27 April 2011

bila rindu mula mengusik...

Hidup tidak seindah mimpi, janji x seindah bicara…tatkala mergastua berkicauan riang, hati mula resah gelisah yg x bertepian… malamku hanya ditemani kejora malap kerlipannya… siang pula hanya hembusan bayu membelai… suara kerinduan mula dihembus perlahan, mula merungkai seribu kekusutan yg terpendam… cintakah aku padanya? Keliru mula m’benih lg… tidak, aku hnya m’hormatinya!! Usah diganggu aku, biarkan aku sendiri ditemani nyanyian kesepian. X mungkin aku bisa membahagiakan sdgkn aku belum sedia utk mencintai n dicintai.. andai aku milikmu, kita kn b’sua lg dan aku p’caya pd takdirNya… usah jadikn bayanganku sbgai peneman hidupmu kerna aku x sesempurna yg difikirkn.. andai kau mngenaliku, kamu mgkn kecewa, kenali aku sblum cntaiku...

Disebalik tirai semalam yg menggamit ketenangan jiwaku, aku mula t’fikirkn drinya… insan yg pernah aku cintai kerna suaranya, insan yg m’bwa aku mngenal agama…. Hari semalam mungkin berubah, dia bkn lg spt yg aku kenal beberapa thun dahulu… andai takdirnya aku b’temu lg dgnnya, ingin sekali aku berterima kasih padanya.. masih b’gema alunan bingkisan dri surah Lukman di telingaku.. syahdu… dan aku yg kelu ketika itu mulai berfikir tentang kebenarannya. Kerana bingkisan itulah yg menjadikan diri aku sekarang… hanya 2 ayat yg b’gema tp kesannya b’getar di seluruh jiwaku sekaligus buat pertama kali aku m’gunakan akal Islamku utk b’fikir.

Langit… andai kau mengerti perasaan ini, lakarkanlah ia di dada birumu. Awan… kiranya kau ketahui jiwa bungkam ini, ukirkanlah ia dgn jalinan kabus lembutmu. Angin… pabila kau melewati tangisan rindu ini, hembuskanlah dgn elusan lembutmu pd wajahnya. Rembulan… kau pancarkanlah kembali kenangan lalu kerna ku tahu dia juga melihat bulan yg sama denganku. Bintang… kembalikanlah kerlipanmu yg makin pudar agar aku bisa tersenyum lg… Padamu yg ku rindui, izinkanlah aku menyimpan perasaan ini walau hanya sebentar cuma… maafkan aku, walau b’tahun-tahun sudah b’lalu, aku masih lg tak mampu memadam wajahmu dr ingatanku.

No comments:

Post a Comment