25 February 2012

Menangis?!


Tiga jenis manusia dalam tangisan:

(1) Mudah Menangis
Ada orang yang mudah menangis. Perasaannya sangat sensitif dengan keadaan sekeliling. Menangis ketika berpisah dengan orang yang dicintai, mendengar cerita atau berita yang menyedihkan atau melihat kesengsaraan hidup orang lain.

(2) Sukar Menangis
Ada pula orang yang sukar menitiskan air mata. Walaupun sedih ditinggalkan orang yang tercinta, tidaklah sehingga membuatkannya menangis tersedu-sedan.
Bukan kerana tidak merasa kehilangan, tetapi sememangnya dia sukar menangis. Hatinya tidak tersentuh dengan ungkapan kesedihan yang melahirkan titisan airmata, walaupun hatinya amat sedih dan berduka.

(3) Tidak Boleh Menangis
Ada pula yang tidak boleh menangis kerana memang hatinya keras membatu walaupun ditimpa musibah yang maha dahsyat.

8 Sifat Tangisan :

-1- Jihad
 Tangisan mereka yang mengikuti perang Tabuk untuk menghadapi tentera kuat Rom yang berlangsung ketika musim panas bukan sebarang tangisan tetapi tangisan jihad. Ketika kebanyakan orang meminta tidak ikut berperang dengan berbagai alasan, mereka pula bersedih kerana tidak dapat menyertai pasukan Islam ke medan perang.
Ketika ramai orang takut mati, mereka menyesal hilang kesempatan untuk mati. Bagi mereka, perang bukan sesuatu yang menyeramkan, inilah cita-cita tertinggi mereka, syahid di jalanNya.

-2- Iman
Tangisan iman tidak sama dengan tangisan biasa yang dilakukan oleh kebanyakan orang. Tangisan iman terjadi ketika seorang hamba rindukan pertemuan dengan Allah SWT dan tangisan ketika hilang kesempatan menjalankan perintah agama.

-3- Rindu
Tangisan rindu adalah tangisan yang muncul ketika merasa kerinduan yang amat kuat sama ada rindu kepada urusan dunia mahupun. Kerinduan yang bersemi di dalam hati menyebabkan kesedihan muncul dan menitiskan air mata.

-4- Khusyuk
Ada juga tangisan kerana hati khusyuk berzikir kepada Allah. Tangisan seperti ini banyak dibahas dalam Al-Quran mahupun sunnah. Tangisan ini tentu sahaja bukan tangisan yang dibuat-buat, kerana ia lahir dari fikiran yang bersih dan hati yang bening. Kedudukannya sama dengan tangisan iman.

-5- Bahagia
Tangisan ini lahir ketika diselimuti kegembiraan, ketika berjumpa dengan orang tercinta, berkumpul bersama keluarga dalam suasana hari raya, ketika mendapatkan nikmat besar, kemenangan dalam suatu perjuangan atau menjadi johan dalam suatu pertandingan dan sebagainya.

-6- Ikutan
Tangisan ikutan ialah orang yang hanya boleh menangis ketika orang di sekelilingnya menangis. Dia tidak mampu menangis ketika bersendirian, melainkan mampu menangis jika bersama dengan suatu jemaah, sama ada dalam solat, muhasabah, mendengarkan syarahan agama atau mendengar al-Quran.
Kadangkala dia tidak tahu maksud dan erti bacaan imam, ia hanya sedih mendengar 'nada tinggi' imam dan jemaah lain. Dengan kata lain, menangis ikutan adalah menangis kerana melihat orang lain menangis.

-7- Palsu
Air matanya bukan kerana Allah tapi kerana manusia supaya mereka menyangka dia adalah orang yang khusyuk dalam solat, tilawah dan doanya.

-8- Mengikut musim
Pada malam-malam Ramadhan kita sering menyaksikan diri dan orang di sekeliling menangis ketika dilangsungkan tadabbur ayat, muhasabah atau qiamullail. Hampir semua yang hadir menangis ada air matanya keluar sedikit, tersedu-sedan hingga tangisan yang teramat keras. Tangisan sebegini biasanya hanya terjadi setahun sekali. Inilah yang disebut dengan tangisan mengikut musim atau keadaan.


SUMBER: Menangis?! Suatu Fitrah Antara Naluri & Perasaan. 
(Hadiah daripada Tahir masa habis SPM sempena jamuan Asrama- Noodle Station-)


p/s: Aku buat entry ny sebab aku pun da banyak menangis hari ni. Antara rindu dan sakit hati, ku telan jua.

No comments:

Post a Comment