya menghindari untuk membalas kejahatan dilakukan orang lain dengan kejahatan atau mencela dan mengaibkan mereka. Jangan kita membalas celaan dengan celaan, umpatan dengan umpatan, caci-maki dengan caci makikerana ia hanya akan mengeruhkan suasana. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jika ada seseorang mencelamu dengan sesuatu noda yang ada dalam dirimu, maka janganlah mencelanya dengan menunjukkan suatu noda yang ada di dalam diri orang itu."
 -(Riwayat Imam Ahmad daripada Jabir bin Muslim) 

Marah boleh timbulkan dendam dan dendam boleh menyebabkan kita lupa siapa kita. Ya, bila hati mula bangkit kemarahan tak ada siapa boleh halang tapi kita jangan lupa bahawa kita masih mempunyai akal dan iman untuk menjadi penyejuk api kemarahan yang dibara oleh Syaitan. Aku juga manusia, manusia yang kadang kala alpa dengan peringatan-peringatan yang telah dilambakkan di depan mata sebab itulah aku juga pernah, selalu, always, daiman merasai sakitnya perasaan marah itu dan busuknya dendam yang membenih di dalam hati. Walaupun menyedari semua itu, aku tetap sahaja mentulikan telinga, mengeraskan hati agar hakikat yang benar lagi hakiki itu dapat ku tepis. Tapi ingat, bukan aku sahaja yang begini malah ramai lagi yang masih diburu, dirantai dan dipatri dengan besi dendam ini. Oleh itu, ayuh kita muhasabah dan mengetahui kenapa serta mengapa kita masih begitu.

Antara batu penghalang utama untuk kita menerapkan perasaan saling bermaaf-maafan adalah sikap yang KASAR, KERAS KEPALA dan BERHATI BATU. Oleh itu sikap lemah lembut dalam pergaulan seharian wajar menjadi sifat umat Islam terpuji. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut dan mencintai kelembutan dan Dia memberikan atas (sebab) lemah lembut apa yang tidak Dia berikan atas (sebab) kekerasan dan yang tidak dia berikan atas (sebab) selainnya."
 (Hadis riwayat Imam Muslim)

See, inilah yang kita tak sedar selama ini. Ego, riak, sombong dan bongkak yang sering kita jadikan perhiasan telah menutup segala rasa zuhud yang sepatutnya kita ada dalam diri. Kita riak mengatakan kita lebih baik dari dia yang tak solat, tapi tak sedar yang kita sebenarnya telah melepaskan pahala untuk kita mengajaknya bersama di dalam satu saf. Kita ego mengatakan dia bodoh dari kita, tapi kita sebenarnya alpa untuk mengajarkan mereka setitis ilmu dan mengamalkan ilmu yang kita ada. Kita marah padanya yang berzina tapi kita lupa untuk memimpinnya ke jalan yang benar. Dan kita berdendam dengan dia yang mengkhianati, tapi kita tak tahu menilai hikmah yang tersembunyi agar kita terus berhati-hati....

Marah :

Allah juga akan memberi ganjaran bagi mereka yang mampu mengawal perasaan marah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Siapa yang menahan perasaan marah sedangkan dia mampu untuk melaksanakannya (melepaskan kemarahannya), maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di hadapan sekalian makhluk, kemudian disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya."
-(Hadis Riwayat Imam al-Tirmidzi)

Rasa marah, kecewa adalah perasaan yang tidak dimungkiri dapat hinggap ke dalam hati setiap manusia. Rasa sakit yang ditahan, rasa kecewa yang kerap disimpan, keduanya bukan tidak mungkin, jesteru malah akan menimbulkan penyakit hati manusia. Manusia, ciptaan Tuhan yang tidak akan pernah sempurna tanpa kehadiran manusia lain. Jika tidak, masakan Allah mencipta Hawa untuk dijadikan teman buat manusia pertama iaitu Adam.

Maaf :

Maaf adalah kata benda yang bererti keampunan. Diberikan kepada kesalahan, kerana didorong oleh perasaan kasih, cinta, sayang, mahupun tak tega. Ketika menjadi kata kerja memaafkan, maknanya atu tindakan yang dimulakan dengan akal berlandaskan keimanan.

Firman Allah yang bermaksud: "Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau bersikap lemah lembut kepada mereka (sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal keduniaan itu. Kemudian apabila engkau sudah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya."
(Surah Ali-Imran, ayat 159)



Islam sebagai agama yang mulia mengatur hubungan antara manusia. bahkan Rasulullah SAW tidak memperkenankan saudara sesama muslim menahan amarah yang melahirkan permusuhan. Dalam sabda Rasulullah SAW, "Tidak halal seorang muslim memutuskan hubungan dengan saudaranya (sesama muslim) lebih dari tiga hari. Barangsiapa memutuskan lebih dari tiga hari dan meninggal, maka ia masuk neraka." (Hadis Riwayat Abu Dawud)



Perghh..... setelah penat dengan entry yang begitu panjang lebar kali ni, aku juga dengan penuh rasa rendah diri memohon maaf di atas segala kesilapan dan juga nafsu amarah selama ini. Dan aku juga memaafkan segala kesilapan yang pernah insan lain palitkan padaku kerna aku sendiri letih untuk bermain dengan api dendam kian marak ini. Aku juga tidak mahu hidupku terus berdampingan dengan syaitan yang terlalu gembira setiap kali nafsu amarahku menguasai diri. Mungkin kata maaf sudah meniti tapi aku masih lagi perlukan masa untuk perbaiki kembali semuanya....

22 February 2012

demam vanilla coklat (@_@)


Tiba-tiba je hari ni terlintas nak conteng entry pasal citer Vanilla Coklat. Pengaruh asal yang mula merasuki aku untuk tengok drama ni tak lain tak bukan adalah Ummie aku sendiri. Begini permulaan kejadiannya sehingga aku histeria dengan cerita tu:
 
Aku: Bisingnya kat umah, Ummie ngah buat pe tu?
Ummie: Tengah tengok citer Vanilla Coklat ni. 
Aku: Citer benda tu? best sangat ke?
Ummie: Kalau Kak Wany tengok, perangai Zara tu sebijik macam Kak Wany. Hahaha
Aku: Zara??Sape tu? Macam-macamlah Ummie ni. Kak Wany mana pernah tengok citer tu..haishhh
Ummie: Kak Wany tengok la sendiri, panjang pulok citer ye ekgi. Nanti tak habes citer lagi, kredit dulu yang habis.

Setelah selesai berborak, bersembang, berbual n bergosip dengan Ummie, aku pun masuk ke bilik n terus bukak Mrs. Utube cari citer Vanilla Coklat tu. Punya semangat aku nak download, c Aishah pulak cakap yang dia da ada sampai episod 8. Perghhh, sememangnya aku ni betul-betul ketinggalan la. Setakat ni aku hanya mampu habiskan episod 1 je disebabkan kekangan-kekangan yg selalu berdampingan denganku. 

Walaupun baru episod 1 berjaya aku khatamkan, tapi aku dah faham dengan maksud Ummie tentang persamaan Zara iaitu watak utama dalam citer Vanilla Coklat tu dengan aku. Kalau sama dari segi kiut tu memang tak la jawabnye sebab aku ni lagi kiut dari dia...mwahaha (ok, penipuan yg melampau ye). Okla-okla, dia emg tak kiut sebab dia tu cantik + cun. Aku minat dia dari citer Kasihmu Laila lagi, bagi aku lakonan dia hidup n mantop la senang citer. 

Ok, berbalik pada topik. Persamaan perangai dia n aku lam citer tu (perangai je ek) :

Panas baran:
Hah, bahagian ni memang aku tak boleh nak nafikan. Cuma dia tu 'lebih' panas sikitla dari aku. Aku bese je, budak kiut kan... mana boleh baran sangat... ceshhhh

Tak pandai buat kerja rumah:
Kihkihkih... memanglah Ummie aku telah mengkaji perangai anaknya ini, ialah hanya seorang ibu je yang tahu benda buruk baik perangai anak dara dia yang seorang ni. Tapi satu je yang Ummie aku tak tahu tentang anak dia, bahawasanya... akulah tukang masak SARDIN yang paling terer di benua ini...mwahaha
 
Selalu nak menang:
Haishhh, itu semestinya... kalau tak buat apa aku masuk debat dulu. Bila au bercakap je, satu je aim aku. Nak MENANG!! tak kiralah yang salah tu aku tapi aku still nak menang jugak. Atau erti kata lain, aku ni ego kot. Kot je la, belum tentu lagi betul...ngeh3...

Yg org lain minat tu dia akan kutuk:
Contohnya lam citer tu, orang lain seme duk puji, sanjung, puja si Amir tapi dia je yang meluat tengok perangai buaya tembaga tu. Macam tu lah citernye, tak mahunya aku citer lebih-lebih pasal hal ni. 

PERBEZAAN:
Zara tu RAJIN belajar tapi aku tak...mwahahaha 




p/s: ok, tamat suda sesi kegilaan Vanilla Coklat. Sedang menanti "Mr. Vanilla", sebab aku "Mrs. Coklat".. Kegatalan mula membiak lagi. (*-*) 
 

21 February 2012

(Surat Dari Iblis)



(Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir)


SURAT DARI SETAN UNTUK MU

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai

santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat

ketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak

merubah

cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap

memanfaatkanmu

sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana

untukmu

dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,

dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan

kepada

NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita

jalani

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong,

munafik
,
makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang

dari

belakang, tidak hormat pada orang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.

Ini hanya merupakansurat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku

memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana

berbuat

dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong,

berjudi,

bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas

dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap

melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

Hanya saja kau harus menjadi orang tolol yang lebih baik dimata ALLAH.


Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini dengan 

sesiapapun...


p/s: berjaye jgak post entry ny kurang 10 minit pukul 12 malam stelah b'putar itik mencari 

line internet.  

20 February 2012

Minggu paling stress!!



Aku pun tak tahu nak merapu apa kebenda hari ni. Yang aku tahu, aku stress giler minggu ni sebab ni minggu last sebelum study week. Argghhh esaimen ada lagi yang tak dibereskan, malam ni plak kuiz usul fiqh, esok muet, rabu malam fiqh jinayat n khamisnya lagi teruk ulum Quran ngan ulum hadis...

Rasa cam nak gila je sekarang ni, seme subjek yang perlu menghafal gial-gila sebab ianya 100% arabic!! Haishhh, susah jugak belajar ni rupanya... ingatkan senang cam telan panadol soluble.. Emang inilah minggunya aku jadi jiwa kacau, hati meracau yang paling dahsyat!!

Ok, aku angkat jari dulu. Wish me luck kayp!!! 

19 February 2012

Buatmu Pemilik Tulang Rusukku...





Buatmu pemilik tulang rusukku,
Mungkin ini waktu yang terlalu awal untuk kita bersua, berbahas soal cinta, bertelingkah tentang kasih.. Cuma aku pasti, kamu semestinya sedang memperbaiki dirimu sebelum bertemuku. Dan aku juga pasti, kamu ingin aku juga berbuat begitu. Jawapanku, Insya-Allah aku akan cuba memperelokkan akhlakku sebelum menjadi sayap kiri dalam perjuanganmu nanti.

Buatmu pemilik tulang rusukku, 
Usah kau khuatir, aku tidak akan menilaimu dari segi zahirmu tapi rohanimu yang menjadi keutamaanku. Dan begitu jua diriku, bukan kelebihanku yang menjadi syarat utama untukmu memilihku tapi biarlah kekuranganku yang menjadi pendorong untuk kamu lengkapinya. Aku memerlukan kamu bukan untuk mengubahku tapi untuk melengkapi kekuranganku.

Buatmu pemilik tulang rusukku,
Andainya tiba waktu kamu muncul, janganlah kamu tinggalkan kenangan untuk aku merinduimu sebelum aku halal untukmu. Dan janganlah jadikan aku penyebab khusyuk solatmu terganggu. Bukan gelaran ustaz yang aku dambakan, bukan keturunan berada yang aku impikan, cukuplah sekadar aku mampu menghormatimu dan kamu juga mampu memimpinku menuju ke taman Jannah.

Buatmu pemilik tulang rusukku,
Insya-Allah, selagi terdaya akanku jaga jiwa n cinta ini sebaik mungkin agar ianya hanya menjadi milikmu. Akhir kata buatku padamu pemilik tulang rusukku, aku akan terus setia menanti kehadiranmu n menjadikan aku halal buatmu.....




p/s: Tamat sudah waktu berjiwang karat, tibanya masa untuk ber'esaimen' n study plak... esk ade kuiz da... pulun-pulun.. Doakan aku yep!! => Saranghaeyo!!!

18 February 2012

kerana mulut badan binasa...


Saat-saat aku turun bas tadi, kelihatan begitu ramai manusia yang bertaburan di bumi unisza. Mulanya aku ingatkan ada karnival tapi ternyata aku telah terlupa dengan kehadiran budak-budak degree. Ini bermakna, makin slowlah internet untuk aku merapu di blog n skodeng status orang di fesbuk. Haishhhh.. 

Hari ni aku nak share sikit ngan korang pasal pentingnya kena jaga mulut korang elok-elok. Pengalaman ni mengajar aku untuk lebih sayangkan mulut n jangan percaya sembarangan orang. Seperti sedia maklum, aku baru je balik dari kem n dengan hati yg berbunganya aku nak citer tentang keceluparan mulut aku yg memang tak sempat nak beli insurans ni.

Sepanjang kat kem aku adalah kenal sorang minah ni, tp dia bukan budak unisza pun. Masa aku kena buat pentadbiran sama group ngan ye, sempat lagi dye tanye aku pasal sorang mamat unisza ni. Mula-mula aku ingatkan dia nak tanye pasal Randy Pangalila Bendi Pagartembila, rupa-rupanya pasal mamat plat D. Aku pun yg sememangnye mulut tempayan ni terus je cakap mamat tu buaya darat. Nak jadi cerita, minah tu dapat no phone mamat plat D n terus gitaw pasal aku kata dye tu buaya darat. Memang perghhhh la kejadian ni. Tp punyalah mamat plat D tu perasan, dia kate aku suka kat dia sebab tu aku tak nak bagi orang lain rapat ngan ye. Oh, plllllleeeeezzzzzzzzzzzla... Ummie aku pun da cakap awal-awal kat aku yg dye tak nak menantu plat D. Aku pun nak cari plat T je, senang tak payah pegi jauh-jauh...hoho

Ok, khulasohnya kat sini, janganlah mulut tu duk laser sangat nak bergosip dengan semua orang. Aku sendiri pun tak tahula yg mamat plat D tu bengang ke tak ngan statement aku. Dia tu bukan buaya darat sebenarnya tapi BUAYA TEMBAGA.. haishhh... habis pompuan dye nak sapu.

Dah, tutup citer pasal mamat tu. Sebelum aku tinggalkan mak cik jiwa kacau ni, suka untuk aku share gambaq kenangan kitorang yg bagi aku cumel la... kwank2



p/s: buat Ieda, Shah, Sya, Sue, Mira, Qaqa n Tiqa... sori yep kalu sepanjang kat kem aku selalu buat korang terasa... kita kawan kan?? =)
 

16 February 2012

Rahsia Di Sebalik Bulu Kening




  • Bulu kening bertemu di tengah (bersambung) 

  • Gemar mengambil tahu hal remeh. 

  • Emosional. 

  • Kuat berfikir dan cemburu 

  • Perlukan seseorang yang selalu bagi semangat dan kongsi masalah. 

  • Gemar membantah 

    Bulu kening tidak teratur dan liar 

  • Cepat terburu-buru 

  • Kurang berhemah 

  • Sering terbabit dalam pertengkaran kerana kerap campur tangan dalam urusan orang lain. 

    Bulu kening lurus 

  • Gagah 

  • Suka berdebat 

    Bulu kening melengkung 

  • Antara individu yang suka menghiburkan orang lain. 

    Bulu kening tipis 

  • Tahap keyakinan diri yang rendah 

  • Ragu-ragu dengan kebolehan sendiri 

    Bulu kening tebal 

  • Orang yang gemarkan aktiviti lasak dan mengembara 

  • Sukar untuk setia pada pasangannya 

  • Banyak berceloteh



  • Perghhhh.. sebijik kot sama ngan perwatakan aku. Serius, kelima-lima ciri-ciri ye letak tu ada pada aku.. n paling tepat sekali, Yes, aku memang kuat giler CEMBURU. Tak kira la dengan kawan-kawan ke, adik-beradik ke.. Tu takde pakwe lagi, kalu ada pakwe lagi dahsyat bahana kecemburuan aku ni. Pantang menjeling ada je yg terpelanting... Oklah, angkat jari dulu.. 



    p/s: Ny sebenarnya entry tuk esok sebab malam ni aku da bertolak ke Batalion 2 di Tembila. Kat sana memang sah-sah tak ada internet tu sebab aku post awal-awal. Tengoklah, Insya-Allah ai Sabtu ni aku sempat kot update lagi...

    Jawapan untuk Mirul Aar!!!


    Diari 15 FEB 2012:

    6.45 a.m:
    ok, sekali lagi aku terlewat utk subuh n kali ni aku terus bersiap utk perbarisan setiap pagi Rabu tepat jam 7.30 a.m. Ya, permulaan pagi yg amat kelam kabut sampai tak sempat nak breakfast.

    8.00 a.m:
    Aku mula melangkah ke kelas juga dalam keadaan kelam kabut dengan Aishah Nadiah. Kelas pagi yg waktu itu amat sukar utk aku celikkan bebola mata ni. Walaupun hanya 1 jam tapi aku rasa begitu terseksa dengan detik yg bagiku terlalu perlahan. "Wallahua'lam" .... Ustaz kata macam tu je terus segar mata aku.. Perghhh.. penangan cik nates betol.

    9.15 a.m:
    Disebabkan malas nak balik ke blok aku yg berada nun jauh di kutub utara, aku ambil keputusan drastik utk lepak di bilik Sirona je. Jam 12 barulah kelas Ulum Hadis akan menyusul, maknanya aku ada 3 jam lagi waktu free. Peluang keemasan tidakku biarkan begitu sahaja, waktu ini aku manfaatkan sebaiknya utk zzzzzzz... mwahaha

    11.30 a.m:
    Yeah, bersiap semula untuk ke kelas. Uniform berseluar hijau ku gantikan dengan baju kurung hijau yang telah aku tinggalkan di bilik Sirona semalam. 

    1.00 p.m:
    Makan tengahari n sekali lagi lepak kat bilik Sirona. Yup, bilik Sirona kan hotel persinggahan aku n Aishah...

    2.00 p.m:
    Again!! Kelas, kelas, n kelas... kali ni lama sikit, 2 jam. tapi Usataz cam tahu-tahu je yg aku ni da mengantuk tahap cipan, so, dia buat 1 jam je sebab pukul 3 dia ada kerja lain. Fuhhh.. selamat aku..

    3.30 p.m:
    Masa ni aku ada library (rajin x aku??ceshhh). Cuma disebabkan 'kebekengan' seorg mak cik kat situ menyebabkan hati aku panas mendidih sehingga Aishah terpaksa belanja aku aiskrim mungkin untuk sejukkan hati yg kian meletup tu kot.

    5.30 p.m:
    Aku da terdampar dalam bilik.. Niat di hati nak update blog tapi internet pulak yg bermasalah. Biasalah aku bukan kaya sangat utk bayar berukband broadband tiap-tiap bulan. Boleh guna wireless unisza ni pun da orait bagi aku. Last-last aku pun layan Running Man.. 

    7.15 p.m:
    Gelak punya gelak, aku sampai terlupa yg malam tu aku ada annual dinner. Apa lagi, kelam kabut la aku iron baju, mandi, berus kasut n banyak lagi lah p'siapannya. Arghhh... keadaan makin haru bile Aishah sampai dia da pun siap. Sebab nak cepat, aku just pakai bedak n calit lipstick sikit... Da tak sempat nak berblusher bagai ni. Tu la, da tahu ada program buat lok lak lagi lain kali. Padan muka aku...

    8.00 p.m:
    Mula bertolak ke Tanjung Vista dengan 'van kunyit'. Aku just diam je lam van tu sebab da penat sangat berkejar tadi. Sampai kat sana terus berpossing sakan. Purple in Black Night sememangnya tema yg perghhh.. Malam tu sorang-sorang melaram giler. Yg tak pernah make-up, tiba-tiba pakai make up.. yg tak pernah belit-belit, tiba-tiba berbelit bagai. Macam-macam ragam..

    12.15 a.m:
    Da lewat malam baru aku sampai di Unisza. Masa ni da terlalu letih, perut pun da kenyang. Balik kat bilik pintu pulak terkunci. Arghh, Qaqa mesti ada kat bilik Ieda.. Aku pun pergi sana pulak, apa lagi melekat dululah.. 15 minit lepas tu baru aku balik ke bilik.

    1.00 a.m:
    Solat suda, basuh muka n berus gigi pun suda.. so, terus tidurla jawabnya. Niat aku nak update blog terbengkalai juga. 


     

    Aishah nampak lain giler semalam.... Ayu je...hahaha



    p/s: Mirul, terjawab sudah bakpe xdop entry 15 FEb 2012 yep.... =P

    14 February 2012

    Valentine?? No!! I'm a Muslim...!!



    Malam ni suka untuk aku berkongsi sediikit pengalaman pada waktu aku masih comel lagi iaitu berumur 10 tahun. Bayangkan budak pada usia mesti kepala otaknya sarat dengan seribu satu persoalan. Dan aku juga membuat pengakuan berani mati bahawasanya sekecil itupun aku dah tahu makna cintan-cintun ni lebih-lebih lagi masa era tahun 2002 tu cukup femes dengan sambutan hari kekasih @ Valentine's Day.

    Pengalaman ini merupakan pembelajaran pertama aku bahawa Valentine's day tu HARAM di sisi Islam. ceritanya bermula begini:

              Suatu malam pada malam 14 Feb, aku tengok Ummie berdandan sebegitu cantik  n meletup gedebam-gedebom bagaikan ingin  menikah kali kedua. Abah yang sedang menunggu bukan main lagi bergaya dan macho berserta baunya yang begitu mengancam..(haishhh, pelik pula bunyinya). Rupa-rupanya mereka nak keluar katanya makan malam kat Zee Corner yg dulunya terletak di Taman Shah Bandar. Esok paginya aku nampak pulak sekuntum bunga ros jingga di hujung katil mereka n terlakar kata-kata puitis dari Abah.

    Aku : Wah, romantiknya Abah.. memang tiap-tiap tahun ke Ummie sambut Hari Kekasih??

    Ummie : Hari Kekasih? Bila pulak Ummie sambut?

    Aku : Alah, malu konon.. tu yg dalam bilik ada bunga tu. Siap dapat jam baru lagi.

    Ummie : Owh, tu hadiah anniversary Ummie n Abah. 15.2 tiap-tiap tahun kami akan sambut kat luar. Lagipun kita sebagai orang Islam HARAM sambut Hari Kekasih sebab tu sambutan utk agama lain.
    Ok, kerana salah faham tu lah aku tahu apa hukumnya sambut Valentine's Day dan kenapa diharamkan... hurm.. 


    Sekarang ni, hanya beberapa detik sahaja pukul 12 malam menjelang dan sekarang mungkin sudah ramai yg 'rabun' tentang agama Islam menjerit penuh sorakan dengan buayafren boyfren or gilerfren girlfren di tempat-tempat peraduan serta rumah peranginan si 'nates'. Dan bermula detik ini jugalah, sembilan bulan sepuluh hari selepas ini ramai umat manusia yang akan dilahirkan samada dengan selamat mahupun hanya sedetik cuma melihat dunia. 

    Dalam keadaan yang serba moden dan dipenuhi dengan lambakan dakwah juga terpampang fatwa mengHARAMkan Valentine di dada bidang akhbar tapi sayangnya ramai lagi yg buta hati huruf untuk memahami apa yang ingin disampaikan. Manusia... semakin ditegur semakin menjadi.. huh, itulah fitrah mereka yang mungkin menimbulkan fitnah.

    Ya, siapa yang tak tahu sejarah Valentine dan siapa tuan empunya nama tu. Nampak jelas dia tu adalah kepercayaan agama Kristian n kenapa kita masih terhegeh-hegeh utk menyambutnya?? Huh, tepuk dada tanya iman...

    Inilah di antara dalil yang mengharamkan Valentine.

    Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.  
    1. Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir.  
    2. Aku tidak sembah apa yang kamu sembah.    
    3. Dan kamu bukannya penyembah-penyembah Tuhan yang aku sembah.  
    4. Dan aku bukannya penyembah tuhan yang kamu sembah.   
    5. Dan kamu juga bukannya penyembah-penyembah Tuhan yang aku 
    sembah. 
    6. Untuk kamu agama kamu dan untukku agamaku.  

    Aku rasa dah cukup untuk berhenti disini agar waktu tidurku tidak terganggu untuk aku kembali aktif pada esok hari. Sekian, nite semua.. sleep-sleep!!

    13 February 2012

    BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU


    Yeah, kali ni dah berani nak tunjuk gigi.. dulu selalu je takut nak join mana-mana segmen.. well, aku kan orang yg pemalu (cesh, penipuan yg nyata).. tp disebabkan ramai gak kawan2 blogger yg laen begitu berani n b'semangat ferrari waja aktif lam segmen n contest aku pom nak memberanikan diri jugaklah.

    "BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU" 
    tu lah tajuk yg diberikan kali ni. Takpe En.Ben, tak ajak baca pun kitorang peminat setia ni tetap akan baca..(ayat mengampu (",)..)
    ok, sesiapa yg nak join boleh la skodeng kat SINI..


    BEN ASHAARI

    ni skema jawapan aku utk Ben Ashaari...

    soklan pertama:
    sbb kena baca blog ni?? ermmm... ppe bende yg kena jwab ny??haishhh... mungkin sbb tuan blog ny jiwa kacau kot, so blog pun meracau je la... satu lg sbb blog kaler pink!! wink3

    soklan kedua plak:
    aduh, bukti la plak.. ni macam nak jadi kes mahkamah kena ada bukti segala bagai. 
    saksi tak nak ke? takkan bukti je kot.. =>
    okla-okla, bnyk sgt loyar buruk nanti tak pasal2 kena bom..ngeh3

    jeng3...inilah buktinya ===> KAHWIN AWAL???


    Mission DONE!!! haha
    konon cam lam movie la plak...
    k lah, pepe pun harap2 Ben Ashaari tak banned la blog JIWA KACAU ni yer...