03 September 2011

perigi cari timba?? erkk..

sekarang aku still dalam mood raya walaupun da masuk raya ke-5.. tapi segala assignment telah mengacau bilaukan hidop aku yang tenteram dan aman damai lagi makmur ni. arghhh..JIWA KACAU da serang aku ni. adoila tolong aku...mana nak pi cari TOK KADI  ni? horla TOK KADI! bukan aku nak kawen la. aku kena interview je, bukan sebab nak kawen je baru nak cari TOK KADI. poning aih, musing ketam doh rase ni.

oh ya..sebut pasal TOK KADI, aku baru ingat pasal topik hot kat atas tu. perigi cari timba? dulu pernah jugak la aku dapat ayat seenak rasa semanis kurma tu. malu? memang la malu weh...orang gila pun tahu malu beb takkan orang normal cam aku tak tahu malu plak. haishhh.. padahal masa tu aku tak kata pun aku suka dia n sejujurnya memang aku tak suka dia pun tapi biasala lau manusia dari spesis yang perasan ni. kita senyum ke dinding kat belakang pun dia ingat kita senyum senyum kat dia. lagipun kalau senyum kat dia pun apa salahnya, senyum tu kan sedekah. cesh..

oi, yang kau dari tadi melalut pasal perigi, pasal timba, ni pe kebenda gajah rimau tu?! 

ok...ok...meh sini aku terangkan. lau yang rabun tu sila pakai spek mata ye, lau tak nampak jugak korang gunala microskop yang korang curi kat makmal sains masa sekolah rendah dulu-dulu.. perigi cari timba tu maksudnya perempuan yang cari lelaki. kalau ikut sepatutnya lelakilah yang cari perempuan macam timba ngan perigi tu la. yang kita biasa dengar orang bawak timba pergi kat perigi kan? ke korang bawak perigi ke hulu ke hilir pergi kat timba? bijak betul orang dulu-dulu buat peribahasa eh.. aku rase lau buat peribahasa mouse cari komputer pun ok gak..zaman canggih manggih la katakan...erk..

 hina sangat ke golongan perigi cari timba tu hah?

uih, kalau aku kata golongan ni hina maknanya aku juga telah mengatakan serikandi agung kita iaitu Saidatina Siti Khadijah juga hina. sudah tentu TIDAK!! HEBAT sangat ke kita ni dari Saidatina Khadijah? cantik sangat ke AKHLAK kita ni dari Saidatina Khadijah? KAYA sangat ke kita dari Saidatina Khadijah? LAWA sangat ke rupa kita ni dari Saidatina Khadijah? haha..cuba bagi jawapan kat aku sekarang..

cesh...kalau setakat mengayat balak sampai keliling pinggang korang kata tu HEBAT, boleh jalanlah ngan kehebatan korang tu. tu bukan hebat weh tapi tu menjatuhkan maruah namanya!! Kalau AKHLAK yang setakat aksi lakonan depan balak korang je, pe contohnya ek? hah, alim-alim kucing + malu-malu kucing. tu pun korang boleh jalanlah. macam jugak kalau korang ada Ferrari 10 bijik kat rumah yang besar gedabak mengalahkan White House tu belum lagi korang boleh tandingi betapa KAYAnya Saidatina Khadijah tu dulu sebab serikandi Islam ni sanggup mengeluarkan seluruh hartanya demi Islam. tapi korang sanggup ke? nak derma RM100 kat anak yatim pun berkira ni pulak nak bagi semua..kaya sangat la tu.. n last, korang ingat bila cucuk sana,cucuk sini, tempek sana, tempek sini korang nampak lawa la? hello guys, for ur info... Saidatina Khadijah tu merupakan wanita yang paling cantik dalam kaum Quraisy..PALING CANTIK ok!!

tapi kehebatan sebenar Saidatina Khadijah ini terletak pada KEBERANIANnya meminta Rasulullah untuk menerimanya sebagai isteri. wanita yang benar-benar hebat adalah wanita yang berani meluahkan hasratnya pada seorang lelaki yang hebat pada akhlak dan agamanya bukan paras rupa semata-mata. tapi yang aku kata hina bila korang cari yang kaya-raya, hensem kiut-miut tapi akhlak ntah apa-apa, tangga masjid kampung sendiri pun tak jumpa...pe kebenda lelaki macam tu? ibaratnya perigi cari timba yang bocor la.. langsung tak boleh guna. baik korang tunggu je timba yang datang cari korang sebab gerenti timba yang datang cari korang tu tak bocor + bersih. yerla, nak ambil air mestilah bersih kalau tak buat apa dia datang cari korang...

haishh...panjang pulak entry aku kali ni. lantaklah dah lama aku gian nak menaip tapi takde modal yang mampu dilaburkan n Alhamdulillah modal ni timbul jugak sebelum aku bankrap.. =P


ambek kau.. mulut itik skali aku bagi..
korang menyampah? ade aku kesah?

No comments:

Post a Comment