21 July 2012

Marhaban ya Ramadhan (@_@)



 Rasenye tak terlewat lagi untuk aku ucapkan selamat berpuasa.. jom sama-sama kita mengejar pahala di bulan yang mulia ini..

oh ya, hari ni 1st day puasa n syukur Alhamdulillah sebab dapat b'sahur n b'buka dengan family. Nak tahu pe lauk utama tuk berbuka hari ni??


Tadaaaaaa... ayam percik!!! wahhh.. spesel gtu..awal pulak benda ni siap, menggugat hidung aku betol la..hehe

k la, selamat berbuka semua..

15 July 2012

Dah 5 tahun rupanya...


Arghhh...pe punye kakak la aku ni. Duk asyik layan runningman sangat sampaikan aku lupa hari ny besday si kecik Izzaty. Aku pun kira la tahun ni da berapa tahun umur budak kecik tu,rupa-rupanya da 5 tahun. Tak sangka cepat betul masa berlalu sampaikan aku sendiri dah lupa yang aku ni makin tua. K la, pepe pun..

HEPI BESDAY ADIKKU!!


1 TAHUN -2008-


2 TAHUN -2009-


3 TAHUN -2010-


4 TAHUN -2011-


5 TAHUN -2012-


P/S: Jangan tanya kenapa adik aku lebih cun dari aku yep... n tak baek kutuk belakang taw... =P

14 July 2012

Fake or Real?



aku harap aku yg real tp mgkn aku lbey pd fake... hmmmm.. aku rindu dia. rindu yg teramat...

08 July 2012

Rasuk?? jin tak faham loghat Kedah.


Jeng2... hari ni aku nak cerita sikit satu pengalaman yang paling mengerikan lam hidup aku sewaktu pergi latihan tempatan yg diketuai olh komander Tyra. Begini, kisahnya telah terjadi pada hari Jumaat malam sabtu yg mana tempatnya adalah dirahsiakan. (prinsip ikrar kesatria yg ke-5, menyimpan rahsia negara dengan seketat-ketatnya). Permulaan kisahnya adalah sewaktu di mana aku n da geng yakni Aishah, Sya, Tyra, Mira, Sue, Qaqa, Jeyjey, Shiera, Nana, Pipah, Husna n beberapa org lagi la duk asyik melepak, bergosip, n bertanding suara sumbang tiba-tiba telah dikejutkan dgn panggilan dr Jin.. ni bukan jin alam ghaib tu tp Jin ny adalah glaran manja khas utk Razin. Tyra yg mnerima panggilan penuh misteri tu dgn mke yg gelabah telah mengajak angkatan2 laen utk pergi b'tempur.

Aku yg begitu bersemangat terus b'siap utk turut sama bertempur tp ternyata niatku telah dihalang oleh "komander" kerana keadaan diri tidak mengizinkan utk turut sama. Kerana kali ny, musuh kami bukanlah calang2 utk  ditumpaskan. Malahan bukan sahaja aku, tapi Mira, Sue, Jeyjey n Qaqa jga turut dihalang sama. Kami yg sememangnya sentiasa taat setia t'hdp pemimpin atasan telah menerima perintah dgn pasrahnya. Persoalannya,

Siapakah musuh kami malam itu? 

Sebenarnya musuh kami pada malam itu adalah makhluk ciptaan Allah dr alam ghaib. Entah dimana silapnya, dia telah merasuk salah seorang anggota wanita dan keadaan bertambah teruk sehingga angkatan dri pihak Razin tidak mampu untuk berbuat apa2 memandangkan yg dirasuk itu adalah wanita. setibanya pasukan komander memberi kelegaan kerana kuasa mereka yg halal untuk menyentuh wanita itu. Seperti yg telah dinyatakan pada awal tadi, musuh kami bukanlah calang2, hampir 3 jam bertarung tp musuh itu tetap tidak mengaku kalah. Cuma, ada satu cerita yg telah disampaikan oleh salah seorang anggota penyelamat tadi sedikit mencuit jiwa ragaku. Ketika mereka sedang sibuk menghembus2 segala bacaan ayat suci adalah seorang tu yg merupakan anggota tetap n dia tu lelaki turut menyumbang tenaga. Yg menjadi lawaknya, apabila dia b'tanya kpd 'jin' tu.

"Hang mai tang mana?"

Adalah dlm dua tiga kali dia tanya tapi 'jin' tu tetap tak jawab2. Jeyjey si bdak Kedah dgn selambanya kata 'jin' tu bisu kot sebab tu tak jawab. tp bg aku la, 'jin' tu tak bisu sebenarnya tapi dia tak faham soklan. Yalah, kitorang kan kat Terengganu, cuba tnya "Mu mari mane?", kompen2 'jin' tu jawab punya. Adoila, lawak betol la 'bomoh2' ni.

Yg nak jadi tak bestnye citer ny bile seorg tok bomoh telah dipanggil. Aku masa ni telah diarahkan oleh komender untuk pergi ke bilik sebelah. so, aku pun tak tahu citer jgak la walaupun aku sempat tengok muka tok bomoh yg telah dijemput khas tu. Aku sedar yg kitorang ni bukanlah alim sangat tapi kitorang belajar n tahu tentang agama. Entahla, kalau boleh kitorang tak nakla terlibat dengan something yg boleh rosakkn akidah. yela, bila da dipanggil tok bomoh mesti la ada unsur2 yg tak sepatutnya. Starting dia keluarkan barang2 dr 'beg laptop' tu pun Sya n Aishah da rasa tak sedap hati, mula2 keluarkan kain putih, lepas tu duit n paling takleh terima bila tok bomoh tu keluarkan colok cina. Masa tu masing2 da tak ambil port, haram jadah pe tah dia nak buat ngan colok tu. huh, nampak sangat da menyimpang. Yg kesiannya, ada ke suruh budak yg kena rasuk tu mandi malam2 buta. Mandi 7 jenis bunga yg berlainan konon. Kenapa la tak ada bunga taek ayam masa tu? Baru la cepat jin tu cabut lari. 

tup tap tup tap... kol 2.30 barulah selesai semenya. Aku yg tadinya telah diarahkan ke bilik sebelah dgn degilnya kembali ke tempat asal disebabkan benda laen plak yg asyik b'bisik kat telinga aku n sampai bengkak2 kaki aku dibuatnya. Malam tu setelah b'tungkus lumus kitorg pun dapatlah tido dgn nyenyaknya. Kisah ny tak habes lagi rupanya. Aku pun tak tahu la asal keturunan mana jin tu, degil punyalah degil, elok2 je dia duk rasuk balik budak tu kol 12 tghari. Mula2 tu duk menggelepar je, last2 pengsan terus. Aku yg konon2 da hilang perasaan takut tu tolonglah angkat bawak keluar, sekali budak tu senyum. Mahunya tak tercabut kasut aku masa tu. nak luruh jantung ni pun ada. Nasib baek siang hari, lau malam da lama aku jugak yg kne rasuk agaknya..

Lepas je kitorang letak kat dewan makan, aku tak ambil tahu da. Takut jugak beb, buatnye benda tu ikut aku balik tak ke naya.. Ok la, tu je yg aku nak kongsikan... tengok ayat pun da macam ayat bangla. Penangan lama sangat tak menulis la ny... 

 

03 July 2012

kaji hadis dulu sebelum sebar...




Kita dilarang berdusta atas nama Rasulullah.. Maka berhati-hatilah dalam menyebarkan sesuatu hadis..
Sekurang-kurangnya, carilah siapa perawinya, andai masih ragu-ragu, tanyalah pada yang lebih arif tentang ilmu hadis.


sumber: facebook dari seorg sahabat.