30 December 2013

aku 5 tahun yang lalu..


malam ni aku sekadar ingin berkongsi dan juga mungkin entri terakhir bagi tahun 2013. Minggu ni merupakan minggu final exam aku sebagai pelajar ijazah sarjana muda sem 1. dan apa yang menarik sepanjang minggu study week aku habiskan dengan cerita korea (mohon jangan tiru perangai ini di rumah). baiklah, sebenarnya banyak-banyak cerita yang aku tengok, ada satu cerita yang membuatkan air hingus mata aku meleleh gila macam air paip. Bukan sebab citer ye hero mati ataupun hero dia kena kahwin dengan orang lain tapi ni sebab kisah budak yang tak pandai berusaha untuk jadi pandai n masuk universiti.

Kenapa aku menangis?? Sebab cerita tu sebenarnya mengingatkan aku sebagai seorang pelajar SPM pada 5 tahun yang lalu. Masa tu aku diantara pelajar yang corot di sekolah dan berita yang paling mengejutkan aku ialah aku merupakan pemegang nombor satu rekod disiplin sekolah. Tak percaya?? aku pun tak percaya masa tu sebab aku rasa kesalahan aku ponteng kelas n bising je. Tapi dari segi pakaian atau bawa barang haram aku cukup pantang. kalau bab tu aku skema sikit. Mungkin ada sebab lain kot sehinggakan PK HEM aku mencopkan aku sebegitu rupa.

Dah cukup kisah sadis yang penuh tragedi tu. Sekarang aku nak cerita pulak keadaan akademik aku. Kalau aku tengok balik kad laporan aku dulu, mahu menangis air mata darah dibuatnya. Bayangkan hanya 3 subjek je yang aku kredit, Bahasa melayu, sains dan syariah. Yang lain antara 2 je, tak kredit atau tak lulus terus. itulah result aku sepanjang tingkatan 4 sehinggalah trial SPM. Tapi selepas trial tu aku mula sedar sebab mulut seorang makhluk dari kelas depan.

"Matematik tak kredit? Bodoh sangat..."

Ayat keramat itulah yang aku dapat sehingga menyengat hati aku paling dalam. Kononnya pergilah mengadu kat cikgu kaunseling, sedih sebab dia kata macam tu tapi tak sangka pulak dapat ayat lebih keramat dari tu.

"Awak nak salahkan siapa? ke awak memang macam dia kata tu? kalau awak bukan macam dia kata, buktikan. Tapi kalau macam nilah attitude awak, memang betullah dia kata tu. Ingat, kita jangan salahkan orang lain kalau diri kita sendiri yang tunjukkan kita bodoh."

Sob..sob.. masa tu seminggu aku merajuk dengan dia. Sampai hati cikgu L kata aku macam tu. Cuma dalam rajuk tu aku tetap jugak berfikir dan masa tulah aku pergi jumpa cikgu math n minta semua sampel soalan SPM. Tiap-tiap hari aku buat n yg mana tak faham aku terus pergi jumpa dia. Walaupun kadang-kadang dia bengang sebab aku selalu kacau tapi aku buat tak tahu je. Semua ni aku nak buktikan yg aku tak bodoh. Dan aku pergi minta maaf dengan cikgu L n cikgu M. Sepanjang selepas trial, aku n da geng telah dikenakan kelas khas di bilik kaunseling n kami di asingkan di bilik lain-lain. Waktu study kami bermula selepas waktu sekolah iaitu 2.30 hingga 6 petang. begitulah rutin harian setiap hari. 

Dan tak sangka, sememangnya semua tu tak sia-sia. Hasil usaha kami selama ini sehingga meninggalkan kesan paling mendalam kepada seorang guru bahasa inggeris. Sebab dia pernah bersumpah yang aku tak akan dapat A dalam subjek dia. Tapi alhamdulillah, mungkin aku ni tak lut sumpah kot..hahaha.. matematik yang dulunya aku tak pernah kredit pun masa SPM aku tetap dapat A begitu juga dengan beberapa subjek lain. 

Dan apa yang paling membanggakan ummi dan abah ialah aku bila sah bergelar diploma holder in Al-Quran and Al-Sunnah.


Inilah aku selepas 5 tahun... sekarang sambung ijazah pula.. ternyata otak aku tak sebodoh yang disangka.. :)

p/s : hidup jangan terlalu selesa dipuji, kerana sebenarnya kritikan itu yang membuat kita sedar diri...

Kita sebenarnya tak bodoh tapi kadang kala kita yang memilih untuk tidak mahu menjadi pandai.


tak rugi rasanya untuk kita tengok cerita ni.. jauh lebih berkualiti daripada drama melayu kita...


18 comments:

  1. tahniah adik.. setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan.. jika kita kurang dalam satu bidang, tak semestinya kita gagal.. yang penting serlahkan potensi diri kita melalui kelebihan yang kita ada.. selamat maju jaya untuk program ijazah pula.. :D

    ReplyDelete
  2. saya respect . bkn semua org blh bagun drp kegagalan hingga berjaya . teruskan usaha ya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah, sy cuma sekadar berkongsi dan sebenarnya masih bnyak lg yg perlu diharungi. =)

      Delete
  3. Tahniah awak. Terharu baca cerita awak. Awak berjaya buktikan yang awak boleh buat macam orang lain buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sebab sudi baca... kalau tak pertolongan orang sekeliling masa tu saya pun tak mungkin macam tu..

      Delete
  4. betul tu dear...selagi ada usaha selagi tu kita mampu lakukan..y penting usaha..segala menjadi ^_^ tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... ^_^.. usaha + doa + tawakkal... itu yg penting.. =)

      Delete
  5. sgt hebat2 .. sy kagum .. sbb "..bergelar diploma holder in Al-Quran and Al-Sunnah." .. (Y) .. =) .. btw, kisah2 yang sgt boleh dijadikan teladan utk y lain2.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... alhamdulillah ini mungkin percaturan Allah pada saya.. saya pun tak pernah bayangkan akan ambil bidang agama.. =)

      Delete
  6. Wow, ayat cikgu kaunseling tu mmg dalam maksudnya. Kadang2 kata2 org baik positif atau negatif boleh jadi sumber kekuatan utk kita berubah jadi lebih hebat!

    ReplyDelete
  7. kisah yg memberi motivasi. cuba sedaya upaya apa yg kita azamkan. moga tercapai. segalanya melalui usaha

    ReplyDelete
  8. saya teruk dlm add math.. pulun sy buat diri ni jatuh cinta dgn add math dan Alhamdulillah flying colours :) lecturer sy pernah ckp.. org yang lambat pandai atau dalam bahasa kasarnya bodoh sebenarnya dia simpan kepandaian dia sebab sel2 otak tak digunakan banyak seperti org yg pandai :)

    ReplyDelete
  9. Salam ziarah tahun baharu. Moga sentiasa diberkati Allah dan berjaya di dunia akhirat. Insyaallah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiiiinnn.. terima kasih untuk doanya.. :)

      Delete
  10. "Bila kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan."
    -Imam syafie

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...ayat tu lah yg menjadi sumber inspirasi sampai sekarang.. :)

      Delete