05 October 2013

Silapnya seorang pendidik




Buat beberapa hari ni aku bengang gila dengan perangai bekas cikgu sekolah menengah aku dulu. Bagi aku had kesabaran yang bersemadi di dalam dada ni dah sampai ke tahap kemuncaknya. Serius, aku dari dulu lagi memang tak boleh nak hormat dia sebagai seorang pendidik. Kenapa?? sebab sifat dia bukan untuk mengajar tapi mencipta kesalahan pelajar...

Penjelasannya mudah je, sesiapa yang dia rasakan dia tak suka, dia akan cipta seribu satu kesalahan untuk mangsanya. Mudahkan kalau dapat jadi cikgu yang berkuasa macam ni?? Mulanya aku memang tak pedulikan pun dia ni tapi entah macam mana setelah 4 tahun aku tinggalkan sekolah tu, bila aku pergi balik, ada lagi benda yang dia cari pasal. Kali ni macam-macam dia tuduh adik aku buat jahat sampai pengaruh anak dia. Setahu aku anak dia tu memang dari kecik lagi suka menyusahkan hidup orang... Huh...

Ok, yang tu satu hal dah. Aku balik, aku bagi ayat kat adik aku tu. dan seperti yang dirancang, segala sindiran n hentaman aku sampai kat pengetahuan cikgu tu. Biar dia sedar sikit yang anak dia pun tak sempurna macam orang lain jugak... Dah, habis pasal kisah hentam menghentam. Ni naik pulak satu lagi kisahnya. Hah, yang ni lah perkara yang menaikkan darah aku sebenarnya.

Kisah ni terjadi hari Khamis minggu lepas. Petang tu anak dia pinjam motor adik aku, entah macam mana dia terbabas n banyak jugaklah yang kena baiki. Cuma apa yang buat aku sekeluarga terkilan, setelah 2 hari baru adik aku cerita. Tu pun setelah umi aku desak tanya dia mana pergi motor. Rupa-rupanya motor dalam bengkel tapi cikgu tu tak bagi adik aku beritahu umi yang motor tu rosak teruk. siap suruh menipu cakap tayar motor bocor je. Tapi seorang ibu ni boleh tahu anak dia menipu ke tidak.. Bila disoal ternyata cikgu tu yang minta adik aku rahsiakan benda tu dan sebagai jaminan dia akan bayar nilai kerosakan sebanyak Rm500.

Sebenarnya aku tak kisah pun dia nak ganti atau tak, cuma tak boleh ke dia datang jumpa family aku dan minta maaf secara baik.. Aku terfikir, macam ni ke akhlak seorang guru?? Cuba bayangkan kalau anak dia yang menipu tadi, aku rasa sah-sah dah jumpa kat mahkamah. Huhhhhh, terbaikklah cikgu... "TAHNIAH!!!"


"Tugas seorang pendidik adalah membentuk akhlak pelajar bukan untuk merosakkan dengan mengajar mereka supaya menipu... kalau amanah sebegini pun tidak mampu di jaga, jangan persalahkan si Generasi Y jika mereka bijak memutar fakta suatu hari nanti. Sebetulnya beri mereka panduan untuk mengaku kesilapan diri bukan ajar mencari helah untuk bela diri.."


15 comments:

  1. Semoga cikgu itu akan sedar juga suatu hari nanti. doakan ya

    ReplyDelete
  2. adehhh..truk sgt dah kalau mcm ni..xptt dia jd pndidik kot..sbb dia sndri pn xboleh nk didik diri sndri..sbar jelh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu r... sy sendiri terkejut kalau dia tu bujang lagi lain cerita, ni dia pun seorang ibu kot... hmmmm

      Delete
  3. seharusnya beliau sebagai pendidik menunjukkan contoh yang baik.. memang tak patut betul.. bukannya susah nak minta maaf..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin pada dia minta maaf tu jauh lebih susah dari makan racun... tu yang sanggup ajar budak2 menipu... huh...

      Delete
  4. adehhh ...jangan sikap seperti itu .. mungkin dia tak sesuai jadi pendidik kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah... mintak2 bila jadi cikgu nanti tak adalah perangai macam tu dalam diri..

      Delete
  5. haiyo camtu pon ada gak manusia ni ek?
    dah la cikgu. tak sepatutnye la perangai cmtu. hermm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yg parahnye... huh, kesal bila diingtkan balik...

      Delete
    2. bile perangai cikgu mcm gitu, tu yg anak murid jd lg kuang hajor tu kan :P

      Delete
  6. cikgu sepatutnya kena jadi role model kepada semua sebab mereka yang akan membentuk generasi akan datang..kalau cikgu pun jenis macam ni macam mana kita nak harapkan akan lahir generasi yang bagus kan?? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep..betul tu...sebenarnya mereka tak sedar, gaya terlebih 'sporting' dioranglah yang buatkan anak didik tu rosak...hmmmm

      Delete
  7. Cikgu tu satu kerjaya je. Yg jadi cikgu tu x semuanya berminat nak jadi cikgu, cuma nak cari rezeki je semata2. Jadi bleh agak la kenapa kes2 camni terjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin jugak...sebab tu segala benda kena bermula dari niat... kalau niat tu baik, in sha Allah baiklah cara dia jalankan tanggungjawab tu... hmmm

      Delete