24 February 2012

Aurat Muslimat dengan Wanita Non-Muslim


Sejak aku masuk U dan setelah didedahkan bahawa di dunia kampus ini bukan Muslim je gigih menuntut ilmu, aku mula sedar dengan kepentingan penjagaan batasan aurat apabila bersama mereka. Di bawah merupakan penerangan yang aku perolehi daripada 2 buah buku iaitu buku : 

(1) Batas-batas Aurat dan Pergaulan

Walaupun kedudukan wanita dengan wanita adalah sama, tapi dalam soal penjagaan aurat dan maruah, Islam membataskan di antara wanita Islam dengan bukan Islam.

Tafsiran ayat 31 surah An Nur : 
"Janganlah para wanita Muslimah menampak perhiasan mereka kecuali kepada wanita-wanita Islam...."

Ibnu Abbas berkata :
"Wanita muslimah hanya boleh menampakkan perhiasan kepada wanita Islam dan dilarang kepada wanita bukan Islam. Tidak halal wanita-wanita Yahudi dan Nasrani melihat aurat wanita Muslimah."

Tafsir Ar Razi bagi aurat Muslimah dengan Non-muslim:
"Seluruh tubuh, kecuali muka dan dua tapak tangan."

Berdasarkan hadis soheh, Saidina Umar r.a pernah mencegah wanita kafir memasuki bilik mandi bersama wanita-wanita Islam.

(2) Buku Ustaz Azhar Idrus

Sebenarnya ini adalah jawapan kepada soalan yang ditanyakan oleh seseorang berkaitan masalah aurat apabila adiknya ditempatkan sebilik dengan wanita non-muslim. Berikut merupakan jawapan yang diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus:

1- Aurat perempuan Islam di hadapan wanita bukan Islam yang tinggal serumah ialah seluruh tubuhnya melainkan kaki, jari sampai ke lengan dan kepalanya. Harus membuka kakinya dan tangan sampai ke lengan dan rambutnya sewaktu berada di rumah.

2- Berpakaian seperti berseluar pendek ataupun berkemban (tidak menutup aurat) adalah haram. 


~Ini adalah pendapat satu golongan daripada sarjana fiqah.~





 

No comments:

Post a Comment