17 March 2012

Entry terakhir untuk bulan ni...


Arghhh, akhirnya masa ni tiba juga. Dalam gentar ada berani tapi rasa takut lebih banyak membayangiku. Nak masuk kem je tapi rasenye amat menyeramkan. Yea, rekrut bukanlah sesuatu yang amat mudah untuk digambarkan. Cukuplah sekadar pengalaman-pengalaman senior menghantui tidur malamku.

Ok, mula-mula  aku nak pesam kat  'tunang' aku yang akan ditinggalkan selama sebulan ni. Beb, kau jaga diri elok-elok ye. Kalau kau rindu aku, jangan segan silu nak mesej aku. Jangan risau, aku takkan menangis punya tengok pacat kali ni (cume menjerit tu adala..). Lagipun aku ada ramai hero-hero n heroin-heroin yang akan selamatkan aku dari cengkaman pacat or lintah tu. Kau jangan risau k.

Beb, sepanjang aku takde ni kau jangan nak menggatal pergi pantai seorang diri ye. Yelah, mana tahu kau rindu giler kat aku, kau pun terjun masuk laut. Kau kena ingat, aku ni tentera darat bukan tentera laut. Dah sah-sahla aku takde lam laut tu. Yang tentera laut kakak aku bukan yer, ingat tu. Hehe..

Arghh, pening la pulak kepala aku. Kes terlebih makan lembu la ni. Ok, kali ni aku tujukan pada kanak-kanak ribena yang akan bersama aku pulak sepanjang sebulan nanti. Buat Qaqa, Aishah, Ieda, Tira, Pypah, Tieqa, n Nana, selamat berjuang ye semua.

Firstly, aku harap korang sabarlah dengan perangai penakut aku ni. Yeah, aku bukan setakat takut kat binatang tak berkaki or terlebih kaki, tapi aku jugak takut biler malam gelap. So, sabar je la ye bila aku ajak korang teman aku gi toilet malam-malam buta. 

Lagipun, korang tahu kan aku ni sensitif tak bertempat. so, korang jangan la naik sakit jiwa pulak bila ngan aku nanti. Hope korang berdaya tahan untuk terus melasakkan diri ye. Aku ni tak tahu la macam mana, tapi aku harap aku still leh move on tuk sebulan walau teruk macam mana pun.

Oraitlah, aku rasa dah tak ada apa2 yang nak merapu panjang lebar. Oh ya, sebelum aku full stop. sorry weh, janji dah tak dapat dipenuhi lagi. Blog ni akan bersawang selama sebulan tanpa khabar berita, maklumlah dalam kem n hutan mana ada wifi... jangan pulak ade yg rindu aku... hehe

Salam perjuangan!!!

 




4 comments:

  1. lallalalalallala..saye suke encik pacat

    ReplyDelete
  2. wahh..! dun worry la, tunang.. aku xkn terjun laut sbb rndu kat kamu..haha...btw,smoge kamu slmt duk dlm hutan tu..=)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dan salam sejahtera..
    senang hati lepak kat sini...urm..saya ada sesuatu yang mampu mengubah hidup anda.
    anda mampu menjana pendapatan lebih dr biasa...hanya 3 bulan pertama anda boleh dpt RM30 000. dan terus meningkat...anda boleh lakukan walaupun anda seorang pelajar, suri rumah,atau yang sudah bekerja....jika anda berminat, sila hubungi iesya: 0126025279.

    ReplyDelete