18 October 2013

pokok Jacaranda??


Pokok jacaranda?? 1st time aku dengar nama pokok yang pelik tu. Mula-mula kawan aku cakap, jacandra. Aku pun dengan semangat terus la search google, rupa-rupanya jacaranda... Nak sebut pun berbelit lidah aku ni. Macam-macam namalah.. tapi siyes!!! pokok dye memang AWESOME pom... comey giler.. Mulalah berangan nak tengok secara live... kat mana tumbuhan ni terdampar eh?? nk tengokkkkkkk...

sumber pak cik google

Patutlah pokok ny digelar pokok romantik pun, tengok gambar je pun aku dah rasa keromantikannya di situ.. nampak gaya kena cari pokok ny untuk ambik gambar kawen kekgy... hahaha, tak habis-habis berangan... bunga ni sebenarnya ada bau ke tak eh? sesiapa yang tahu pasal pokok ny boleh la sharing-sharing ngan aku yep... hehe


ps: kalau aku tanam pokok ny depan rumah rasanya sempat lagi untuk dia besar  4 tahun akan datang.. maklumlah, kalau boleh nak bersanding bawah pokok tu...hahaha.. ouchhh, n hello mr. President, harap kamu masih hidup n sihat walafiat lagi la yep... grrrr

~ aku masih keliru, adakah kamu jawapan atau sekadar kunci persoalannya?? ~
 

05 October 2013

Silapnya seorang pendidik




Buat beberapa hari ni aku bengang gila dengan perangai bekas cikgu sekolah menengah aku dulu. Bagi aku had kesabaran yang bersemadi di dalam dada ni dah sampai ke tahap kemuncaknya. Serius, aku dari dulu lagi memang tak boleh nak hormat dia sebagai seorang pendidik. Kenapa?? sebab sifat dia bukan untuk mengajar tapi mencipta kesalahan pelajar...

Penjelasannya mudah je, sesiapa yang dia rasakan dia tak suka, dia akan cipta seribu satu kesalahan untuk mangsanya. Mudahkan kalau dapat jadi cikgu yang berkuasa macam ni?? Mulanya aku memang tak pedulikan pun dia ni tapi entah macam mana setelah 4 tahun aku tinggalkan sekolah tu, bila aku pergi balik, ada lagi benda yang dia cari pasal. Kali ni macam-macam dia tuduh adik aku buat jahat sampai pengaruh anak dia. Setahu aku anak dia tu memang dari kecik lagi suka menyusahkan hidup orang... Huh...

Ok, yang tu satu hal dah. Aku balik, aku bagi ayat kat adik aku tu. dan seperti yang dirancang, segala sindiran n hentaman aku sampai kat pengetahuan cikgu tu. Biar dia sedar sikit yang anak dia pun tak sempurna macam orang lain jugak... Dah, habis pasal kisah hentam menghentam. Ni naik pulak satu lagi kisahnya. Hah, yang ni lah perkara yang menaikkan darah aku sebenarnya.

Kisah ni terjadi hari Khamis minggu lepas. Petang tu anak dia pinjam motor adik aku, entah macam mana dia terbabas n banyak jugaklah yang kena baiki. Cuma apa yang buat aku sekeluarga terkilan, setelah 2 hari baru adik aku cerita. Tu pun setelah umi aku desak tanya dia mana pergi motor. Rupa-rupanya motor dalam bengkel tapi cikgu tu tak bagi adik aku beritahu umi yang motor tu rosak teruk. siap suruh menipu cakap tayar motor bocor je. Tapi seorang ibu ni boleh tahu anak dia menipu ke tidak.. Bila disoal ternyata cikgu tu yang minta adik aku rahsiakan benda tu dan sebagai jaminan dia akan bayar nilai kerosakan sebanyak Rm500.

Sebenarnya aku tak kisah pun dia nak ganti atau tak, cuma tak boleh ke dia datang jumpa family aku dan minta maaf secara baik.. Aku terfikir, macam ni ke akhlak seorang guru?? Cuba bayangkan kalau anak dia yang menipu tadi, aku rasa sah-sah dah jumpa kat mahkamah. Huhhhhh, terbaikklah cikgu... "TAHNIAH!!!"


"Tugas seorang pendidik adalah membentuk akhlak pelajar bukan untuk merosakkan dengan mengajar mereka supaya menipu... kalau amanah sebegini pun tidak mampu di jaga, jangan persalahkan si Generasi Y jika mereka bijak memutar fakta suatu hari nanti. Sebetulnya beri mereka panduan untuk mengaku kesilapan diri bukan ajar mencari helah untuk bela diri.."