22 February 2012

demam vanilla coklat (@_@)


Tiba-tiba je hari ni terlintas nak conteng entry pasal citer Vanilla Coklat. Pengaruh asal yang mula merasuki aku untuk tengok drama ni tak lain tak bukan adalah Ummie aku sendiri. Begini permulaan kejadiannya sehingga aku histeria dengan cerita tu:
 
Aku: Bisingnya kat umah, Ummie ngah buat pe tu?
Ummie: Tengah tengok citer Vanilla Coklat ni. 
Aku: Citer benda tu? best sangat ke?
Ummie: Kalau Kak Wany tengok, perangai Zara tu sebijik macam Kak Wany. Hahaha
Aku: Zara??Sape tu? Macam-macamlah Ummie ni. Kak Wany mana pernah tengok citer tu..haishhh
Ummie: Kak Wany tengok la sendiri, panjang pulok citer ye ekgi. Nanti tak habes citer lagi, kredit dulu yang habis.

Setelah selesai berborak, bersembang, berbual n bergosip dengan Ummie, aku pun masuk ke bilik n terus bukak Mrs. Utube cari citer Vanilla Coklat tu. Punya semangat aku nak download, c Aishah pulak cakap yang dia da ada sampai episod 8. Perghhh, sememangnya aku ni betul-betul ketinggalan la. Setakat ni aku hanya mampu habiskan episod 1 je disebabkan kekangan-kekangan yg selalu berdampingan denganku. 

Walaupun baru episod 1 berjaya aku khatamkan, tapi aku dah faham dengan maksud Ummie tentang persamaan Zara iaitu watak utama dalam citer Vanilla Coklat tu dengan aku. Kalau sama dari segi kiut tu memang tak la jawabnye sebab aku ni lagi kiut dari dia...mwahaha (ok, penipuan yg melampau ye). Okla-okla, dia emg tak kiut sebab dia tu cantik + cun. Aku minat dia dari citer Kasihmu Laila lagi, bagi aku lakonan dia hidup n mantop la senang citer. 

Ok, berbalik pada topik. Persamaan perangai dia n aku lam citer tu (perangai je ek) :

Panas baran:
Hah, bahagian ni memang aku tak boleh nak nafikan. Cuma dia tu 'lebih' panas sikitla dari aku. Aku bese je, budak kiut kan... mana boleh baran sangat... ceshhhh

Tak pandai buat kerja rumah:
Kihkihkih... memanglah Ummie aku telah mengkaji perangai anaknya ini, ialah hanya seorang ibu je yang tahu benda buruk baik perangai anak dara dia yang seorang ni. Tapi satu je yang Ummie aku tak tahu tentang anak dia, bahawasanya... akulah tukang masak SARDIN yang paling terer di benua ini...mwahaha
 
Selalu nak menang:
Haishhh, itu semestinya... kalau tak buat apa aku masuk debat dulu. Bila au bercakap je, satu je aim aku. Nak MENANG!! tak kiralah yang salah tu aku tapi aku still nak menang jugak. Atau erti kata lain, aku ni ego kot. Kot je la, belum tentu lagi betul...ngeh3...

Yg org lain minat tu dia akan kutuk:
Contohnya lam citer tu, orang lain seme duk puji, sanjung, puja si Amir tapi dia je yang meluat tengok perangai buaya tembaga tu. Macam tu lah citernye, tak mahunya aku citer lebih-lebih pasal hal ni. 

PERBEZAAN:
Zara tu RAJIN belajar tapi aku tak...mwahahaha 




p/s: ok, tamat suda sesi kegilaan Vanilla Coklat. Sedang menanti "Mr. Vanilla", sebab aku "Mrs. Coklat".. Kegatalan mula membiak lagi. (*-*) 
 

No comments:

Post a Comment