05 January 2012

sesekali merapu..

Assalamualaikum n selamat pagi semua,

Hari ni aku nak merapu je kerja, kalau yang rajin nak baca tu. Sila-sila la yer. Tapi kalau korang ada banyak benda lagi nak dibuat, boleh angkat jari je la ye... To yang masih banyak masa, jom teman aku merapu...

Seumur hidup, aku tak pernah lagi ada pengalaman dalam bercinta. tapi tak tahu kenapa semalam aku seolah-olah merasainya. Ajaib bukan? Walaupun hanya dalam mimpi tapi terasa ia sangat bahagia. Cuma yang uniknya, dalam mimpi pun aku tak pernah jumpa dia dan kami hanya bercinta melalui telefon aje. Kenapa terasa terlalu bahagia? uih, macam orang gila je kan aku merapu? see da title je la beb.. kwank3

aduh, kenapa aku gatal sangat ni? Takkan penangan umur 20 tahun kot... eleh, aku still 19 tahun la, lagi 21 hari baru cukup 20 tahun...mwahaha.. Entahlah, mungkin perasaan ini hanya layak untuk hadir di dalam mimpi je kot. Mungkin untuk realiti pasti ia sukar untuk terjadi. Pepe pun, sekurang-kurangnya aku pernah rasa bahagia walau sekadar dalam mimpi.

Kenapa aku? Kenapa aku je yang masih terikat dengan rantai besi mainan perasaan yang telah dipatri kukuh sejak tujuh tahun lalu? Kenapa harus dia yang sering memintal memori lalu? dan yang paling penting, kenapa aku yang mempunyai hati itu? Sehinggakan kini aku tak mampu membiarkan yang lain singgah walau hanya sebentar cuma.

Ok, waktu merapu da tamat. lebih baik aku tido dulu dari duk melalut. Esok kehidupan aku akan bertukar dari seorang kakak yang bengis menjadi kakak yang perlu bersabar. Hai, ni la jadinya bila adik bongsu baru mula masuk sekolah. Dulu Ummi yang dukung kak Wany, sekarang kak Wany pula yang dukung Adik Ety. Dulu Adik Ety kecik lagi, rasanya macam baru semalam je adik belajar jalan. Tapi semalam rupa-rupanya 1st day adik masuk sekolah. ok la, kansammida kepada yang setia sampai akhir entry ni ya.. huhu


p/s: Buat kamu, aku akan pastikan pertahankan ia agar ianya menjadi hakmu sahaja.

1 comment: