26 July 2011

disebalik tirai semalam

credit to makkiey sebab malam ny dia yang bagi aku ilham tuk buat entry ni. sebenarnya da lama aku nak buat tapi malam ni baru aku ada kesempatan. hurm... dalam entry makkiey dia cerita pasal manusia yg pernah dia jatuh cinta, n dalam entry aku ni aku nak share gak cerita tentang seorang insan yang pernah mengubah hidup aku sehingga sekarang.


1st time aku jumpa dia masa kitorang form 1, masa tu lam umur 13 tahun la... gatal betul aku mase tu..haishhh... ok2, sebenarnya aku ni belajar di sekolah agama n ia bukan di atas kerelaan aku sendiri masa tu. sebab aku ni macam tomboy la, kawan2 aku semua lelaki tapi bila kena masuk sekolah tu aku jadi blur...biar betul mak bapak aku ni? nak bunuh anak ke? tu la soalan aku masa mula2 tahu kena masuk sekolah tu.


mamat ni, aku nak describe dia pun aku tak reti la tapi yg yakin aku minat giler kat dia bukan sebab muka dia yg chinese look tu tapi mungkin sebab dia pakai cermin mata (ok, aku t'lalu gilakan mamat b'kaca mata)hehe. dia ni masa mula2 masuk kelas, dia lebih banyak b'sendirian smbil baca al-Quran n macam tak peduli je dengan keadaan sekeliling dia sehinggalah aku b'gaduh teruk dengan kawan dia. mungkin sbb dah t'lalu kecoh dia t'paksa masuk campur.


walaupun mulut ni da keluar macam2 sumpah seranah dia tetap cakap ngan lembut kot. mase tu automatik mulut aku terus jadi kelu. yelah, org da cakap elok2 takkan aku nak bom lagi. tapi yang hairannya, lepas pada tu hampir setiap hari kitorang gaduh dahsyat pulak tu. sampai 1 ketika cikgu KH aku t'paksa tukarkan aku jadi budak EST yg asalnya budak SPN sebab kitorang gaduh sambil baling2 barang. habis semua p'alatan dlm bengkel rosak.


masa berlalu n kitorang naik tingkatan 2. walaupun kelas b'beza tp kelas b'sebelahan. macam biasa, pantang b'jumpa masing2 terus naik hantu. cuma yg b'beza aku dah mula sukakan dia n aku buat macam tu sebab aku malu sebenarnya so aku buat2 la cari pasal. ego la katakan.. dan kerana dia juga aku berubah. untuk aku ikut telunjuk orang bukannya mudah tapi aku t'paksa akur dengan ayat suci yg meniti dibibirnya. alunan b'sama air mata.... masih segar di ingatanku tatkala itu.

terjemahan surah Luqman : ayat 18 n 19

" Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri. (18). Dan sederhanakanlah dalam berjalan (jangan terlalu cepat dan jangan terlalu lambat) dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. (19)."

namun semuanya hanya seketika. ketika aku berubah dia juga turut berubah. ketika aku mula tundukkan pandangan, semua wajah  di tatapinya. ketika aku mula m'jaga pergaulan, dia pula semakin sosial. melihat wajahnya tak lama sebab dia terus pindah ke sekolah lain kerana tidak tahan dikongkong katanya. jenis apa percakapan itu aku sendiri pun tak mengerti.


insan pertama yang aku suka sudah tentu terlalu payah untuk aku lupakan. ya, sehingga kini namanya serta wajahnya sentiasa segar di ingatanku. tapi aku sedar bahawa dia bukan lagi insan yg pernah aku suka sebab kini dia dah berubah 100%. dan aku juga tak nafikan bahawa kerana dialah aku tak sanggup menerima yg lain dalam hati ini. aku tahu yg aku harus berubah, aku bukan di hatinya dan lepaskan saja bayang-bayangnya pergi.


buat kamu yg pernah m'bawa hatiku pergi, kembalikanlah ia padaku agar aku bisa menerima yg lain. dan terima kasih aku ucapkan di atas kesungguhanmu dulu, aku kini begini. maafkan aku kerana sering menyebut namamu walau tanpa keizinanmu..

hembusan rindu berlagu dan tanpa sedar hatiku menangis tiada sendu... biarkan aku bebas dari belenggu bayang-bayangmu agar aku tidak lagi menjadi seorang perindu...


19 July 2011

jiwa kacau!!!




kali ny aku memang betol-betol jiwa kacau. rasa cam nak gila pun ada...kenapa aku tak macam orang lain hah? aku selalu je buat benda yang boleh orang naik angin.. kenapa aku tak boleh nak serius? arghhh!! aku da cuba tapi aku tetap gagal...

mungkin ni la salah 1 sebab orang tak bagi kepercayaan kat aku tuk buat kerja. sebab AKU TAK SERIUS!! aku dah penat la beb nak jadi orang lain, bukan aku mintak nak jadi macam ni tapi cam tu lah.... kalau lam meeting or klas lak, lam setengah jam pertama je aku boleh serius + dengar pe yg diorang cakap lepas pada tu gerenti otak aku dah jauh b'layar..


aku rase ni muka yang paling serius aku penah  jumpa...

ok, habis bab serius.. masuk pulak bab bising. kenapa mulut aku ni tak boleh diam?? ada je yang gatal nak menyampuk itu ini..huh, aku rasa setiap kali ada kelas or meeting aku kena jahit dulu mulut ni. biar langsung tak boleh nak cakap. bukan tak bersyukur, tapi kalau dah lebih-lebih n boleh dikategorikan mulut murai tu dah kira teruk, orang pun naik menyampah doe.

ibarat cam burung ny la tahap kebisingan aku..

sebenarnya sangatlah menipu kalau aku kata aku tak hingin langsung untuk diberi kepercayaan dalam buat apa-apa kerja. kalau korang dengar aku kata cam tu maknanya aku TIPU ok.. tapi... ada tapinya kat sini. disebabkan aku sedar diri aku seorang yang TAK SERIUS + CUAI aku pun tak nak la menyusahkan semua orang. cuai?? yup aku memang cuai. andai katalah aku diletakkan dalam satu barisan untuk kawad contohnya, aku minta maaf awal-awal sebab aku kompen akan buat silap walaupun sikit.

so, pada member-member yang belum kenal lagi aku ni  dari spesis apa korang jangan la pulak buat-buat terkejut dengan statement ni. aku dah inform kat korang yang aku spesis camni, lepas ni korang jangan nak gatal-gatal la bagi aku buat itu buat ini kecuali kalau korang nak tanggung risiko nak tengok program korang hancur. disebabkan tu jugaklah mana ada member-member yang kenal aku nak bagi jawatan or suruh aku buat kerja. diorang pun fikir 10 kali lah walaupun aku ni member kamceng...

ok lah, sebelum lebih banyak agi aku merapu baik aku stop cepat-cepat. satu je, aku bukan nak hinakan diri aku yang hina ni tapi cuma nak citer yang aku cuba untuk berubah. kadang-kala benda tu semua di luar kawalan aku. n last, serius ny aku memang tengah JIWA KACAU!!!



09 July 2011

jom belajar munakahat....




hehe...kali ni entry aku menjerumus kepada kegatalan sikit ya. sebab kali ni aku nak share pasal munakahat iaitu perkahwinan. biasalah bila dah belajar bab perkahwinan ni, mata aku yang layu di pagi hari pun kembali segar bugar...hishhh, gatal!!hahaha.. ok, jom kita geledah sikit tentang beberapa perkara tapi bab yang aku paling suka sudah tentu bahagian....jeng3


# apabila datang kepada kamu seorang lelaki dengan 4 ciri-ciri ini maka terimalah dia. 4 kriteria itu ialah :
  
1- AGAMA
  @ penghayatan agama yang betul dan akhlak yang mulia.
      = sudah pasti aku nak yang ni awal-awal sekali ada kat bakal suami aku. baru bahagia hidup sebab ada je yang ingatkan aku bila aku ni lagho tambah lagi dengan perangai yang macam ni. perangai macam mana? yalah, aku ni macam lalang tau. sekali orang tiup ke kanan, aku pergi je ke kanan n begitulah sebaliknya. hehe
 2- NASAB KETURUNAN
   @keturunan yang elok dan baik-baik
     = hurm...aku bila sampai bab ni terus jadi blur. mula terfikirkan masa depan tapi bagi aku paling ngeri kalau dapat anak orang kaya n taraf kitorang jauh berbeza cam langit n bumi. ok, aku emg fobia ngan anak orang kaya sebab terlalu banyak baca novel... mwahaha

3- KECANTIKAN
   @ wajah yang sempurna
    = bab rupa paras ni yang aku suka sangat nak share..hehe...impian semua orang mesti nak yang lawa/hensem kan? tipulah kalau korang kata tak. tapi kalau aku, aku nak sekadar yang sedap mata memandang je n tak naklah yang hensem cam prince charming sampai pecah cermin ditilik muka tu sebab aku tak nak berebut dengan orang lain... misalnya ditakdirkan aku dapat yang hensem, setiap kali keluar rumah aku akan pastikan dia pakai plastik kat muka, kalau malu sangat aku bagi je topeng power rangers baru tak ada yang menjeling manja... mwahaha 

4-HARTA
  @ iaitu pekerjaan yang mampu untuk memberi nafkah kepada keluarganya
   = hahaha... part yang ni pun best gak kalau sembang ngan kawan-kawan aku. yang sorang tu nak suami doktor, yang sorang lagi nak suami engineer tapi kalau aku? aku nak ustaz sekolah menengah n pakar lam bab kaunseling... sebab? kalu ustaz boleh cuti sokmo, bila sekolah cuti cikgu2 tak payah pergi kerja kan?mwahaha.. n kalu dia pakar bab kaunseling bolehla selalu bagi motivate kat aku yang jiwa kacau ni...

sabda baginda Rasulullah S.A.W :

"Apabila seseorang yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia. jika kamu tidak mengahwinkannya, nescaya akan berlaku fitnah dan berleluasanya kerosakan di muka bumi."
Riwayat al-Tirmizi

ok, cukup sudah pembelajaran kita pada hari ni... ceshh..konon...huahaha.. maaf la yer kalu ada kekhilafan dalam entry kali ni.. sekiranya ada penambahan, amatlah dialu-alukan... sekian, wassalam.

07 July 2011

Loghat mana lebih munasabah?

Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan
loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah

Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."


Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."


KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!





01 July 2011

tahukah anda???

tahukah anda bahawa ada haiwan yang kita makan sebenarnya tak boleh and haiwan yang kita tak makan tu sebenarnya harus dimakan... aku dapat info ny dari Ustaz/Tuan Akila masa lam kelas hari tu... jom kita tengok apakah haiwan-haiwan itu...


Haiwan yang harus dimakan:

penyu pom kita boleh makan...
arnab??rabbit!!kalu dlm arab pe ek??hehe

Labi-labi
tupai yang ganaz!!grr

@ ok, sekarang ni baru aku terfikir tentang 1 benda. macam mana nak makan penyu n keturunan  dia yang ada cengkerang keras nak mampos tu?? adoi, menyusahkan diri la pulak kan? tapi tu la, mereka tetap di antara binatang yang boleh dimakan... 

Binatang yang sememangnya tak boleh makan:

hahaha...cun tol r ular ni...
ketam nipah...kenapa?? 
wallpaper kucing lucu. gambar hewan hewan lucu,
kucing!!! euw...tak selera nak makan...


@ kenapa kucing n ular tak boleh dimakan? sebenarnya bukan 2 jenis tu je yang tak boleh  makan tapi semua binatang yang bertaring kita tak boleh makan.

@ bukan ke ketam nipah tu mahal? kenapa pulak tak boleh makan? ok, sebenarnya ketam nipah ni termasuk di antara binatang yang jijik. dia juga mempunyai lebih banyak mudarat daripada  kebaikan. lagi pula, dulu semasa seorang ulama' yang digelar Tok Ku Pulau Manis pergi ke Mekah  dengan menaiki kapal layar selama 3 bulan, ulama' ni telah bawa sekali ketam nipah. bayangkan, ketam ni boleh hidup di darat berbulan-bulan lamanya sehinggalah sewaktu dalam perjalanan pulang, ulama' merendamnya di dalam air dan ketam nipah tu pun mati. begitulah ceritanya.