01 August 2013

selangkah menuju kedewasaan...

Nampaknye beberapa hari je lagi Ramadhan akan pergi tinggalkan kita... aku rasa macam baru semalam kita start puasa. Masa berlalu begitu pantas dan begitu juga dengan peredaran usia kita sekarang. Yeah, siapa sangka aku dah pun mencapai umur 21 tahun. Owh, terasa skema gila dengan ayat aku hari ni.
 
Ok, minggu lepas aku dapat kad jemputan dari kawan sekelas aku masa form 5 dulu. Hah, ni baru masuk perkaitan dengan tajuk di atas. Aku pun tak sangka jugak, penantian serta teka teki kat benak aku siapa yg akan kawen dulu akhirnya terjawab... Buat kawan aku yg bakal menjadi isteri orang, selamat pengantin baru ye.

Hmmm, bila terfikir balik barulah aku perasan rupa-rupanya kami ni sebenarnya tinggal selangkah sahaja lagi akan menuju kedewasaan. Nampak gayanya kena siap2 la untuk berfikir dan menjadi lebih dewasa. Bukan masih lagi terbantut dengan pemikiran keanak-anakan.

Seruan bertempur pun sudah diutuskan semalam. Tinggal lebih kurang sebulan je lagi untuk aku turun ke medan ilmu. Kali ni aku perlu lebih serius. Dah tak boleh main-main macam dulu. Zaman gelak ketawa tak ingat dunia aku telah pun berakhir. Sekarang, tiba pula masa untuk aku lebih fokus. (Euw, jangan hangat-hangat tahi ayam dah la...)

Huh, sebenarnya tujuan aku minta sambung belajar kat tempat sama sebab nak aktif lagi dengan Askar Wataniah tapi nampak gayanya dah dapat kad merah dari ummie aku. Sebarang surat menyurat tidak akan di layan. Jawabnya selamat tinggallah wataniah... Tapi, betul jugak tindakan ummie. 3 tahun aku join wataniah menyebabkan aku banyak berubah n perangai aku tak macam dulu lagi. Ye, aku tahu aku tak boleh salahkan persekitaran sedangkan pilihan utntuk berubah tu bergantung pada diri aku sendiri.

Cuma, huh... aku mungkin tak mampu nak jadi seperti ikan kat laut. yg mampu pertahankan diri dari dipengaruhi rasa air masin. Aku perlu berubah n langkah pertama untuk berubah, tinggalkan suasana yg pernah merubah aku dahulu. Lebih baik aku menjadi bintang malap daripada terang menyerlah seperti purnama. Mungkin selama ni aku terlalu mengejar sesuatu yg tak penting sehingga seseorang yg amat-amat penting dlm hidup aku hilang begitu sahaja.

Penat dah berceloteh panjang pagi-pagi buta yg sejuk ditemani renyai-renyai hujan kat luar, aku terpaksa stop kat sini dulu.

selamat tinggal dunia uniform... kamu tetap selamanya dalam ingatan... (T-T)


"Maaf, aku tinggalkan kamu yg aku suka demi dia yg aku cinta..."




2 comments:

  1. buatlah pilihan yang terbaik.. tahniah dapat sambung study.. semoga adik berjaya di dalam bidang yang diceburi.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa allah.... trime kasih ats doa yg dberi... :D

      Delete