28 December 2013

jangan tanya mengapa..


"kadang kala Allah bagi ibu bapa yang kurang ilmu agama tetapi anak berilmu begitu juga sebaliknya supaya mereka saling melengkapi dan membimbing dan terus membimbing... Allah maha adil.. maha bijaksana.." - sumber dari facebook..

Aku selalu tertanya-tanya, kenapa aku dilahirkan dalam keluarga begini? kenapa keluarga aku tak macam orang lain? sehinggalah satu hari aku terjumpa ayat di atas yang dipost oleh seorang kenalan. Ya, dengan pertanyaan sebegitu aku lupa siapa yang menentukan percaturan qada' qadar hidupku. aku lupa bahawa setiap segala sesuatu ada hikmah yang tersembunyi. 

"sepatutnya kau bersyukur sebab Allah telah mengangkat darjat kau sebagai umat Islam dengan menghantar kau ke dalam keluarga sebegitu. Kenapa dan mengapa itu bukan persoalan lagi tapi apa dan bagaimana untuk menggunakan ilmu yang dipelajari itu yang perlu kau fikirkan." ~petikan kata dari seorang sahabat.~

Tuhan itu maha mengetahui, Dia tak akan membiarkan hambaNya bersendirian. Sebab itulah aku dikurniakan sahabat-sahabat yang berakhlak mulia dan beragama agar aku mampu untuk berjalan di atas paksi kebenaran. Sudah tiba masanya untuk aku berhenti merungut tapi harus melaksanakan...

hargai apa yang kita ada sebab belum tentu orang lain bernasib baik seperti kita.

terharu tengok gambar anak dinikahkan oleh bapa sendiri.. tak perlu guna tok kadi pun, ayah dah mampu lakukan.. :')

8 comments:

  1. kita tdk blh memilih siapa ibu bapa kita juga perjalanan hidup serta nasib kita . Kita cuma boleh melakukan yg terbaik . selebihnya , redha dan bersyukur .

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup btol tu.. sbb stiap sesuatu tu Allah dah tntukan yg terbaik utk hambaNya..

      Delete
  2. bersyukur selalu.. dan jangan lupa doakan untuk ibu dan ayah kita..

    ReplyDelete