14 February 2012

Valentine?? No!! I'm a Muslim...!!



Malam ni suka untuk aku berkongsi sediikit pengalaman pada waktu aku masih comel lagi iaitu berumur 10 tahun. Bayangkan budak pada usia mesti kepala otaknya sarat dengan seribu satu persoalan. Dan aku juga membuat pengakuan berani mati bahawasanya sekecil itupun aku dah tahu makna cintan-cintun ni lebih-lebih lagi masa era tahun 2002 tu cukup femes dengan sambutan hari kekasih @ Valentine's Day.

Pengalaman ini merupakan pembelajaran pertama aku bahawa Valentine's day tu HARAM di sisi Islam. ceritanya bermula begini:

          Suatu malam pada malam 14 Feb, aku tengok Ummie berdandan sebegitu cantik  n meletup gedebam-gedebom bagaikan ingin  menikah kali kedua. Abah yang sedang menunggu bukan main lagi bergaya dan macho berserta baunya yang begitu mengancam..(haishhh, pelik pula bunyinya). Rupa-rupanya mereka nak keluar katanya makan malam kat Zee Corner yg dulunya terletak di Taman Shah Bandar. Esok paginya aku nampak pulak sekuntum bunga ros jingga di hujung katil mereka n terlakar kata-kata puitis dari Abah.

Aku : Wah, romantiknya Abah.. memang tiap-tiap tahun ke Ummie sambut Hari Kekasih??

Ummie : Hari Kekasih? Bila pulak Ummie sambut?

Aku : Alah, malu konon.. tu yg dalam bilik ada bunga tu. Siap dapat jam baru lagi.

Ummie : Owh, tu hadiah anniversary Ummie n Abah. 15.2 tiap-tiap tahun kami akan sambut kat luar. Lagipun kita sebagai orang Islam HARAM sambut Hari Kekasih sebab tu sambutan utk agama lain.
Ok, kerana salah faham tu lah aku tahu apa hukumnya sambut Valentine's Day dan kenapa diharamkan... hurm.. 


Sekarang ni, hanya beberapa detik sahaja pukul 12 malam menjelang dan sekarang mungkin sudah ramai yg 'rabun' tentang agama Islam menjerit penuh sorakan dengan buayafren boyfren or gilerfren girlfren di tempat-tempat peraduan serta rumah peranginan si 'nates'. Dan bermula detik ini jugalah, sembilan bulan sepuluh hari selepas ini ramai umat manusia yang akan dilahirkan samada dengan selamat mahupun hanya sedetik cuma melihat dunia. 

Dalam keadaan yang serba moden dan dipenuhi dengan lambakan dakwah juga terpampang fatwa mengHARAMkan Valentine di dada bidang akhbar tapi sayangnya ramai lagi yg buta hati huruf untuk memahami apa yang ingin disampaikan. Manusia... semakin ditegur semakin menjadi.. huh, itulah fitrah mereka yang mungkin menimbulkan fitnah.

Ya, siapa yang tak tahu sejarah Valentine dan siapa tuan empunya nama tu. Nampak jelas dia tu adalah kepercayaan agama Kristian n kenapa kita masih terhegeh-hegeh utk menyambutnya?? Huh, tepuk dada tanya iman...

Inilah di antara dalil yang mengharamkan Valentine.

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.  
1. Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir.  
2. Aku tidak sembah apa yang kamu sembah.    
3. Dan kamu bukannya penyembah-penyembah Tuhan yang aku sembah.  
4. Dan aku bukannya penyembah tuhan yang kamu sembah.   
5. Dan kamu juga bukannya penyembah-penyembah Tuhan yang aku 
sembah. 
6. Untuk kamu agama kamu dan untukku agamaku.  

Aku rasa dah cukup untuk berhenti disini agar waktu tidurku tidak terganggu untuk aku kembali aktif pada esok hari. Sekian, nite semua.. sleep-sleep!!

2 comments:

  1. sweetnya.... ummie n abah...

    salam kenal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untungle ble da kawen, mlm2 pun bleh kluar skali...hehe

      Delete