12 July 2010

nafas baru di bumi baru....

kehidupan baru di bumi baru menjadikan aku seorang yang lebih berdikari dan lebih memahami erti kehidupan yang sebenar...bergelar seorang mahasiswi menjadikan waktu aku untuk enjoy dan membuang masa begitu terhad...dan yang lebih menakutkan,sistem pembelajaranku adalah sepenuhnya di dalam bahasa arab,inilah penyebab untuk aku lebih fokus tanpa leka..harapan yang aku galas di bahu ini sebenarnya bukan beban tapi amanah...bila difikirkan tentang sistem pembelajaran,mahu sahaja aku undur diri tapi aku sedar itu bukan 1 jalan penyelesaian namun aku hanya mencari bala...namun begitu,nafas baru yang dihembuskan bersama rakan-rakan baru membuatkan aku lebih tabah.dan tidakku sangka,salah seorang musuhku dulu kini menjadi rakan seperjuangan...
huh,inilah yang dinamakan kehidupan...musuh hari ini tidak semestinya musuh kita pada hari esok dan sahabat hari ini tidak semestinya dialah sahabat kita pada masa hadapan...warna-warna kehidupan inilah yang memceriakan kehidupan seorang insan,hamba juga mahasisiwi sepertiku...buat teman-teman,hargailah kehidupan kita pada hari ini kerna mungkin hari esok tiada lagi hari buat kita...