30 September 2013

Kau Hadir - De Hearty

Nampak sangat kat sini dah tak tahu nak post ape.. kali ni aku nak kongsikan lagu yang seolah-olah menjadi kegilaa aku sejak kebelakangan ini.. semuanya atas jasa Aishah Nadiah n Sueryanie yang perkenalkan lagu ni kat aku... 
KAU HADIR- DE HEARTY





Dikau hadir
Di kala aku memerlukan seorang teman
Dikau bawa secebis bahagia
Bila aku hampir berputus asa

Kuterima segala
Apa yang diperduga
Dan kini kubersedia
Hadapi hari muka

Kau bawa sinar cahaya
Di hariku yang gelita
Dan dikau hadir tepati waktunya
Membawa tawa ceria

Bila mana kau terima
Hidup ada suka dan duka
Mendung takkan selamanya
Sinar mentari kan menjelang tiba

Lagu : Yasin Sulaiman (Hush Entertainment)
Lirik : Yasin Sulaiman (Hush Entertainment)






10 September 2013

ada apa dengan sahabat??


Wow, akhirnya aku mampu jugak meluangkan masa untuk belog aku ni. Biasalah, budak baru kan. Macam-macam benda lah aku kena uruskan pada awal semester ni. Phewwww, penat tak payah citer la. Tu tak termasuk dengan orientasi lagi n projek ponteng orientasi. mwahahaha..

Dah, back to main topic. Malam ni tetiba aku hot sikit bila dengar cerita seorang kawan aku. Sedih jugak la cerita dia. nangis sikit.. Sob..sob..sob.. ok, habis. Apa korang rasa kalau kawan yg korang percaya n bergantung harap sangat selama ni tiba-tiba tikam korang dari belakang? Bayangkan, bertahun-tahun stay together, menangis, bergembira, belajar, makan, tido, mandi..opsss.. terlebih pulak.. bak kata, semua kehidupan seharian bersama korang la n tak semenanya korang disingkirkan.. mesti rasa down yang teramat kan?

Entahlah, aku pun tak pandai nak tafsirkan semua ni. Masing-masing dah besar panjang semuanya. Kawan tu satu anugerah, kebihan dia mengisi lompang kekurangan kita, n kita pun mesti ingat yang kawan kita tu manusia biasa jugak, ada kekurangannya. Ini tak, masa mula-mula berkawan dulu tak ada pulak isu dia begini aku begini.. tapi setelah hampir 4 tahun, masing-masing mula cari alasan tersendiri. Bayangkan macam nilah kesannya, minyak yang kita tatang selama ni tiba-tiba campak terus ke lantai. Ada 2 kesan kat situ, yang pertama minyak tu memenuhi ruang lantai n yang kedua, mungkin kita sendiri yang jatuh tergelincir.

Kawan bukan seperti bola, belum dapat kejar, bila dah dapat tendang... kawan bukan juga macam bulu tangkis, belum dapat pegang, sudah dapat pukul, tapi kawan tu ibarat bola ragbi, belum dapat kejar, dah dapat peluk...

Aku suka dengan ayat kat atas tu. Ni ayat aku pulak, kawan bukan macam payung, bila hujan cari tapi bila panas campak ketepi. Jangan jadikan kelemahan dia sebagai alasan untuk menyingkirkannya dari hidup kamu. Ingat, karma tu ada. Hari ni dia diperlakukan sebegitu, mungkin esok kita turut alami nasib yang sama bahkan mungkin lebih teruk.

SEDANGKAN MONYET LAGI PANDAI BERKAWAN, TAKKAN KITA MANUSIA YANG BERAKAL TAK BOLEH NAK FIKIR JUGAK??!!!




09 September 2013

Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com


Klik di sini untuk menyertai Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com


Jom sertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com". Segmen ini berlangsung daripada 1 September 2013 hingga  30 September 2013. Caranya mudah sangat. Cuma lima langkah sahaja.


  1. Follow Blog cikguzamrud.com, Tambah Google+ hijau zamrud


  2. Buat entri bertajuk "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com"


  3. Copy paste kod HTML yang telah disediakan diruangan HTML new post dan publish entri.


  4. Tinggalkan link (URL entri) anda diruangan komen entri ini.


  5. Klik mana-mana iklan Nuffnang.


  6. Blog rakan blogger yang menyertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com" akan tersenarai dalam bloglist cikguzamrud.com sehingga 31 Disember 2013.

    Segmen ini dibuat sempena pertukaran domain pbssainsonline.blogspot.com kepada cikguzamrud.com. Selain itu, ia memberi peluang kepada cikguzamrud mengenali rakan-rakan blogger dan menziarahi blog rakan-rakan blogger. Secara tidak langsung segmen ini dapat merapatkan lagi persahabatan sesama blogger.

    Kepada semua rakan blogger, selamat berkenalan. Terima kasih kerana memberi meryertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com". Sokongan kalian amat saya dihargai.

    01 September 2013

    Selamat datang dunia baru.. (@_@)


    Malam ny merupakan malam last aku tido kat rumah. Sebab esok aku dah nak berangkat ke U kesayangan. Ceshhh, lagak cam kena pergi belajar kat negeri lain je. Padahal unisza je pun.. Yeah, aku tahu la yg jarak rumah aku ke unisza hanyalah 30 minit tapi tolonglah mengerti tentang jiwa aku yg suka duduk kat rumah ny.
     
    Oklah, aku harap n doakan semoga penampilan baru aku tidak menimbulkan buah mulut orang. Tak salah kiranya aku cuba melangkah ke arah yg lebiih baik bukan? Yelah, selama ni aku dikurniakan kawan2 yg baik, alhamdulillah, baik dari segi sahsiah mahupun akhlaknya. Hmmm, aku rasa dah tiba masanya untuk aku ambil aura solehah daripada kawan2 aku tu. Mungkin aku tak boleh jadi sebaik diorang tapi tak cukuplah walau sikit.

    Hmmm... Sekarang ni aku cuma nak korang doakan aku supaya istiqamah je dengan pilihan yg aku dah buat n wish me luck kat kampus nanti yep. Walaupun tempat yg sama tapi suasana sudah pasti berubah kan? New classmate, new roomate n maybe, new buddies.. Cuma, in shaa Allah, buddies lame x akan aku lupakan.




    Oraitlah, aku pun dah tak larat nak taip panjang-panjang.. Oh ya, Unisza, kite jumpa lagi 2 Sept ny yep..Orientasi owh orientasi... rasenye x perlu kot, sebab seluruh unisza aku da t'lebih arif... ngenge


    ~ sekian lama aku menantimu dalam resah, In shaa Allah tatkala aku sudah bersedia, segalanya kan berubah...~