23 September 2012

erti suka, makna sayang..


Sakit badan, sakit hati, sakit jiwa, jiwa kacau, hati meracau n banyak lagilah sakitnya. Yakinnya semua penyakit ni dicari sendiri. Adoila... dulu tak nak fikir panjang. konon la da ada orang suka, terus perasan sendiri n langsung tak tanya pada hati. Bila da jadi cam ni mulalah hati yg jadi mangsa menanggung segala sengsara badai jiwa..

Ya, suka dan sayang 2 istilah yg berlainan n mempunyai maksud yg sangat berbeza. Suka tak semestinya sayang tapi sayang sudah tentu kita suka.  Dulu, fahaman aku sayang boleh dipaksa tp ternyata aku silap. Perasaan itu semuanya lahir dari hati. dan sememangnya aku tak mampu nak tipu diri aku sendiri. 5 bulan aku bagi peluang pada hati untuk menerima tapi sayang, mungkin masa n orangnya belum tepat lagi.

Kisah kami berakhir disini. Saat dia berperang dengan personal problem n aku pulak dengan final exam yg smakin hampir. Sebelum ending of da story, aku takut jugak. Takut lau tak mampu nak seimbangkan perasaan n tekanan yg bakal melanda. Cuma syukur Alhamdulillah, aku hanya alami tekanan tu selama 3 hari sahaja. Itupun tekanan rasa bersalah yg melebihi segalanya.

Dia baik. Dan selayaknya dia dapat orang yg lebih baik. Aku tak boleh terus tipu diri aku sendiri. Kalau aku still hold dia mungkin dia lebih terluka. Sekurang-kurangnya masa ni dia boleh rawat dulu hati. Aku pulak berpeluang baiki diri menjadi lebih baik. Ini semua kerana matlamat kami yg berbeza. Dia serius n mahukan komitmen sebelum habis belajar. Aku pula, masih lagi ragu-ragu n masih nak enjoy sambung belajar or kerja sampai boleh berdikari sendiri.

 Pengalaman pertama yg agak kelakar n still kebudak-budakan. Terima kasih kerna pernah buat aku rasa dihargai. Maafkan aku andai perlakuanku agak kejam. Mengenalimu memberi aku ilham n mengajar aku erti dunia remaja. Dan kamu juga menyedarkan aku bahawa sayang adalah anugerah yg bukan boleh dipaksa. Lebih baik kita kecewa sekarang daripada kita menanggung rasa di kemudian hari.


p/s: Sekarang aku dah BEBAS sepenuhnya. Aku harap biarlah ini yg pertama n terakhir aku terjerat dalam mainan perasaan ni. Tak sangka perbezaan suka dan sayang adalah amat besar n kesannya juga amat parah. Sekurang-kurangnya pengalaman ini telah membuat aku berjaya menyiapkan 2 bab novel. Ada hikmah di sebalik apa yg terjadi n kini aku lebih matang dlm mengenal hati perasaan sendiri.


No comments:

Post a Comment