20 July 2013

istikharah cinta..


"Bila hati mula berdegup pinta pilihan jawapan, istikharahlah..."

Ya, hati ini pernah meminta agar memberi jawapan yang setepatnya. Mungkin tidak mahu orang lain terluka atau lebih tepatnya tidak sanggup membiarkan hati sendiri yang remuk terhiris. Aku juga pernah diberi pilihan.. dia di kiri atau dia di kanan. Dan istikharah juga yang memberi petunjuk agar aku tenang dengan pilihan yang dibuat.

"Andai kamu tenang dengan keputusan yang dibuat, teruskanlah...tapi sekiranya kamu gusar dan resah gelisah, tinggalkanlah.."

Petikan kata-kata yang sering menjadi panduan kepada aku untuk membuat sebarang keputusan.


"Sehingga tiba saatnya suatu hari nanti, ku harap kamulah orang..."

No comments:

Post a Comment