09 June 2012

sorry..... (T_T)


huh... aku serba salah sebenarnya.. maafkan aku...maafkan aku... n maafkan aku... tu je yang aku mampu.. maafkan aku sekali lagi.. ya, aku akui kebenarannya dan kamu jangan risau tak akan ada bibit benci yang akan timbul malahan aku makin menyayangi kamu. kerana kamu ikhlas menyayangiku sehingga tidak sanggup melihat aku terus hanyut. Berikan aku waktu, dan aku akan cuba kembali seperti dulu.

Ya, betul kata kamu.. kita jangan terlalu bencikan sesuatu, kelak kita akan terjebak dengannya. Kita jangan terlalu menghina sesuatu, kelak kita akan terpaut padanya. Itulah aku, dulu semanis bibir berbicara tapi akhirnya ujian Tuhan datang menguji iman dan ternyata aku tewas.. mungkin bagi aku ianya baru bibit permulaan tp ternyata sebenarnya aku telah terjerumus ke dalamnya.

maafkan aku, aku mengkhianati janji kita... maafkan aku, aku buat kamu serba salah untuk menegurku. maafkan aku, kerna aku sering bertindak melulu.. kerna aku lebih mementingkan hati dan perasaan sendiri berbanding kamu..

akhir kata dariku, terima kasih kerana menyayangiku sehingga kamu tidak sanggup melihat aku berbuat dosa. Keikhlasan yang kamu berikan tak mungkin aku akan perolehi dari orang lain... terima kasih dan maafkan aku sahabat....

No comments:

Post a Comment