21 January 2013

aku masih mengharap

sedar tak sedar rupanya aku tak pernah lagi menconteng tempat ini pada tahun 2013. maaflah ye, kebizian tahap dewa melanda. maklumlah aku kan budak tahun akhir Diploma Pengajian Islam Al-Quran dan Al-Sunnah di Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, Terengganu Darul Iman. Ambik kau detail aku bagi. Aku tempat ni adalah kerana dia n aku pilih kos ni pun sebab dia. Bagi aku dialah segalanya. Tapi sayang, mungkin aku keluar dari sini tanpa dia. Menyesal pun tak ada guna kalau penyakit tu sendiri yang cari. Aku faham, dia manusia bukan robot. Dia punya perasaan bukan tunggul kayu.

Tapi, hati aku masih inginkan kita kembali seperti dulu. Aku tahu tahap kebencian mu kat aku dah tahap dewa sebab tengok muka aku pun mu tak sudi nikan pulok nak bercakap. Ye, aku tahu kalau aku mintak maaf sejuta kali pun luka kat hati mu tetap takkan sembuh. Cuma aku nak mu tahu, sejak mu isytihar jangan ganggu hidup mu, aku dah mula menjauhkan diri. Tengok mu pun aku tak berani, tapi tadi aku curi-curi jugok tengok mu. Tangan aku ni gatal-gatal je nak taip mesej n tanya mu ok ke tak, Tapi amaran mu dulu buat aku lupakan je niat tu. Kini aku berdiam bukan bermakna aku benci mu tapi aku menghormati permintaan mu. Asalkan mu bahagia aku pun tumpang gembira walaupun penyebab kebahagiaan mu tu bukan lagi aku.

Sekarang, semua pasal mu aku tak tahu. Sedikit pun info aku tak dapat. Mu mintak U mana aku pun tak tahu. Tapi aku yakin sangat salah 1 tempat mu akan mintak UKM kan? sebab tu impian mu dari dulu. Mu selalu gitaw aku yang mu nak sambung lagi bidang ni Al-Quran dan Al-Sunnah ni n bidang ni ada kat UKM. Aku doakan impian mu tercapai. Aku? Aku tetap akan stay kat sini. Sebab kat sini banyak kenangan kita. Aku nak hidup dalam kenangan tu sebab mu memang dah pasti takkan terima aku lagi.

Boleh tak aku mengharap?? Aku harap sangat mu tak lupa besday aku. Aku bukan nak hadiah, tapi aku nak mu wish ke aku. Bukan melalui mesej or fb tapi secara live. Sekali je, mungkin untuk besday aku yang terakhir bersama mu. Tapi mungkin benda tak akan berlaku. sebab aku dah lama kehilangan mu dan luka kat hati mu pun dah jadi parut. Maafkan aku sebab aku kita jadi begini....
cerita kita berakhir tanpa sempat menuju ke garisan penamat.....

1 comment:

  1. hukalohh, cian mu op? suh ikot aku takmboh dulu..hahaha

    ReplyDelete