01 March 2012

Zaman Aku Pakai Baju Sekolah



Macam mana? Adakah ayat di atas terkena kat batang hidung anda yang mancung ala-ala Shah Rukh Khan or Kareena Kapoor? Kalau aku emang dah sah-sah kena. Ok la, meh sini aku berstory merry sikit pasal zaman kegelapan sekolah aku dulu. Kegelapan?? Hah, lau nak tahu bacelah sampai habes ye. Korang bace ni konon-konon untuk final la. Kompen ada lam soklan final korang nanti... Tunggu je lah.. (Tunggulah sampai biawak beranak buaya..hehe)

Cerita bermula...

Pada suatu masa dahulu, ada seorang budak perempuan yang tersangatlah 'rajin' pergi ke sekolah. Sehinggakan dalam seminggu hanya 3 hari wajahnya muncul di pintu pagar, itupun setelah lewat sepuluh minit dari masa yang ditetapkan. Disebabkan hal demikian, namanya cukup femes dan masyhur di seluruh pelusuk SHAMS. (erk, sedikit menipu)

Denda demi denda yang diterima ibarat sarapan pagi yang wajib ditempuhi sebelum melangkah ke kelas dalam keadaan lemah longlai n mata masih lagi kuyu mengalahkan mata ikan puyu. Kerusi n meja merupakan tempat peraduan yang paling nikmat semasa bertapa di dalam "GUA IBNU AMIR" sebelum kehadiran Pak Guru mahupun Ibu Guru untuk perturunkan ilmu kepadanya.

Pada tahun akhir persekolahannya, rekod kehadiran tiada lagi lompongan seperti tahun-tahun lalu. Bukan keinsafan sebagai calon SPM yang menjadi dorongan tetapi keketatan hukum kanun serta undang-undang Penjara Pudu Asrama yang berjaya menghalau budak perempuan itu ke sekolah. Ya, walaupun rumah hanya sejengkal, Ibu budak perempuan itu nekad melemparkannya ke Asrama kerana tidak tahan dengan tahap 'kerajinan' anaknya ke sekolah.

Alhamdulillah, kini budak comot itu telah berjaya melangkah ke menara gajah gading yang juga masih dalam daerah negerinya. Disangkakan sifat 'kerajinan' itu dah berjaya dikikis tapi ternyata tetap sahaja tidak berubah. Dahulu Syer Bukan Shell Petronas yang merupakan kembar Aceh budak comot selalu kena tinggal sorang-sorang n sekarang dia tetap juga kena tinggal. AWAS!!! Jika anda mengenali budak comot, anda mungkin akan diserang penyakit migrain yang sangat kronik. 


Zaman kegelapan = 
Walaupun matahari dah menerangi alam buana tapi rasa dunia masih gelap. Itu  maknanya belum bangun tidur lagi. Macam mana nak cerah kalau mata terpejam rapat!! mwahaha


P/s: Tetibe je rindu zaman sekolah dulu... 


Syahirah, Makkiah, Asmaa', Fatihah, Rabi'ah, Yumni, Mardhiyah, Kauthar, Aisyah, Che Nor, Asma
Ummi, Azilah, Shuhaina, Fatin, Azri, Ikhwan, Hassan, Anuarul, Adib n Muhammad.
(Ceshh.. skema parok name sorang2 aku taip..mwahaha) 

Geng Sastera Ikhtisas, Rindu giler wo!!!

2 comments:

  1. huhu... mesti awak rindu ke saya banyak-banyak op?? hehhehehehheheh

    ReplyDelete
  2. hahaha...mesti doh...org duk jauh kn...mesti la rindu....

    ReplyDelete