09 July 2011

jom belajar munakahat....




hehe...kali ni entry aku menjerumus kepada kegatalan sikit ya. sebab kali ni aku nak share pasal munakahat iaitu perkahwinan. biasalah bila dah belajar bab perkahwinan ni, mata aku yang layu di pagi hari pun kembali segar bugar...hishhh, gatal!!hahaha.. ok, jom kita geledah sikit tentang beberapa perkara tapi bab yang aku paling suka sudah tentu bahagian....jeng3


# apabila datang kepada kamu seorang lelaki dengan 4 ciri-ciri ini maka terimalah dia. 4 kriteria itu ialah :
  
1- AGAMA
  @ penghayatan agama yang betul dan akhlak yang mulia.
      = sudah pasti aku nak yang ni awal-awal sekali ada kat bakal suami aku. baru bahagia hidup sebab ada je yang ingatkan aku bila aku ni lagho tambah lagi dengan perangai yang macam ni. perangai macam mana? yalah, aku ni macam lalang tau. sekali orang tiup ke kanan, aku pergi je ke kanan n begitulah sebaliknya. hehe
 2- NASAB KETURUNAN
   @keturunan yang elok dan baik-baik
     = hurm...aku bila sampai bab ni terus jadi blur. mula terfikirkan masa depan tapi bagi aku paling ngeri kalau dapat anak orang kaya n taraf kitorang jauh berbeza cam langit n bumi. ok, aku emg fobia ngan anak orang kaya sebab terlalu banyak baca novel... mwahaha

3- KECANTIKAN
   @ wajah yang sempurna
    = bab rupa paras ni yang aku suka sangat nak share..hehe...impian semua orang mesti nak yang lawa/hensem kan? tipulah kalau korang kata tak. tapi kalau aku, aku nak sekadar yang sedap mata memandang je n tak naklah yang hensem cam prince charming sampai pecah cermin ditilik muka tu sebab aku tak nak berebut dengan orang lain... misalnya ditakdirkan aku dapat yang hensem, setiap kali keluar rumah aku akan pastikan dia pakai plastik kat muka, kalau malu sangat aku bagi je topeng power rangers baru tak ada yang menjeling manja... mwahaha 

4-HARTA
  @ iaitu pekerjaan yang mampu untuk memberi nafkah kepada keluarganya
   = hahaha... part yang ni pun best gak kalau sembang ngan kawan-kawan aku. yang sorang tu nak suami doktor, yang sorang lagi nak suami engineer tapi kalau aku? aku nak ustaz sekolah menengah n pakar lam bab kaunseling... sebab? kalu ustaz boleh cuti sokmo, bila sekolah cuti cikgu2 tak payah pergi kerja kan?mwahaha.. n kalu dia pakar bab kaunseling bolehla selalu bagi motivate kat aku yang jiwa kacau ni...

sabda baginda Rasulullah S.A.W :

"Apabila seseorang yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia. jika kamu tidak mengahwinkannya, nescaya akan berlaku fitnah dan berleluasanya kerosakan di muka bumi."
Riwayat al-Tirmizi

ok, cukup sudah pembelajaran kita pada hari ni... ceshh..konon...huahaha.. maaf la yer kalu ada kekhilafan dalam entry kali ni.. sekiranya ada penambahan, amatlah dialu-alukan... sekian, wassalam.

4 comments:

  1. kahwin cepat2 jangan lambat-lambat...

    ReplyDelete
  2. smoga mg dapat jodoh seprti diatas ..amin3 ...
    moge subjek munakahat yg kte ambik ..dapat kita jadikan petunjuk dalam alam perkahwinan kekgi wwee~~ ..hihi
    ak doakan yg terbaik ntuk mg !!

    ReplyDelete
  3. muaz...kkgp: amin...tp awal2 pun lpas degree r,jgn lpas diploma..hehe

    nuyu: amin10..aku pom doakan yg t'baek gop utk mg...n smoge yg b'iman tu dtg dlu...huhu

    ReplyDelete