Selamat Menyambut Bulan Ramadhan , Semua ! Hehe . Kali ni Fie nak buat segmen simple yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan " . Tujuan Fie buat segmen ni untuk berkenalan antara satu sama lain n untuk menambahkan follower n trafik blog korang . Segmen ni bermula pada 13 July 2013 sampai 8 Ogos 2013 11.59 malam . Fie hope sangat2 segmen ini mendapat sambutan meriah .
CARA - CARA NAK JOIN
- Follow blog CIK FIE
- Like fanpage CIK FIE
- Buat satu entri yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan "
- Copy coding entri yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini
Pagi yg sepatutnya sejuk dengan ditemani renyai hujan ternyata sebaliknya. Sudahlah suhu badanku meningkat dari biasa sejak semalam (maknanya demamla..) ni ditambah lagi dengan mendidihnya hati aku saat baca status insan tersayang...
Sakit hati?? Wajarlah... walaupun aku bukanlah walinya tapi aku tetap dapat rasa perasaan seorang bapa, abang, or adik lelaki bila baca statusnya. Perkataan "my hubby" yg tertera kat status dia tu cukup lah meluat untuk aku baca. Bila masa bapak aku nikahkan dia entah, tiba-tiba keluar panggilan tu.
Hello, HUBBY = HUSBAND... arghhh, migrain aku bila nak fikirkan semua ni. Wahai manusia, makhluk Allah.. tolonglah faham dengan perkataan tu. Kalau org lain yg tak tahu betapa "sweetnye" kamu mesti macam peluru berpandu soalan tu pergi kat mak bapak kamu... Yelah, kenduri tak ajak tiba2 dah ada hubby.. Kasihanilah mak bapak kamu yg bawak kamu tengok dunia ni. Free-free je dapat ayat tak pandai jaga anak... hurmmm..
Mungkin ada sesuatu kot yg kamu terlepas pandang. Wahai sayangku, setelah lafaz "aku terima nikahnya...." di walikan oleh orang yg berhak, barulah halal untuk kamu panggil hubby, bie, syg, ayang, itik or pepe je lah. Bukan sekarang, masa kamu tengah couple.. Sedangkan tunang pun boleh putus inikan pula couple... tapi aku harap kamu kekallah ye.. Sebab semua orang dah heboh pasal kamu.
Huh, aku nak membebel lebih-lebih pun kamu dah besar panjang. dah tahu mana nak fikir baik dan buruk. Umur kita pun 3 tahun beza, betapa matangnya kamu tapi sayang... Ego kamu mengatasi segala. Bila dimarah kamu keluar dari rumah, bila ditegur kamu tak balik langsung... Tapi kamu kena ingat, apa-apa pun terjadi hubungan keluarga tak akan putus... Apabila seorang bapa marah or naik tangan bila kamu lakukan kesalahan dia ada hak. Sebab selagi manusia bernama suami tak kunjung tiba, segala dosa pahala si bapa yg tanggung...
Dahlah, makin di ingat makin sakit hati.. Pesanan ni sekadar ingatan kepada diri sendiri n seme kengkawan.. :)
Nampaknye beberapa hari je lagi Ramadhan akan pergi tinggalkan kita... aku rasa macam baru semalam kita start puasa. Masa berlalu begitu pantas dan begitu juga dengan peredaran usia kita sekarang. Yeah, siapa sangka aku dah pun mencapai umur 21 tahun. Owh, terasa skema gila dengan ayat aku hari ni.
Ok, minggu lepas aku dapat kad jemputan dari kawan sekelas aku masa form 5 dulu. Hah, ni baru masuk perkaitan dengan tajuk di atas. Aku pun tak sangka jugak, penantian serta teka teki kat benak aku siapa yg akan kawen dulu akhirnya terjawab... Buat kawan aku yg bakal menjadi isteri orang, selamat pengantin baru ye.
Hmmm, bila terfikir balik barulah aku perasan rupa-rupanya kami ni sebenarnya tinggal selangkah sahaja lagi akan menuju kedewasaan. Nampak gayanya kena siap2 la untuk berfikir dan menjadi lebih dewasa. Bukan masih lagi terbantut dengan pemikiran keanak-anakan.
Seruan bertempur pun sudah diutuskan semalam. Tinggal lebih kurang sebulan je lagi untuk aku turun ke medan ilmu. Kali ni aku perlu lebih serius. Dah tak boleh main-main macam dulu. Zaman gelak ketawa tak ingat dunia aku telah pun berakhir. Sekarang, tiba pula masa untuk aku lebih fokus. (Euw, jangan hangat-hangat tahi ayam dah la...)
Huh, sebenarnya tujuan aku minta sambung belajar kat tempat sama sebab nak aktif lagi dengan Askar Wataniah tapi nampak gayanya dah dapat kad merah dari ummie aku. Sebarang surat menyurat tidak akan di layan. Jawabnya selamat tinggallah wataniah... Tapi, betul jugak tindakan ummie. 3 tahun aku join wataniah menyebabkan aku banyak berubah n perangai aku tak macam dulu lagi. Ye, aku tahu aku tak boleh salahkan persekitaran sedangkan pilihan utntuk berubah tu bergantung pada diri aku sendiri.
Cuma, huh... aku mungkin tak mampu nak jadi seperti ikan kat laut. yg mampu pertahankan diri dari dipengaruhi rasa air masin. Aku perlu berubah n langkah pertama untuk berubah, tinggalkan suasana yg pernah merubah aku dahulu. Lebih baik aku menjadi bintang malap daripada terang menyerlah seperti purnama. Mungkin selama ni aku terlalu mengejar sesuatu yg tak penting sehingga seseorang yg amat-amat penting dlm hidup aku hilang begitu sahaja.
Penat dah berceloteh panjang pagi-pagi buta yg sejuk ditemani renyai-renyai hujan kat luar, aku terpaksa stop kat sini dulu.
selamat tinggal dunia uniform... kamu tetap selamanya dalam ingatan... (T-T)
"Maaf, aku tinggalkan kamu yg aku suka demi dia yg aku cinta..."