27 April 2011

bila rindu mula mengusik...

Hidup tidak seindah mimpi, janji x seindah bicara…tatkala mergastua berkicauan riang, hati mula resah gelisah yg x bertepian… malamku hanya ditemani kejora malap kerlipannya… siang pula hanya hembusan bayu membelai… suara kerinduan mula dihembus perlahan, mula merungkai seribu kekusutan yg terpendam… cintakah aku padanya? Keliru mula m’benih lg… tidak, aku hnya m’hormatinya!! Usah diganggu aku, biarkan aku sendiri ditemani nyanyian kesepian. X mungkin aku bisa membahagiakan sdgkn aku belum sedia utk mencintai n dicintai.. andai aku milikmu, kita kn b’sua lg dan aku p’caya pd takdirNya… usah jadikn bayanganku sbgai peneman hidupmu kerna aku x sesempurna yg difikirkn.. andai kau mngenaliku, kamu mgkn kecewa, kenali aku sblum cntaiku...

Disebalik tirai semalam yg menggamit ketenangan jiwaku, aku mula t’fikirkn drinya… insan yg pernah aku cintai kerna suaranya, insan yg m’bwa aku mngenal agama…. Hari semalam mungkin berubah, dia bkn lg spt yg aku kenal beberapa thun dahulu… andai takdirnya aku b’temu lg dgnnya, ingin sekali aku berterima kasih padanya.. masih b’gema alunan bingkisan dri surah Lukman di telingaku.. syahdu… dan aku yg kelu ketika itu mulai berfikir tentang kebenarannya. Kerana bingkisan itulah yg menjadikan diri aku sekarang… hanya 2 ayat yg b’gema tp kesannya b’getar di seluruh jiwaku sekaligus buat pertama kali aku m’gunakan akal Islamku utk b’fikir.

Langit… andai kau mengerti perasaan ini, lakarkanlah ia di dada birumu. Awan… kiranya kau ketahui jiwa bungkam ini, ukirkanlah ia dgn jalinan kabus lembutmu. Angin… pabila kau melewati tangisan rindu ini, hembuskanlah dgn elusan lembutmu pd wajahnya. Rembulan… kau pancarkanlah kembali kenangan lalu kerna ku tahu dia juga melihat bulan yg sama denganku. Bintang… kembalikanlah kerlipanmu yg makin pudar agar aku bisa tersenyum lg… Padamu yg ku rindui, izinkanlah aku menyimpan perasaan ini walau hanya sebentar cuma… maafkan aku, walau b’tahun-tahun sudah b’lalu, aku masih lg tak mampu memadam wajahmu dr ingatanku.

22 April 2011

kematian...aku menunggumu @ kamu menungguku?

sejak beberapa minggu ny, ada aje berita kematian yg c kechek dapat...kadang- kadang jadi takut juga, yelah... dapat berita pulak pasal kawan-kawan yg pernah belajar n b'gurau dulu...huh, rasa macam mimpi je yg dia dah pergi.. ntahla, 1 perasaan yg sgt sukar utk diluahkan.

kematian.... satu perkataan yg memberi getaran maha dahsyat di hati setiap insan tp c kechek tetap tak akan lupa hakikat kehidupan bhwa setiap yg hidup pasti akan mati. cuma, c kechek rasa blum cukup b'sedia lg utk menghadapinya. kematian bukanlah sperti tidur yg lenanya cuma seketika tp kematian adalah p'mulaan kehidupan baru di alam barzakh dan akan bangkit kembali ketika dunia semuanya menjadi debu iaitu Kiamat.

Sahabat, moga kamu tenang disana. kami disini akan selalu mendoakan kamu. kekuatanmu menahan segala keperitan n kesakitan akan menjadi sumber inspirasi kami. bukan mudah untuk terima segla ujian dari Allah tp ternyata kamu kuat dan sanggup menghadapinya sehingga saat akhir.

setiap yg hidup itu pasti akan mati dan janji Tuhan itu pasti, tiba masanya kita tetap akan pergi jua cuma masanya  belum pasti. so, dah bersediakah kita??

07 April 2011

eksyen jer!!

hahaha....korunk jgn kate c kechek over lak...sesaje je nk letak gambar BESAR punya!! walaupon nampak jelas lobang idung c kechek, c kechek x kesah! mwahaha.. =P  setelah beberapa jam menghadap skrin mini HP c kechek ny, baru terasa lenguh bahu. tp credit to Nasuhai n Fatihah coz telah berjaya mendapatkan air n makanan free dari kafe kat fakulti untuk c kechek n cik nuyu..huhu, selamat duit c kechek...ceh, kedekut la plak c kechek ny... hurm, hari yg sedikit membosankan sebab :

# kelas xde, nak study tapi malas
# aishah nadiah da balik rumah n tinggalkan c kechek
# seme movie c kechek da tengok
# lagi ape ek?? ah,tata je la...huhu

moge ketemu lagi...buzz!!

umbrella is payung (",)





inilah jadinya biler da hidop 19 tahun tp macam baru jumpa payung sampai lam klaz pom bley b'payung...hahaha





au chak!!! hahaha...korunk jgn la kutuk c kechek sbb sbnarnye c kechek bru jmpe payung transparent gny eir...so, abih possing r wlaupon lam klaz...ngeh3


















cewahhh...ny bru real..konon2 ngah koyya cam lam citer hindustan la plak...ny mse sblom pegi klaz, nmpak cam cun je member c kechek ambik gmbar so c kechek pon try test r skali...hmm,gedik pun ade gmbar ny ek??hihi

jom jiwang karat jap!!!

Luahan Hati-Apit


pertama kali ku dengar suara mu..
sayunya hatiku merindui dirimu
walaupun baru kita bersua muka
namun aku telah jatuh cinta

pertama kali ku bertemu denganmu
hatiku terpaut melihat senyumanmu
aku mengharap engkau menerimaku
kerana aku bersedia menyintaimu

akan ku renang lautan yang berapi
membuktikan kehebatannya cinta ini
tetapi jika kau meninggalkan aku
terhiris hati ini...terguris jiwa ini...
menangis tak berlagu...ohhhh...

biarpun ombak yang merubah pantai
kasih ku takkan hancur berderai
biarpun hari berganti hari
dirimu tetap ku nanti ohhhh...

sayangku pimpinkan tangan ku
menuju mahligai bahgia..
kita bersama nikmati kisah cinta
hidup bagaikan di syurga
ohhhh..kasih...... 

sejak kebelakangan ny, ramai orang kate c kechek jiwang karat semacam... cume c kechek x paham 1 je, bukan dri dulu ke c kechek ny jenis jiwang karat??huhu..xpela, mulut tempayan boleh la kita tutu kalau kita nak tutup mulut manusia alamaknye mkan pelempang dulu la...mwahaha..pepe pun, jom layan lirik lagu ny...buzz!!!

05 April 2011

Fool punya April Fool!!!


(1 April 2011)
*bunyi mesej*

Hantu : sy kwn hantu, dia da kmbali ke rahmatullah ptg td sbb xcdent...tlg sebarkn..

mse tu c kechek t'kjut smpai nk pengsan pon ade...ye la,bru 2 jam lpas c kechek dpat brite kmatian baby cg c kechek ...sape yg x t'kejut biawak kn??dlm mse beberape jam trime 2 brite kmatian...tp c kechek was-was jgak n c kechek pon tnye la geng2 laen. jwpan diorg : "ntah,aku x thu pepe pun". saat2 c kechek rse down gler, kwn c kechek kate la mayb c kechek kne april fool n c kechek lpe yg hri tu adlh 1 april tp c kechek yakin yg hantu 2 xkan smbut april fool sbb dye sndri bdak blaja agama xkn x thu hukum kot... n pe yg buat c kechek frust gler2, memg btol c kechek kne april fool n sori r, mse tu c kechek gram sgt smpaikn mcm2 ayt caci maki c kechek bg kt hantu tu...huh, ade ke patut dye maen2 psal mati ny....!!!
  
skunk ny c kechek da jmpe pe yg c kechek cri....ny dia, sejarah april fool yg korunk b'agama islam duk bangga sgt sambut... buka mata, lapangkan dada n canaikan minda anda....

Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.


Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Peristiwa berdarah ini akhirnya diraikan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita . Marilah kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik . Allah akan sentiasa bersama dengan orang - orang yang beriman .

petikan daripada Risalah Fikrah
p/s: lau pandangan pribadi c kechek pulak, knape nk agungkan hari penipuan ny? bkn ke tipu itu b'dosa hukummnya disisi islam? hurm, tp cam tu la...ramai lg yg mengaku dia islam, mengaku thu hukum hakam tp yg basic cam ny pun x ley nk nilai... n kpd 'hantu', nk b'gurau bleh tp jgnlah b'gurau psal mati lg2 sbb xcdent...ye la, bkn ke kata2 tu adalah doa?nk ke kau btol2 mati sbb xcdent?nauzubillah....k la,buzz...!!