14 February 2012

Valentine?? No!! I'm a Muslim...!!



Malam ni suka untuk aku berkongsi sediikit pengalaman pada waktu aku masih comel lagi iaitu berumur 10 tahun. Bayangkan budak pada usia mesti kepala otaknya sarat dengan seribu satu persoalan. Dan aku juga membuat pengakuan berani mati bahawasanya sekecil itupun aku dah tahu makna cintan-cintun ni lebih-lebih lagi masa era tahun 2002 tu cukup femes dengan sambutan hari kekasih @ Valentine's Day.

Pengalaman ini merupakan pembelajaran pertama aku bahawa Valentine's day tu HARAM di sisi Islam. ceritanya bermula begini:

          Suatu malam pada malam 14 Feb, aku tengok Ummie berdandan sebegitu cantik  n meletup gedebam-gedebom bagaikan ingin  menikah kali kedua. Abah yang sedang menunggu bukan main lagi bergaya dan macho berserta baunya yang begitu mengancam..(haishhh, pelik pula bunyinya). Rupa-rupanya mereka nak keluar katanya makan malam kat Zee Corner yg dulunya terletak di Taman Shah Bandar. Esok paginya aku nampak pulak sekuntum bunga ros jingga di hujung katil mereka n terlakar kata-kata puitis dari Abah.

Aku : Wah, romantiknya Abah.. memang tiap-tiap tahun ke Ummie sambut Hari Kekasih??

Ummie : Hari Kekasih? Bila pulak Ummie sambut?

Aku : Alah, malu konon.. tu yg dalam bilik ada bunga tu. Siap dapat jam baru lagi.

Ummie : Owh, tu hadiah anniversary Ummie n Abah. 15.2 tiap-tiap tahun kami akan sambut kat luar. Lagipun kita sebagai orang Islam HARAM sambut Hari Kekasih sebab tu sambutan utk agama lain.
Ok, kerana salah faham tu lah aku tahu apa hukumnya sambut Valentine's Day dan kenapa diharamkan... hurm.. 


Sekarang ni, hanya beberapa detik sahaja pukul 12 malam menjelang dan sekarang mungkin sudah ramai yg 'rabun' tentang agama Islam menjerit penuh sorakan dengan buayafren boyfren or gilerfren girlfren di tempat-tempat peraduan serta rumah peranginan si 'nates'. Dan bermula detik ini jugalah, sembilan bulan sepuluh hari selepas ini ramai umat manusia yang akan dilahirkan samada dengan selamat mahupun hanya sedetik cuma melihat dunia. 

Dalam keadaan yang serba moden dan dipenuhi dengan lambakan dakwah juga terpampang fatwa mengHARAMkan Valentine di dada bidang akhbar tapi sayangnya ramai lagi yg buta hati huruf untuk memahami apa yang ingin disampaikan. Manusia... semakin ditegur semakin menjadi.. huh, itulah fitrah mereka yang mungkin menimbulkan fitnah.

Ya, siapa yang tak tahu sejarah Valentine dan siapa tuan empunya nama tu. Nampak jelas dia tu adalah kepercayaan agama Kristian n kenapa kita masih terhegeh-hegeh utk menyambutnya?? Huh, tepuk dada tanya iman...

Inilah di antara dalil yang mengharamkan Valentine.

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.  
1. Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir.  
2. Aku tidak sembah apa yang kamu sembah.    
3. Dan kamu bukannya penyembah-penyembah Tuhan yang aku sembah.  
4. Dan aku bukannya penyembah tuhan yang kamu sembah.   
5. Dan kamu juga bukannya penyembah-penyembah Tuhan yang aku 
sembah. 
6. Untuk kamu agama kamu dan untukku agamaku.  

Aku rasa dah cukup untuk berhenti disini agar waktu tidurku tidak terganggu untuk aku kembali aktif pada esok hari. Sekian, nite semua.. sleep-sleep!!

13 February 2012

BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU


Yeah, kali ni dah berani nak tunjuk gigi.. dulu selalu je takut nak join mana-mana segmen.. well, aku kan orang yg pemalu (cesh, penipuan yg nyata).. tp disebabkan ramai gak kawan2 blogger yg laen begitu berani n b'semangat ferrari waja aktif lam segmen n contest aku pom nak memberanikan diri jugaklah.

"BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU" 
tu lah tajuk yg diberikan kali ni. Takpe En.Ben, tak ajak baca pun kitorang peminat setia ni tetap akan baca..(ayat mengampu (",)..)
ok, sesiapa yg nak join boleh la skodeng kat SINI..


BEN ASHAARI

ni skema jawapan aku utk Ben Ashaari...

soklan pertama:
sbb kena baca blog ni?? ermmm... ppe bende yg kena jwab ny??haishhh... mungkin sbb tuan blog ny jiwa kacau kot, so blog pun meracau je la... satu lg sbb blog kaler pink!! wink3

soklan kedua plak:
aduh, bukti la plak.. ni macam nak jadi kes mahkamah kena ada bukti segala bagai. 
saksi tak nak ke? takkan bukti je kot.. =>
okla-okla, bnyk sgt loyar buruk nanti tak pasal2 kena bom..ngeh3

jeng3...inilah buktinya ===> KAHWIN AWAL???


Mission DONE!!! haha
konon cam lam movie la plak...
k lah, pepe pun harap2 Ben Ashaari tak banned la blog JIWA KACAU ni yer...



12 February 2012

kenapa perlu hantu??


Hari ni aku nak membebel sikit pasal lambakan filem kat pasaran Malaysia. Aku bukan apa, naik geram dah tengok movie-movie yang begitu menghangitkan menghangatkan segala pembuluh darah yang ada dalam badan aku ni.. yelah, bagi manusia yang terlebih "berani" macam aku ni sudah pasti amat tidak menyenangi kehadiran cerita-cerita yang boleh meranapkan akidah tu.

Haishhh, yang paling aku bengang bila cerita SUMPAHAN KUM KUM ditayangkan masa besday aku dulu. Dey, da tara hari laen ka mahu tayang itu cerita?? Panas membara ni, apa salahnya kalau tayang citer yang kelakar giler ke, romantik giler ke, ganas giler ke, tapi jangan seksi giler sudaa... tak pasal jatuh t'golek iman bakal-bakal hubby aku bila 'tertengok' keseksian heroin tu...

kenapa mesti cerita yang SERAM GILER?? kenapa mesti pilih genre tu? tak tahukah dia yang rata-rata penduduk bumi ini adalah perempuan yang penakut?? aku tak termasuklah dalam golongan tu sebab aku ni dalam golongan satu lagi iaitu golongan PENAKUT GILER...mwahaha

sebab itulah dah hampir 2 tahun aku tak tengok cerita hantu. sahkan apa, cerita HANTU BONCENG yang kawan-kawan aku kata lawak gila tu pun aku tak tengok... asal tajuk ye ada HANTU je, aku konpem campak lam longkang, gud bye je la.. 

Yg aku peliknya, kenapalah diorang tak buat citer Islamik2 yg boleh menginsafkan umat manusia di nusantara ni. Aku bukan nak bandingkan tapi emang da jelas yg Indonesia mampu hasilkan filem Islamik yg boleh mnyebabkan air mata aku mengalir tanpa henti. contohnya cter HAFALAN SHALAT DELISA, perghhh... cter tu bukan setakat air mata aku yg meleleh tapi skali ngan air hidung mengalir macam air terjun.. siyes ni!! kalu tak caye korg tengok r sendiri cter ye.. kalu korang tak menangis maknanya korang alien r tu.. opps.. 

katakan YA...
pd cter ini..


"aku menyayangi ummi kerana Allah..."


sob3... cerita yg sangat mengharukan....

katakan TIDAK.....



pada cter HANTU!!!


euw...sememangnye aku BENCI GLER CTER ANTU!!