16 February 2012

Jawapan untuk Mirul Aar!!!


Diari 15 FEB 2012:

6.45 a.m:
ok, sekali lagi aku terlewat utk subuh n kali ni aku terus bersiap utk perbarisan setiap pagi Rabu tepat jam 7.30 a.m. Ya, permulaan pagi yg amat kelam kabut sampai tak sempat nak breakfast.

8.00 a.m:
Aku mula melangkah ke kelas juga dalam keadaan kelam kabut dengan Aishah Nadiah. Kelas pagi yg waktu itu amat sukar utk aku celikkan bebola mata ni. Walaupun hanya 1 jam tapi aku rasa begitu terseksa dengan detik yg bagiku terlalu perlahan. "Wallahua'lam" .... Ustaz kata macam tu je terus segar mata aku.. Perghhh.. penangan cik nates betol.

9.15 a.m:
Disebabkan malas nak balik ke blok aku yg berada nun jauh di kutub utara, aku ambil keputusan drastik utk lepak di bilik Sirona je. Jam 12 barulah kelas Ulum Hadis akan menyusul, maknanya aku ada 3 jam lagi waktu free. Peluang keemasan tidakku biarkan begitu sahaja, waktu ini aku manfaatkan sebaiknya utk zzzzzzz... mwahaha

11.30 a.m:
Yeah, bersiap semula untuk ke kelas. Uniform berseluar hijau ku gantikan dengan baju kurung hijau yang telah aku tinggalkan di bilik Sirona semalam. 

1.00 p.m:
Makan tengahari n sekali lagi lepak kat bilik Sirona. Yup, bilik Sirona kan hotel persinggahan aku n Aishah...

2.00 p.m:
Again!! Kelas, kelas, n kelas... kali ni lama sikit, 2 jam. tapi Usataz cam tahu-tahu je yg aku ni da mengantuk tahap cipan, so, dia buat 1 jam je sebab pukul 3 dia ada kerja lain. Fuhhh.. selamat aku..

3.30 p.m:
Masa ni aku ada library (rajin x aku??ceshhh). Cuma disebabkan 'kebekengan' seorg mak cik kat situ menyebabkan hati aku panas mendidih sehingga Aishah terpaksa belanja aku aiskrim mungkin untuk sejukkan hati yg kian meletup tu kot.

5.30 p.m:
Aku da terdampar dalam bilik.. Niat di hati nak update blog tapi internet pulak yg bermasalah. Biasalah aku bukan kaya sangat utk bayar berukband broadband tiap-tiap bulan. Boleh guna wireless unisza ni pun da orait bagi aku. Last-last aku pun layan Running Man.. 

7.15 p.m:
Gelak punya gelak, aku sampai terlupa yg malam tu aku ada annual dinner. Apa lagi, kelam kabut la aku iron baju, mandi, berus kasut n banyak lagi lah p'siapannya. Arghhh... keadaan makin haru bile Aishah sampai dia da pun siap. Sebab nak cepat, aku just pakai bedak n calit lipstick sikit... Da tak sempat nak berblusher bagai ni. Tu la, da tahu ada program buat lok lak lagi lain kali. Padan muka aku...

8.00 p.m:
Mula bertolak ke Tanjung Vista dengan 'van kunyit'. Aku just diam je lam van tu sebab da penat sangat berkejar tadi. Sampai kat sana terus berpossing sakan. Purple in Black Night sememangnya tema yg perghhh.. Malam tu sorang-sorang melaram giler. Yg tak pernah make-up, tiba-tiba pakai make up.. yg tak pernah belit-belit, tiba-tiba berbelit bagai. Macam-macam ragam..

12.15 a.m:
Da lewat malam baru aku sampai di Unisza. Masa ni da terlalu letih, perut pun da kenyang. Balik kat bilik pintu pulak terkunci. Arghh, Qaqa mesti ada kat bilik Ieda.. Aku pun pergi sana pulak, apa lagi melekat dululah.. 15 minit lepas tu baru aku balik ke bilik.

1.00 a.m:
Solat suda, basuh muka n berus gigi pun suda.. so, terus tidurla jawabnya. Niat aku nak update blog terbengkalai juga. 


 

Aishah nampak lain giler semalam.... Ayu je...hahaha



p/s: Mirul, terjawab sudah bakpe xdop entry 15 FEb 2012 yep.... =P

No comments:

Post a Comment