Dalam memperjuangkan hak kita sebagai seorang manusia, kita terlebih dahulu kena sedar hak ibu bapa terhadap kita. Semiskin manapun seorang ibu, nilai syurga di bawah tapak kakinya sebab dia pernah pertaruhkan nyawa sendiri untuk melahirkan kita. Sejahil manapun seorang bapa, hak wali di dalam genggamannya kerana dia yang melindungi kita sejak kecil. Sebesar manapun dosa mereka, pasti ada secalitkebaikan yang pernah buat kamu bahagia. Bersyukurlah kerana "kejahatan" mereka itu, kamu berjaya melihat dunia sehingga sekarang. Tak ada manusia yang lahir terus boleh berlari, kita berjaya hari ini bukan kerana kita yang berdikari tapi usaha ibu bapa itu terlebih dahulu.
Sebelum kita tinggikan ego, kita juga kena sedar bahawa sedikitpun tidak layak untuk kita ego dengan ibu bapa. Bagi seorang lelaki, dewasa bagaimanapun dia, ibu bapa tetap menjadi keutamaan. Manakala perempuan pula, seorang bapa berhak untuk mengahwinkan dia atau menolak pinangan lelaki yang dirasakan tidak sesuai anak gadisnya.
~Munakahat memang tidak semudah muamalat, namun untuk membeli barang pun perlukan persetujuan tuan empunya inikan pula untuk memiliki anak orang.
~Jangan susahkan apa yang mudah, tapi jangan pula terlalu permudahkan hukum.
~Jika hari esok anak kita menjadi derhaka, jangan salahkan orang lain kerana itulah cerminan kita pada hari ini.
p/s: penulisan pagi ini agak skema n penuh emosi disebabkan kejadian yang terjadi..