Wow, akhirnya aku mampu jugak meluangkan masa untuk belog aku ni. Biasalah, budak baru kan. Macam-macam benda lah aku kena uruskan pada awal semester ni. Phewwww, penat tak payah citer la. Tu tak termasuk dengan orientasi lagi n projek ponteng orientasi. mwahahaha..
Dah, back to main topic. Malam ni tetiba aku hot sikit bila dengar cerita seorang kawan aku. Sedih jugak la cerita dia. nangis sikit.. Sob..sob..sob.. ok, habis. Apa korang rasa kalau kawan yg korang percaya n bergantung harap sangat selama ni tiba-tiba tikam korang dari belakang? Bayangkan, bertahun-tahun stay together, menangis, bergembira, belajar, makan, tido, mandi..opsss.. terlebih pulak.. bak kata, semua kehidupan seharian bersama korang la n tak semenanya korang disingkirkan.. mesti rasa down yang teramat kan?
Entahlah, aku pun tak pandai nak tafsirkan semua ni. Masing-masing dah besar panjang semuanya. Kawan tu satu anugerah, kebihan dia mengisi lompang kekurangan kita, n kita pun mesti ingat yang kawan kita tu manusia biasa jugak, ada kekurangannya. Ini tak, masa mula-mula berkawan dulu tak ada pulak isu dia begini aku begini.. tapi setelah hampir 4 tahun, masing-masing mula cari alasan tersendiri. Bayangkan macam nilah kesannya, minyak yang kita tatang selama ni tiba-tiba campak terus ke lantai. Ada 2 kesan kat situ, yang pertama minyak tu memenuhi ruang lantai n yang kedua, mungkin kita sendiri yang jatuh tergelincir.
Kawan bukan seperti bola, belum dapat kejar, bila dah dapat tendang... kawan bukan juga macam bulu tangkis, belum dapat pegang, sudah dapat pukul, tapi kawan tu ibarat bola ragbi, belum dapat kejar, dah dapat peluk...
Aku suka dengan ayat kat atas tu. Ni ayat aku pulak, kawan bukan macam payung, bila hujan cari tapi bila panas campak ketepi. Jangan jadikan kelemahan dia sebagai alasan untuk menyingkirkannya dari hidup kamu. Ingat, karma tu ada. Hari ni dia diperlakukan sebegitu, mungkin esok kita turut alami nasib yang sama bahkan mungkin lebih teruk.
SEDANGKAN MONYET LAGI PANDAI BERKAWAN, TAKKAN KITA MANUSIA YANG BERAKAL TAK BOLEH NAK FIKIR JUGAK??!!!
betul tu adik.. sahabat seharusnya saling lengkap-melengkapi.. susah dan senang ditempuhi bersama.. kita salah dia tegur.. itulah erti sahabat sebenarnya..
Bukan memilih tapi kena berhati-hati dlam berkawan. Monyet pun ada juga yg bergaduh dik.... kat kg kakak tu berebut buah punya pasal dia bergaduh hahaha...
adat bersahabat...semoga tabah je kawan ko tuh...papehal pon ko neh ponteng-ponteng x kene tangkap ke hape??hakhakhak!!!
ReplyDeleteaku harap macam tu la... hahaha..tengok orang la.. hanya orang pro je yang tak kena tangkap... kih3
Deletebetol 2..stuju dgn ayat 2..nk kwan kenalah ikhlas dan elok2..jgn sbb hal kecil pn boleh skit hati..kena buang ape yg negatif..cuba ambil yg positif =)
ReplyDeletekeikhlasan tu yang penting tapi yang tu paling susah nak cari... hmmmmm
Deletesahabat kerana Allah insha Allah kekal lama.. comel la monyet tu.. hehe
ReplyDeleteIn Shaa Allah... hehe, monyet sememangnya comel... =)
Deletesetuju jgk ,berkawan kena ikhlas dan terima kekurangan dan kelebihan dia :)
ReplyDeletetahu takpe.. =)
Deletebetul tu adik.. sahabat seharusnya saling lengkap-melengkapi.. susah dan senang ditempuhi bersama.. kita salah dia tegur.. itulah erti sahabat sebenarnya..
ReplyDeleteyup, bukannya buat terus salah ditinggalkan... tp ramai lgyg tak faham dengan istilah SAHABAT tu... hmmmm
Deletebetul tu
ReplyDeleteikhlas lah dlm bersahabat
kerana ikhlas itu akn buat kita terima dia seadanya...
DeleteSahabat yang setia sentiasa ada dikala suka dan duka...
ReplyDeleteBukan memilih tapi kena berhati-hati dlam berkawan.
ReplyDeleteMonyet pun ada juga yg bergaduh dik.... kat kg kakak tu berebut buah punya pasal dia bergaduh hahaha...
no offence tau ni..sebenarnya kalau kat jepun masa panas pun orang guna payung jugak..hehee :P
ReplyDelete