
Tetibe je otak aku terfikir tuk buat entry ni. Maklumlah, aku naik dari cuti sem yg hanya 2 bulan hari tu adalah lam 3-4 org member U aku telah berkahwin mase cuti. Tapi yg kira Oknye hubby masing2 da keje la.. selamat duit mak bapak diorang lepas ni.. Cumanya aku still takleh nak bayang lg r, macam mana diorang boleh manage masa diorang dgn baik ek? mana nk layan hubby, mane nak layan study n mane plak nak layan esaimen.. (tbe2 je kuar asap kepul2 kat atas kepale..)
Aku rase da beberapa malam aku asyik terfikir pasal ni, tapi diorang bagus..even baru 20 taon tapi diorang da sedia pikul tanggungjawab dan sanggup mencintai yg halal. Tapi aku?? huh, biarlah aku sendiri yg menjawab hakikat tu.. andai aku ni sudah hina di mata sahabat, hina lagi aku di mata Allah... Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. semoga aku masih diberi peluang untuk perbaiki langkah aku yg tersilap...
sememangnya aku telah pun melalui 1 pengalaman yg mungkin boleh dikatakan pengalaman terindah oleh setiap gadis. Tapi sayangnya, pengalaman tu aku terima di saat aku masih belum bersedia n di saat usiaku masih mentah.. Maaf, aku menolak tanpa istikharah, n aku juga menolak dlam masa tak sampai 5 minit utk aku berfikir. sebab aku yakin dengan kata hatiku, aku yakin dengan ketegasan bapaku. berkahwin sewaktu belajar bukanlah mudah. n kalau boleh, biarlah aku bahagiakan kedua ibu bapaku dahulu. Seandainya memang benar niatmu untuk jadikan aku halal, tunggulah aku sehingga aku benar2 sedia n sekiranya aku adalah jodohmu waktu itu insyaAllah, Allah akan permudahkan.
n sekiranya kamu temui org yg sudi menyambut lamaranmu lebih awal dariku, jangan risau, aku tak akan kecewa malah aku tumpang bahagia. kerana bagiku cinta bukan hadir untuk seorang shaja tapi cinta boleh dipupuk untuk dia yg sudi mencintai. Wahh, statement cam org tak setia kan? bukan tak setia la, cuma buat apa lagi kita asyik tunggu orang yang sememangnya tak akan jadi milik kita. so, lebih baek mencintai yg sudi ngan kita kan?? ceshhh, da macam doktor cinta plak aku malam ni.
"jika kamu tidak bisa memiliki orang yang kamu ...cintai....maka kamu harus mencintai....orang yang kamu miliki..." Badrul Klate - ( aku copy paste dr fesbuk seorg makhluk yg aku kenal mase kursus KADAR dulu.. dye pangkat abang2 la)
k lah, aku pon da letih nasihatkan diri sendiri.. ny nasihat tuk kaum Adam plak khas aku bawak dari Ustaz Azhar Idrus..

Alhamdulillah Allah masih sayangkan aku sebab tu Dia bagi aku nikmat ini. Mungkin inilah hikmahnya, aku perlu belajar banyak benda lagi. belajar tentang kehidupan, belajar tentang perasaan, belajar tentang rahsia hati, belajar tentang segalanya...
Mungkin aku sedih pada mulanya tapi banyak hikmah sebenarnya kalau aku renung kembali... dan pe yang penting, BALACI TETAP BALACI!!!!
petikan kata dari seorang yg aku anggap mcm abang..
"Dalam hidup ini , bodoh tu Allah yg bagi tapi bengong tu kita sendiri.. kita tak bodoh tapi bengong je sikit.."
Huh...stresssssssssssssss!!!

huh... aku serba salah sebenarnya.. maafkan aku...maafkan aku... n maafkan aku... tu je yang aku mampu.. maafkan aku sekali lagi.. ya, aku akui kebenarannya dan kamu jangan risau tak akan ada bibit benci yang akan timbul malahan aku makin menyayangi kamu. kerana kamu ikhlas menyayangiku sehingga tidak sanggup melihat aku terus hanyut. Berikan aku waktu, dan aku akan cuba kembali seperti dulu.
Ya, betul kata kamu.. kita jangan terlalu bencikan sesuatu, kelak kita akan terjebak dengannya. Kita jangan terlalu menghina sesuatu, kelak kita akan terpaut padanya. Itulah aku, dulu semanis bibir berbicara tapi akhirnya ujian Tuhan datang menguji iman dan ternyata aku tewas.. mungkin bagi aku ianya baru bibit permulaan tp ternyata sebenarnya aku telah terjerumus ke dalamnya.
maafkan aku, aku mengkhianati janji kita... maafkan aku, aku buat kamu serba salah untuk menegurku. maafkan aku, kerna aku sering bertindak melulu.. kerna aku lebih mementingkan hati dan perasaan sendiri berbanding kamu..
akhir kata dariku, terima kasih kerana menyayangiku sehingga kamu tidak sanggup melihat aku berbuat dosa. Keikhlasan yang kamu berikan tak mungkin aku akan perolehi dari orang lain... terima kasih dan maafkan aku sahabat....