01 February 2013

hormat hak orang lain...


Cepat betul masa berlalu kan? Tak sangka Januari sudah melangkah tinggalkan kita. Sedar tak sedar hanya baki 2 bulan lagi untuk aku bertapa di bumi ilmiah ini. Aku pasti rindukan segalanya yang berkaitan dengan tempat dimana aku belajar menjadi lebih matang. Mengajar aku erti kesetiaan, mengajar aku makna kesabaran... Di sini segalanya bermula.

Adeh, sekali lagi permulaan entry yang meleret-leret. Ni semua gara-gara seseorang telah mencabuli hak peribadi aku. Sememangnya kita rapat tapi tak semestinya kita mesti tahu segala hal tentang dia. Ah, aku minta maaf banyak-banyak. Di antara sebab aku tak pernah selongkar purse orang or bukak fon tanpa kebenaran sebenarnya aku nak korang faham bahawa aku amatlah benci kalau korang buat perkara-perkara yang aku dah sebut tadi. Benda tu bersifat peribadi ok. Kamu mesti faham itu...

Tak salah kan kalau kita nak privacy?? Yes, kadang-kadang memang rasa ingin tahu tu ada tapi tolong jugak kawal perasaan tu demi kemaslahatan bersama. Jangan sebab ni nanti orang anggap kita tak amanah. Take note yep... Ok la, tu je nasihat aku untuk hari ni. Ingat, memang banyak benda kamu pantang n tak suka tapi aku satu je paling benci, tolong hormat hak peribadi aku... tu je.. Sekian... papai...