05 March 2012

salam Imtihan!!!



Cute kan?? haha, aku tahu ramai yang mukanya jadi macam ni bahkan ada lagi yang lebih teruk kot bila final n korang langsung tak study apa-apa or korang study tapi last minute (aku le tu). Ya, apapun alasan kita jangan jadikan meniru tu satu jalan mudah untuk selesaikan masalah yang berkaitan dengan soalan tu. Sebab korang sebenarnya bukan sedang selesaikan masalah tapi sebenarnya mencari masalah.

Aku cerita ni atas dasar pengalaman je. Yeah, aku juga dari golongan yang suka meniru dulu tapi peniruan aku just tanya member sebelah yang begitu baik sudi memberi jawapan kat aku, sejahat-jahat aku pun tak pernah lagilah terfikir nak bawak masuk 'toyol' ke dewan exam. Kalau kena cekup mahunya malu satu dunia kot, lepas tu tak pasal-pasal pulak kena gantung sem. Perghhhh r hidup korang lepas ni.(Kalu aku dah tak hidup kot, kompen bapak aku campak masuk gaung terus) Bukan apa, peniruan seperti pembawakan 'toyol' ni kita boleh elak sebenarnya bukan tak tak boleh. 

Oraitlah, tu je pesanan dari penaja. Ingat, gagal kerana usaha diri lebih bermakna daripada berjaya kerana menipu diri. 

Motivasi untuk kita semua:

Umat Islam harus cemerlang,
Hari ini mesti lebih baik dari semalam,
Siapa kata kita tidak boleh??
Kita ada Allah Maha Kuasa,
Kita punya kuasa tenaga,
Doa sebagai senjata,
Umat Islam sentiasa boleh...
Umat Islam sentiasa boleh...


Trademark SYAZANA SAMSUDIN:
KATAKAN TIDAK PADA MENIRU!!


No comments:

Post a Comment