26 July 2011

disebalik tirai semalam

credit to makkiey sebab malam ny dia yang bagi aku ilham tuk buat entry ni. sebenarnya da lama aku nak buat tapi malam ni baru aku ada kesempatan. hurm... dalam entry makkiey dia cerita pasal manusia yg pernah dia jatuh cinta, n dalam entry aku ni aku nak share gak cerita tentang seorang insan yang pernah mengubah hidup aku sehingga sekarang.


1st time aku jumpa dia masa kitorang form 1, masa tu lam umur 13 tahun la... gatal betul aku mase tu..haishhh... ok2, sebenarnya aku ni belajar di sekolah agama n ia bukan di atas kerelaan aku sendiri masa tu. sebab aku ni macam tomboy la, kawan2 aku semua lelaki tapi bila kena masuk sekolah tu aku jadi blur...biar betul mak bapak aku ni? nak bunuh anak ke? tu la soalan aku masa mula2 tahu kena masuk sekolah tu.


mamat ni, aku nak describe dia pun aku tak reti la tapi yg yakin aku minat giler kat dia bukan sebab muka dia yg chinese look tu tapi mungkin sebab dia pakai cermin mata (ok, aku t'lalu gilakan mamat b'kaca mata)hehe. dia ni masa mula2 masuk kelas, dia lebih banyak b'sendirian smbil baca al-Quran n macam tak peduli je dengan keadaan sekeliling dia sehinggalah aku b'gaduh teruk dengan kawan dia. mungkin sbb dah t'lalu kecoh dia t'paksa masuk campur.


walaupun mulut ni da keluar macam2 sumpah seranah dia tetap cakap ngan lembut kot. mase tu automatik mulut aku terus jadi kelu. yelah, org da cakap elok2 takkan aku nak bom lagi. tapi yang hairannya, lepas pada tu hampir setiap hari kitorang gaduh dahsyat pulak tu. sampai 1 ketika cikgu KH aku t'paksa tukarkan aku jadi budak EST yg asalnya budak SPN sebab kitorang gaduh sambil baling2 barang. habis semua p'alatan dlm bengkel rosak.


masa berlalu n kitorang naik tingkatan 2. walaupun kelas b'beza tp kelas b'sebelahan. macam biasa, pantang b'jumpa masing2 terus naik hantu. cuma yg b'beza aku dah mula sukakan dia n aku buat macam tu sebab aku malu sebenarnya so aku buat2 la cari pasal. ego la katakan.. dan kerana dia juga aku berubah. untuk aku ikut telunjuk orang bukannya mudah tapi aku t'paksa akur dengan ayat suci yg meniti dibibirnya. alunan b'sama air mata.... masih segar di ingatanku tatkala itu.

terjemahan surah Luqman : ayat 18 n 19

" Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri. (18). Dan sederhanakanlah dalam berjalan (jangan terlalu cepat dan jangan terlalu lambat) dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. (19)."

namun semuanya hanya seketika. ketika aku berubah dia juga turut berubah. ketika aku mula tundukkan pandangan, semua wajah  di tatapinya. ketika aku mula m'jaga pergaulan, dia pula semakin sosial. melihat wajahnya tak lama sebab dia terus pindah ke sekolah lain kerana tidak tahan dikongkong katanya. jenis apa percakapan itu aku sendiri pun tak mengerti.


insan pertama yang aku suka sudah tentu terlalu payah untuk aku lupakan. ya, sehingga kini namanya serta wajahnya sentiasa segar di ingatanku. tapi aku sedar bahawa dia bukan lagi insan yg pernah aku suka sebab kini dia dah berubah 100%. dan aku juga tak nafikan bahawa kerana dialah aku tak sanggup menerima yg lain dalam hati ini. aku tahu yg aku harus berubah, aku bukan di hatinya dan lepaskan saja bayang-bayangnya pergi.


buat kamu yg pernah m'bawa hatiku pergi, kembalikanlah ia padaku agar aku bisa menerima yg lain. dan terima kasih aku ucapkan di atas kesungguhanmu dulu, aku kini begini. maafkan aku kerana sering menyebut namamu walau tanpa keizinanmu..

hembusan rindu berlagu dan tanpa sedar hatiku menangis tiada sendu... biarkan aku bebas dari belenggu bayang-bayangmu agar aku tidak lagi menjadi seorang perindu...


5 comments:

  1. waaa..ad nme ak la...
    bngge2..hahaha
    weh,spe bdk laki ny???nk tau...:)

    ReplyDelete
  2. hahaha...ade la..rahsia d hati selamanya abadi...kih3

    ReplyDelete
  3. ehem??ambillah ubat batuk cap ibu dan ank...hehe

    ReplyDelete
  4. aku baru bace mende ni dan aku sangat tau sape laki tu..ngeh3

    ReplyDelete